2.

128 12 0
                                    

...

Disebabkan aku bangun lewat pagi tadi, aku ponteng kelas yang pertama, kedua dan ketiga. Nasiblah kalau jam kredit aku tak cukup. Matilah nak ~~ Tapi bukan aku sengaja, semua ni salah mimpi aku dan lembaga hitam semalam! Hish siapa dia?

Cendy pula bernasib baik sebab kelas dia mula lambat. Mungkin sebab itu dia ingin menghabiskan masanya semalam dengan kekasih hatinya, Gyu. Nak difikirkan balik, aku tidak pernah berjumpa dengan Gyu itu. Hanya dengar nama dan cerita-cerita mengenainya saja. Yang peliknya, Cendy beritahu aku yang dia hanya berpeluang berjumpa Gyu pada waktu malam sahaja. Kalau waktu siang pula, dia kata Gyu sibuk.

Perasaan kasihan pada Cendy mula muncul. Mana tidaknya, sudahlah kekasih hati susah nak jumpa. Bila dah jumpa, aku kacau daun pula. Kasihan kawan aku.

"Mil!" Fikiran ku terganggu apabila disapa oleh Darra. "Mana kau pergi doh.. Kau tahu tak, prof kita dah bertukar?" Sambungnya sambil mengambil tempat disebelahku.

"What? Seriuslah?" Fokus ku hanya pada Darra saat ini. Segala nota-nota penting ditangan, aku ketepikan.

Darra mengeluarkan buku teorinya,"Iya.. lepas tuh, dia cari kau. Dia tanya macam ni, "Siapa Anis Karmilla?"." Darra mengajuk cara profesor baru tersebut dengan mengeraskan lagi suaranya yang sudah cukup keras bagi seorang perempuan. Aku tergelak. Tapi gelak ku mati apabila teringat balik apa yang Darra sampaikan.

"Eh.. kenapa dia nak cari aku? Takkan kantoi aku ponteng? Aduh.." Aku mula menggaru kepala yang tidak gatal.

Belum selesai satu masalah, tambah lagi satu.

...

Selesai saja kelas untuk hari ini, aku terus mengajak Cendy dan Darra keluar makan. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini perut aku asyik lapar je. Waktu di dalam kelas pun aku tak dapat fokus sebab terlalu lapar. Kalau difikirkan lapar aku ni, boleh gagal exam dibuatnya. Semua ilmu tak dapat masuk dengan tenang.

Disebabkan kelewatan pagi tadi, aku mengambil keputusan untuk memandu kereta. Sebelum ini, aku akan berjalan kaki sejauh 2 km untuk menaiki tren. Terfikir tentang tren, fikiran aku menerewang pada hari aku bertembung dengan bau itu.

Bau yang sangat tidak asing pada aku. Tapi otak aku tak mampu berfungsi untuk mengingati kembali milik siapa empunya bau. Harum.. dalam masa yang sama ia berbau macam zink. Macam mana bau harum dengan zink boleh bercampur tapi masih boleh menyenangkan hati aku.
.....

MINGGU LEPAS.

Aku duduk ditempat biasa. Oleh kerana, pada hari itu adalah cuti umum untuk kakitangan kerajaan, keadaan di dalam tren tidak sesesak seperti hari bekerja. Walaupun pekerja bercuti, pelajar macam aku ini masih perlu ke kelas untuk membentangkan projek yang seterusnya. Tambahan pula aku akan tamat dalam masa beberapa bulan saja lagi sebelum menjalani latihan industri.

Aku mula memasang hands free dan meneliti satu persatu lagu untuk aku mainkan sebelum seorang lelaki yang mungkin sebaya aku menghempaskan punggungnya di sebelah aku. Dalam hati aku membebel, punyalah banyak tempat kosong, dekat sebelah aku jugak dia duduk. Sudahlah hanya ada dua tempat duduk.

Tapi itu hanya dalam hati. Setelah beberapa minit perjalanan, aku mula terbau bau yang sangat aku kenal tapi aku tidak ingat. Bau itu datang daripada lelaki sebelah aku. Semakin lama, bau itu semakin kuat. Dan kuat. Dan kuat.

Aku menoleh.

"Apa ni!" Mukanya betul-betul di hadapan muka aku. Boleh dikatakan hanya jarak seinci yang memisahkan kami. "BYUNTAE!" Aku bangun dan pukul bahunya dengan beg aku sekuat hati. Kalau nak ikutkan hati, kepala dia yang aku pelangkung. Tapi tak sampai hati sebab muka dia kacak *senyum nakal*.

"Kejap. Kejap.." Dia memanggilku. Tapi nada suaranya yang perlahan tidak menarik perhatian aku langsung. Aku tinggalkan tren dan membuat keputusan untuk ke kelas dengan menaiki teksi.

...

"Mil!!!!!!"

Aku hampir saja menghentikan kereta secara mengejut. Tangan aku melekat di stereng, "Weh kenapa jerit-jerit ni? Nasib baik tak ada kereta dekat belakang." Mata ku merayau-rayau sekeliling. Risau jika aku terlanggar sesuatu.

"Kau kata nak makan. Kenapa terus je ni?" Darra sudah mula memuncung.

"Oh... sorry sorry." Aku menggaru kepala lagi. Tabiat yang susah untuk ditinggalkan. "Eh tapi jangan buat macam tuh lagi. Boleh accident taw." Amaran aku berikan pada Darra. Cendy yang duduk disebelah aku sudah menggapai-gapai tangannya ke belakang untuk memukul Darra.

...

"Mil, kau tahu tak? Profesor baru tuh kan, handsome.... Mesti kau terpikat punyalah kalau kau tengok dia." Darra memecahkan kesunyian.

"Tak hairan." Burger double chicken mac deluxe aku gigit besar.

Cendy mula memberi muka pelik. "Prof baru? Siapa?"

"Sir Lee. Dia tuh mistiklah. Pelik." Jawab Darra.

"Hmm pelik. Lagi pelik bila dia tanya pasal aku.." aku mula menjawab acuh tak acuh. Malas nak ambil tahu. Sudahlah fikiran serabut, perut pula asyik tak berhenti lapar. Kau rasa.

"Mil.. kau ni tak seriuslah. Bencilah macam ni." Darra berpura-pura merajuk sambil tangannya laju mencuri kentang goreng aku.

"Darra.. please not now. Aku tengah serabut ni." Walaupun aku cakap tengah serabut, mulut aku masih penuh dengan makanan. Ish, pelik sangatlah aku ni.

"Hmm mungkin kau perlukan terapi.." Cendy memberi aku senyuman nakal. "Malam ni jom."

Tanpa berfikir panjang aku dan Darra terus bersetuju.

"JOM!"

______________________________________________

🙈🙈🙈 Idea lari menyorok tak tahu dekat mana. Sorry for this boring chapter. I still creating the story line. Hope you give feedback. 😉

(MALAY) HE IS VAMPIRE, I AM SAVIOR.Where stories live. Discover now