BAB 1

106 2 0
                                    

WAJAH gadis comel di hadapannya ketika ini dipandang. sesekali Iz Arhan ketawa kecil mendengar bebelan dari mulut comel itu. Itulah kebiasaannya, setiap kali mereka bertemu ada sahaja yang cerita dari mulut itu.Tak berhenti henti tapi Iz suka... Baginya sikap itulah salah satu keistimewaan yang ada pada seorang gadis comel bernama aryana sulaiman, kekasih hatinya sejak zaman persekolahan lagi.
"Saya bencilah awak bila diorang asyik nak perlekehkan saya... Yalah saya taulah saya ni cuma kerani biasa aje tapi tak payahlah nak menyombong hanya sebab diorang tu belajar tinggi. "Bebel Aryana lagi.bibirnya memuncung menyuarakan pendapat. Dia marah bila rakan rakan di pejabatnya ada yang menyombong dan memperlekehkan dia, terutamanya si Nadya tu. Tahulah... Yang Nadya tu belajar tinggi dapat pula kerja jadi akauntan dekat pejabat tu tapi tak payahlah nak pandang hina dengan perkerjaannya sebagai kerani. Dia bukannya tak nak sekolah tinggi tapi apakan daya keluarga nya tidak mampu membiayai pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dua orang lagi adiknya masih bersekolah di tingkatan 3 dan 4.
Dapat jadi kerani biasa pun dia sudah cukup bersyukur nak dibandingkan dengan pekerjaan nya dulu... Seorang cleaner tandas di pusat membeli belah. Ketika itu terlalu ramai memandang rendah kepadanya, seorang gadis muda yang tidak bersekolah itulah yang dia rasa bila semua orang memandangnya tetapi untung sahaja Iz sentiasa ada di sampingnya walaupun dia kerja sebagai apapun lelaki itu sentiasa menyokongnya tanpa berasa malu untuk mengaku dia teman wanita Iz Arhan.
walau mereka pernah terpisah dahulu ketika Iz arhan melanjutkan pelajaran ke luar negara setelah tamat tingkatan 5 manakala dia pula bekerja demi mencari rezeki untuk keluarga .
Besarnya cinta Iz arhan membuat dia selalu terfikir layakkah dia di samping lelaki itu.Padahal Iz boleh saja mencari perempuan lain yang leboh setaraf selama mereka berjauhan tetapi tidak malahan Iz lah yang selalu saja cuba untuk mempertahankan cinta mereka.
"Sayang? "Sentuhan Iz farhan di lengannya membuat dia tersedar dari lamunan panjang.
Bibir dimuncungkan lagi teringat yang dia sedang mengadu dengan Iz sebentar tadi.
"Tak payahlah nak fikir sangat pasal diorang semua tu yang penting sayang happy Iz happy dan kita happy"Iz tersengih memujuk aryana.
"Awak ni kan macam tulah setiap kali bukan nak layan marah saya"
"Tak baik marah lama lama sayang... Dahlah Iz tak suka tengok sayang macam ni Iz lebih suka tengok sayang senyum jeee"Iz farhan memang selalu saja tenang, kalau ada masalah pun dia tak suka marah marah. Bila bertengkar dengan Aryana dia selalu mengalah tak suka melihat gadis itu marah lama lama.
"Lepas ni kita pergi tengok wayang ye sayang dah lama tak tengok wayang dengan awak .yelah awak tu selau sibuk"Iz cuba menukar topik.
"Kite yang selalu sibuk konon... Bukan awak ke? "Aryana memulangkan paku buah keras.
"Yelah saya lah "memang dia Agak sibuk sejak kebelakangan ini kerana ayahnya Dato Zaman menyerahkan satu projek di bawak tanggungjawabnya jadi dia tidak banyak masa untuk diluangkan bersama Aryana .Nasib baik sahaja kekasihnya itu seorang yang memahami.
"semalam Iz call sayang network busy sayang tengah oncall dengan siapa? "Tanya Iz.
Aryana yang sedang menyisip minumanpula? henti sebentar memandang Iz.
"Saya... Errr... "Matilah dia!
"Siapa? "Tanya Iz lagi dengan nada yang sedikit mendesak.
"naufal... "Perlahan sahaja nada itu dituturkan.
"Naufal? Naufal mana pulak? "Ini yang menyebabkan Iz macam mak marah ni. kalau hal lain bolehlah Iz berkompromi tapi kalau dah hal macam ni amarah cemburu dalam dada tu tak boleh dikawal. Dia marah melihat Aryana dekat dengan lelaki lain.
"Naufal pekerja dekat pejabat tu jugak"kedengaran dengusan kadar dari Iz mendengar itu.Aryana lihat Iz meraup kasar wajahnya sebelum memandang Aryana tajam.
" how may times do i need to. Tell you aryana?saya tak suka awak dekat dengan lelaki lain. "Kasar suara itu.
"Bukan saya yang call dia.,dia yang call saya takkanlah saya nak marah? "Gentar Aryana melihat wajah merah itu.
"Dan perlukah awak nak layan dia? "
"Saya tak layan dia! "
"Habis tu awak jawab call dia tak layan dia ?"
"Jadi takkan saya nak reject?apa pula kata dia nanti! "
"Jadi awak fikir apa dia rasa jadi apa yang saya rasa awak tak ambil peduli? "Masing masing tidak mahu mengalah .pengunjung di kiri kanan melihat mereka juga tidak peduli.
Aryana mengeluh.
"Dahlah awak saya malas nak bertekak dengan awak, awak fikirlah sendiri"suara Aryana mengendur sebelum berdiri berlalu keluar dari restoran itu. suara Iz yang memanggil manggil namanya juga diabaikan malas mahu pedulikan. Iz memang suka sangat cemburu .Cemburu tak bertempat!

Sayang SayaWhere stories live. Discover now