1

288 19 6
                                    

Carutan demi carutan keluar dari mulut Baekhyun. Ingatkan dah boleh ending dengan happy rupanya ada lagi teruk. Chanyeol yang disebelahnya hanya memperdulikan dia sahaja. Dia terlalu khusyuk dalam menelah buku sejarah kaumnya bagi menolong Baekhyun juga.

"Shit! Fuck! Bullshit! "

"Daripada kau mencarut baik kau tolong aku cari pasal rantai kau ni." Ujar Chanyeol bersahaja.

Baekhyun mengeluh. Dia mengusutkan rambutnya kemudian duduk di atas katil milik Chanyeol. Kepalanya sarat memikirkan hal-hal dunia. Salah satunya tentang patung tersebut. Patung biasa tak apa tapi ni patung yang berwajahkan muka Hyuna.

"Chan."

"Mwo?"

"Ada tak kaum yang buat patung berwajahkan manusia?"

Soalan Baekhyun menghentikan telahan Chanyeol. Di buka spek matanya kemudian memandang Baekhyun dengan kerutan yang jelas di dahinya.

"Maksud kau Voodoo Doll?" Baekhyun mengangguk. Chanyeol memandang hujung sudut biliknya. Mengingati sesuatu yang sepatutnya di ingat.

"Vampire,Werewolves dan Night Crawlers terkeluar dari senarai Voodoo Doll. Kaum yang lain aku tak pasti." Ujar Chanyeol. Baekhyun mengeluh. Dia bangun kemudian berjalan mendekati Chanyeol. Rantai tersebut di pegang dan diangkat sehingga had matanya.

"Aku pasti rantai dan patung tu ada kaitan dengan Hyuna."

"Memang ada kaitan pun."

Serentak Baekhyun dan Chanyeol memandang tuan punya suara. Baekhyun mengecilkan matanya.

"Macam mana kau boleh yakin sangat?" Soal Baekhyun.

Irene mengeluarkan sebatang paku dari poket seluarnya. Paku sepanjang 7 inci.

"Paku ni aku jumpa di dalam badan Hyuna dan semasa aku rawat Hyuna,aku nampak ada lebam di perutnya. Lebam macam kena tumbuk dan beberapa tikaman kecil seperti paku." Terang Irene dengan serius. Dia membaling paku itu kepada Baekhyun dan Baekhyun menangkap dengan mudah.

Baekhyun melihat paku itu dengan penuh tanda soal. Dia memandang Irene dengan muka yang mahukan lebih keterangan. Irene memeluk tubuh kemudian berjalan mendekati mereka berdua. Irene menolak bahu Chanyeol yang menghalang laluannya untuk membuka buku sejarah tersebut.

"Aku sebagai Night Crawlers pernah sekali berhadapan dengan masalah macam ni." Ujar Irene sambil menyelak muka surat buku setebal 500 helaian muka surat.

"Voodoo Doll."

Ucap Baekhyun apabila tangan Irene berhenti menyelak helaian muka surat. Di muka surat itu tidak banyak maklumat berkenaan Voodoo Doll.

"Dan orang itu mati disebabkan seksaan yang melampau." Sambung Irene dengan serius. Baekhyun dan Chanyeol terkejut. Baekhyun menghentakkan tangannya di atas meja itu. Cukup membuatkan Irene tersentak.

"Kau jangan nak buat lawak dekat sini, Bae Irene." Ugut Baekhyun dengan marah. Muka dan leher Baekhyun menjadi merah menahan amarah yang melampau.

"Kau fikir aku buat lawak ke? Nyawa orang aku tak pernah buat lawak. Aku cakap based dari pengalaman. Aku tak tipu." Jawab Irene dengan datar. Chanyeol menepuk bahu Irene.

"Irene,kau keluar dulu. Nanti aku carikan maklumat Voodoo Doll."

"Tak ada gunanya. Kami yang hidup lebih lama dari korang pun masih tak boleh rungkaikan misteri Voodoo Doll."

"Kau fikir Night Crawlers tahu semua benda ke?" Kata-kata Baekhyun bagaikan mencabar Irene. Irene memandang Baekhyun dengan geram.

"Night Crawlers tahu semua benda. Sejarah korang sebelum korang lahir lagi kitorang dah tahu!"

DOLL AWAKE [COMPLETE] Onde histórias criam vida. Descubra agora