"Kenapa tanya?" Bibir aku sudah terukir satu senyuman sinis kepada Taeyeon.

"Sajalah tanya. Dah aku ternampak tadi. Buka-bukan nak pun tanya tapi tulah dah aku ternampak jadi apalagi-"

Aku meletakkan jari telunjuk aku pada bibir Taeyeon yang bising itu. Menandakan untuk senyap buat seketika.

Dia terus bertukar senyap sambil asyik merenung aku walaupun kereta iniaku pandu dengan penuh tumpuan di jalan raya. Bibir dia lembut sangat dan apabila aku mengangkat jari telunjuk tersebut,

kesan lipstick merah jambunya terlekat pada jari aku. Aku hanya membiarkannya lalu meneruskan pemanduan di jalan raya. Tak boleh fokus aku bila adanya Taeyeon.

"Benci betul." Gumam Taeyeon perlahan sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"Hmm, ok-okay..."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setibanya kami di luar kelab malam itu, aku terdengar bunyi bising dengan muzik yang kuat dari tempat itu juga. Kelihatan ramai orang kenamaan datang ke majlis ini.

"Yeon, pegang tangan aku." arah aku kepadanya. Taeyeon hanya menurut.

"Bisingnya kat dalam." Katanya sambil memandang kelab malam tersebut.

"Dah nama pun kelab malam."

Lalu, aku berpegangan tangan dengan Taeyeon sehinggalah kami sampai di pintu masuk untuk VVIP. Aku menunjukkan kad jemputan hitam tersebut kepada pengawal yang berkot hitam.

"Sir, take your mask."

Aku menoleh ke kiri dan melihat banyak topeng-topeng muka yang berlainan jenis dan warna. Ianya hanya tutup di bahagian mata. Aku mengambil dua topeng muka untuk Taeyeon dan diri aku sendiri.

"Merapulah dia ni." gumam aku perlahan.

"Nah, Yeon. Pakai mask ni sampai kita balik rumah ye." kata aku lagi sambil menyerahkan topeng muka yang berwarna hitam itu kepadanya.

"Kenapa nak kena pakai mask dalam kelab malam? Mask ni bukan untuk prom je ke?" tanya Taeyeon kepada aku sambil mengerutkan dahinya.

"Pelik." Jawab aku sambil memakai mask tersebut di bahagian mata aku.

Kelab malam itu kelihatan sangat mewah kerana di tingkat atas adalah hotel. Jadi, senanglah orang-orang kaya ni nak bawak sluts diorang masuk hotel. Wow. Bijaknya kawan aku tu.

"Oh god, bunyi dia bingit.." Taeyeon tiba-tiba tutup telinga kerana muzik yang terlalu kuat. Topeng mata yang dipakainya dibuka kembali kerana terlalu rimas mungkin.

"Takpayah pakailah kalau macamtu."

"Tapi bahayalah. Aish. Kejap." Taeyeon merelakskan dirinya buat seketika. Keadaan Taeyeon yang seperti hendak pengsan ini membuatkan aku risau dan simpati terhadapnya.

Aku tahu dia tak suka pergi tempat macamni. Alahai, rasa bersalahlah pulak.

"Yeon, kalau kau.. takboleh. Kita boleh je balik. Kau macam tak okay je. Jadi-" kata aku sambil memegang kedua-dua lengannya. Tiba-tiba, dia tepis tangan aku.

"Aku okay. Let's go. Aku nak release tension." Dia cuba membetulkan posturnya tadi lalu berdehem perlahan dengan confidentnya melangkah masuk ke dalam kelab malam tersebut.

Ceh.

"Yah!" Aku menarik tangan kanannya ke luar pintu masuk kelab malam itu lalu berbisik sesuatu ke telinganya.

"First, kau kena pegang tangan aku, di mana kau berada. Second, jangan cakap dengan mana-mana orang yang kau tak kenal. Third, jangan buka topeng mata yang aku bagi ni kat orang lain. Takut ada yang kenal kau dalam club ni. Forth, jangan menari, minum arak dan jangan buat benda bukan-bukan. Okay?" Bebel aku panjang lebar. Aku takut jugak kalau apa-apa jadi pada dia. Dia dahlah baru lagi tempat macam ini.

kidnap | baekyeon [slow update]Where stories live. Discover now