8| Dinner invitations

20 6 3
                                    

1 Tahun kemudian..

Jieun Pov

Ting

Telefon aku berdering menandakan terdapat sebuah masej yang disampaikan. Tapi aku tak hiraukan langsung masej tu, sebaliknya hanya tidur dalam keadaan berdengkur.

Ringggggggg

Kali ni telefon aku berdering lagi, menandakan ada panggilan yang disampaikan. Tetapi aku masih tak berganjak mahupun bangun dari tidur, maklumlah orang dah tidur mati. Satu bunyi pun tak dengar, asyik dengan mimpi je.

"OI !! BANGUN OI !!"

"Heughh!", aku terus terjaga dari tidur ku yang lena. Siapa pulak yang teriak awal-awal pagi ni?!

"Oi !! Bangun oi !! . Oi !! Bangun Oi !!"

Agh~ rupa-rupanya tu bunyi alarm aku. Lupa pula yang aku bunyikan alarm, guna suara mak yang nyaring macam suara pontianak tu. Aku terus matikan alarm tu, dan bercadang nak tidur balik. Tapi tak jadi, sebab ternampak masej Kyungsoo.

"Morning love <3"

"Omg! Dia ada masej saya ke pulak? Aigoo habis call saya pulak tu. Hah~ dia mesti marah saya nanti"

*taip taip*

"Morning my most belov-"

Ringggggg

"Oah!" , aku menjerit, lalu terbuang telefon aku kat atas lantai apabila telefon aku tetiba berdering.

Aku dengan perlahan-lahan berdiri lalu mengambil telefon aku yang terampai tu, macam je ada hantu yang nak terkam aku.

Nama Kyungsoo terpapar pada skrin telefon. Huah! Belum sempat aku balas masej dah call aku pula.

"Yeobuseyo?" , suara aku ada sedikit menggeletar semasa menjawap panggilan Kyungsoo.

"Annyeong~ hehe dah bangun ke? Atau saya kacau awak ni?", tanya kyungsoo dengan ceria.

"Taklah, saya dah bangun dah pun", jelas aku kat Kyungsoo.

"Harini, jam berapa masuk kelas?", tanya Kyungsoo. Apasal tetiba pula tanya? Eish lain macam je.

"Harini masuk jam 8 pagi. Kenapa?", aku bertanya, rasa lain macam je dengan saoalan Kyungsoo tu.

"Oh, hari ni kitaorang tak ada kelas muzik. So, datang kat rumah saya boleh?"

"Huh? Da-datang rumah awak?", aku sekali lagi tergagap. Wei, aku tak berani nak pijak halaman rumah Kyungsoo tu, lagi-lagi masuk dalam rumah. Tak boleh jadi ni, tak boleh.

"Ya, petang ni datang eh. Saya ada kejutan untuk awak", jelas Kyungsoo. Apalah lagi benda yang dia nak buat ni. Ada-ada je.

***

Aku di dalam dilema nak memilih sama ada nak pergi ke tak, tapi hakikatnya aku telah pun berada di hadapan pintu rumah mereka.

Ding dong

Loceng rumah Kyungsoo tu aku tekan dengan berhati-hati, takut pula ada calar. Pintu tu terus terbuka, dan aku sangka itu adalah Kyungsoo. Rupa-rupanya, pembantu rumah.

Dia terus memberikan senyuman kat aku lepas menyedari akan kehadiran aku.

"Selamat pagi, cik. Cik boleh masuk sekarang", arah pembantu rumah tu lalu mempersilakan aku masuk ke dalam. Nampak gayanya dia ni dah bersedia akan kehadiran aku.

Dari luar je, aku boleh nampak macam mana luas dan cantiknya rumah Kyungsoo. Setiap langkah aku berjalan, bunyi telapak kaki aku bergema di setiap ruang rumah ni.

Aku mengambil tempat duduk di atas sofa diorang yang lembut tu, lalu memusing-musingkan kepala ke kanan dan kiri. Sebuah gambar yang besar tergantung pada dinding. Dari pandangan aku, tu mesti Kyungsoo dengan mak dan ayah dia. Keluarga diorang ni hebat-hebat belaka, bukan calang-calang.

Tiba-tiba mata aku ditutup. Dengan apa? Dan siapa yang tutup? "Kyungsoo", aku menyebut nama dia, dan yang aku pasti tangan dia terus dibuka dari mata aku. "Betul!", jerit Kyungsoo. Bukannya susah pun nak teka tu siapa. Takkanlah pembantu tu pulak yang nak tutup mata aku, kan? Hei~ fikirlah logik sikit.

"Dah lama ke sampai?", tanya Kyungsoo lalu mengambil tempat duduk kat sebelah aku.

"Tak lah, baru je. Kira-kira 5 minit yang lalu", jelas aku, tersenyum. "Ada apa-apa yang berlaku ke?", aku bertanya lalu melihat ke arah lain. "Malam ni ada dinner kat rumah saya", balas Kyungsoo, menatap tepat kat arah aku tapi aku tak sedar pun yang dia buat begitu. "Habis tu? Cousins awak datang eh?", setelah seminit melihat ke arah lain, aku mengambil tindakan untuk memandang ke arah Kyungsoo.

"Saya nak awak join", kata Kyungsoo dengan senyuman 'satanic' dia tu. Mata aku terbeliak dan tetiba pula aku terbatuk. Sedangkan aku tak makan apa-apa pun. "Gwenjanha?", kyungsoo bertanya kerisauan sambil memegang bahu aku. Aku menggeleng dan cuba mengawal batuk aku dan akhirnya aku dapat bernafas dengan tenang.

"Kalau tak dapat join pun takpe saya tak paksa", kata Kyungsoo dengan senyuman ikhlasnya. Aku menghembus nafas lalu menatap Kyungsoo tepat kat mata dia. "Saya akan join kalau mak dan ayah saya benarkan, okay?", senyuman yang begitu ceria terpapar kat wajah aku begitu juga Kyungsoo.

Aku terkejut tanpa memberikan sebarang kata-kata apabila Kyungsoo memeluk aku dengan begitu erat. Mula-mula rasa malu, sebab takut-takut pula pembantu rumah tu tengah mengintip kitaorang jauh kat bucu pintu tu. Then bila kau nampak "romantice scene", kat sana kau akan scream macam babi hutan tengah kejar kau.


____

annyeong! aku nak minta maaf sangat sangat sbb tak update ff ni. maybe readers dah berhabuk dah menunggu update kn? LOL pendek kata nak bgtau aku akan update ff ni sekerap yg mungkin. hope korang dpt support aku! kAMSAHABDIA <3


For You → Lee Jieun | IU (on hold)Where stories live. Discover now