7 | Love is being started

54 9 4
                                    

"Sa-"

"Tak pe. Anggap lah awak tak dengar. Saya gurau je tu", Jieun cuba menukar topik dengan cara menipu.

"Jangan tipu diri sendiri", Kyungsoo berkata dan tidak berhenti memandang kat Jieun. "Saya tahu awak suka kat saya", Kyungsoo menyambung. Jieun terkejut lalu menoleh ke arah Kyungsoo.

"Nado chowahaeyeo", sambung Kyungsoo lagi. Jieun tidak dapat berkata apa-apa. Dengan pengakuan Kyungsoo secara mengejut, membuat Jieun terdiam.

Semalaman membuat mereka berdua tersenyum seorang-seorang. Mereka tidak menyangka akan perasaan mereka masing-masing. Jieun tidak menyangka perasaan suka akan timbul dalam hati Kyungsoo juga.

Kyungsoo suka kat aku juga?

Jieun berbisik dalam hati. Memandang pada siling bilik tidur, senyap dan tenang. Dalam keadaan beginilah yang selalunya akan membuat seseoarang macam nak gila, tak henti-henti nak fikir pasal dia.

++

Jantung Jieun berdegup kencang seakan-akan ia sedang berlari ke sana ke mari. Hari yang ditunggu-tunggukan mereka telah pun tiba. Ramai pelajar, guru-guru dan ibu bapa yang menghadiri majlis anugerah tersebut.

Sampailah giliran mereka berdua yang akan menyampaikan persembahan.

Jieun Pov

Aku tak tahu apa lagi nak cakap kat Kyungsoo ni. Dah lah aku nervous sangat sebab hari ni, tambahan lagi tentang hal kemarin. Tuhan tolonglah aku.

Pengacara majlis mula memanggil nama aku dengan Kyungsoo untuk naik ke atas pentas. Teka! Siapa pengacara majlis tu. Dia adalah, Cikgu Sora. Haih! Dia mesti tak sangka yang aku ni dah sertai kelas muzik juga.

Tangan aku menggeletar semasa menaiki pentas yang besar dan luas tu. Kyungsoo dengan lemah lembutnya, tetiba memegang tangan aku supaya aku tak takut. Saesanghae~ kenapa lah dia nak buat gini kat aku time begini. Orang lain nampak lah, Pabo!

Gitar kami pun dipetik dengan merdu. Keindahan memenuhi seluruh suasana. Suara kami berdua digabungkan dengan harmoni, mengikut vokal yang betul. Kyungsoo juga begitu menghayati akan lagu dan lirik yang aku cipta ni. Kalau dia perasan dengan lirik ni, mesti dia tahu apa isi hati aku yang sebenarnya.

Cintaku, menatapku

Adakah kau masih mencintaiku~

Sebaik sahaja serangkap lirik yang terakhir dinyanyi, tepukan yang gemuruh diberikan kepada kami.Wahh! memang sioklah dapat pujian dan tepukan yang kuat macam ni. Jarang aku dapat tepukan macam ni.

Kami turun dari pentas dengan berhati-berhati, tapi tiba-tiba kawan-kawan aku yang gila tu datang pergi kat depan aku dengan Kyungsoo. Aku cuba nak mengelak dengan memusingkan kepala aku ke belakang, sambil menutup muka guna telapak tangan aku.

"Eh! Jieun. Tu awak kan tadi kat pentas", tanya mereka kat aku yang menyembunyikan muka kat belakang Kyungsoo. Kyungsoo hanya berdiri tengok diorang yang sememangnya busybody sangat.

"Eik! Nii sape pulak Jieun? Kenalkan lah kat saya", kata mereka lagi. Mereka ni memang penyebok habis lah.

Aku paksa diri untuk berhadapan dengan diorang, dan jelaskan hal sebenar.

"Dia-"

"Saya namja chingu dia", jelas Kyungsoo kat diorang dengan yakin. Riak muka diorang bertukar terus ke muka tak percaya. Kalau ya pun nape lah Kyungsoo cakap gitu kat diorang sekarang.

Aku memandang ke arah Kyungsoo dengan muka 'awak ni biar betul'. Dan terus tarik pergelangan tangan dia sampai kat luar bangunan.

"Awak dah gila ke? Apasal bagitahu diorang pulak?", tanya aku kat Kyungsoo dengan nada gelisah. Dia ni memang tak tahu malu ke? "Kenapa? Awak malu?", tanya Kyungsoo buat senyuman gatal. Dia terus ampai tangan dia kat kedua-dua bahu aku dengan senyuman di muka dia.

Aku mengetap dan mengigit bibir atas aku, dengan renungan teragak-agak kat Kyungsoo. Aku pun mengangguk perlahan-perlahan. Menandakan soalan dia tadi tu betul. Dia menurunkan tangan dia dari bahu aku.

"Tak payah lah nak malu. Kan memang betul pun awak yeoja chingu saya", kata Kyungsoo cuba nak menenagkan aku. Pipi serta keseluruhan muka aku menjadi merah padam. Mendapat tahu yang Kyungsoo dah anggap aku ni sememangnya sebagai yeoja chingu dia. Ahhh, malunya aku!

"Lirik awak kat lagu yang kita nyanyi tadi. Ditujukan kat saya, kan?", tanya Kyungsoo memajukan kepalanya kat muka aku sambil membongkok. Haih! Mentang-mentang aku pendek. Soalan yang Kyungsoo tanya tu, aku masih tak jawap. Menggigil aku dibuatnya. Macam cikgu tanya soalan kat budak gred 1 je.

Kyungsoo mengeluh dan tersenyum. Mengalihkan kepalanya kepada jarak yang sebenar dan memasukkan kedua-dua tangannya kat dalam poket. "Tak payah tanya pun dah tahu dah", katanya sekali lagi. Tak habis-habis nak buat orang malu je.

"Jom lah balik", ajak Kyungsoo, swing tangan dia di bahu aku. Then jalan macam budak kecil tengah peluk patung beruang. Kyungsoo ni memang jenis lelaki yang sweet lah. Emmm

++

Kyungsoo tetiba ajak aku makan kat kedai makan berhampiran dengan kawasan tempat tinggal kitorang. Kedai makan tu merupakan kedai mi Jjajjang-myeon yang terkenal. Kalau kedai ni terkenal, jadi makanan-makanan kat sini mesti mahal juga! Adoi mampus aku mak eh, duit tak bawa lebih pun hari ni.

"Awak nak makan apa?", tanya Kyungsoo sejurus kami duduk kat kerusi. Lalu pelayan kedai tu datang menghampiri kami. "Air kosong je lah", jawap aku dengan teragak-agak. Makanan yang disoal, minuman pula aku jawap. Tapi kan. Daripada aku buang duit nak makan makanan mahal. Baik aku minum air kosong je kan?. "Aye, takkan lah tu je", Kyungsoo yang tak berpuas hati membantah.

"Jjajjang-myeon special satu", kata Kyungsoo mengorder makanan. Special pula tu. Eiihh mesti mahal.

"Eh? Apasal satu mangkuk je?", aku tertanya-tanya. Sebab semangkuk je Jjanjjang-myeon yang ada kat meja. "Kita share", jawap Kyungsoo ringkas lalu mengambil chopstick. Dia ni sengaja ke? Dah lah aku malu nak berhadapan dengan gelagat dia tu, nak share makanan pula?

Aku bercadang tak nak makan mi tu. Biarlah Kyungsoo sorang je makan. Dia mula menghirup mi tu. Awak tahu lah, dengan bunyi hirupan mi yang kuat tu. Membuat aku terus tertelan liur. Aku menjilat bibir atas aku, untuk melembapkan bibir aku sikit. Lapar aku dibuatnya.

"Tak makan ke?", Kyungsoo mengangkat kepalanya, dengan mi penuh kat dalam mulut. Budak ni tak reti sopan santun ke? Bercakap pun mulut penuh.

Dia terus menyorong menagkuk mi tu kat depan aku. Menandakan supaya aku dapat makan dengan lebih senang. Aku memandang Kyungsoo, then mata dia memberi isyarat 'makan lah'.

Aku pun mengambil chopstick yang terampai kat tepi meja, lalu menyepit mi-mi tu. Kyungsoo tergelak sedikit, melihat aku yang sedang makan mi tu. Apasal nak gelak pula? Kan aku dah makan. Tak puas hati lagi ke?

Dengan tiba-tiba Kyungsoo mengambil tisu yang tergantung kat dinding, lalu melap sos Jjangjjang-myeon yang terlekat kat tepi bibir aku.

"Makan perlahan-lahan chagiya", sejurus je aku terdengar perkataan 'chagi' tu. Aku terus terdiam dan mata aku terbesar sikit. Senyuman mula menghiasi muka aku. Aku mengangguk lalu menyambung makan mi tu, begitu juga Kyungsoo

For You → Lee Jieun | IU (on hold)Where stories live. Discover now