Aku sekarang ni dikepung oleh Hayeon dengan Minji. Hayeon punya muka dia jangan cakaplah, bengis habis. Muka Minji pula daripada tadi asyik-asyik tertanya-tanya. Macam nak tanya 'apa semua ni?'.
"Hayeon.. " Aku seru nama dia lembut. Cuba lembutkan hati dia.
"Sekali lagi kau tak cerita dekat aku, sekali lagi muka aku akan macam ni. No smile for you." Tegas Hayeon.
Minji pandang Hayeon lepas tu pandang aku. Mata dia pandang aku tak lepas-lepas daripada tadi.
Aku mengeluh perlahan. "Okay, macam ni."
Daripada situ aku mula ceritakan segalanya. Dari Jimin jumpa aku dekat library, sampai hal semalam dan tentang aku dengan Taehyung. Tapi ada satu benda yang aku rahsiakan. Tempoh tiga hari yang ditetapkan oleh omma.
Aku tak tahu nak jelaskan macam mana muka Minji dengan Hayeon lepas dengar cerita aku.
"Chukhahae." Minji menepuk-nepuk bahu aku dan peluk dengan kuat.
"Yah!" Pelukan Minji aku lepaskan.
"Lain kali beritahu kita orang awal-awal. Tak payah nak berahsia sangat." Minji mengiakan apa yang baru dikatakan Hayeon tadi.
Sengih. Itu je yang aku mampu buat.
"So, kau rehat dengan siapa hari ni?" Soal Minji.
"Ermm.. Jimin."
°•°•°•°•°
Dua botol air kosong serta bekal ditepiku diusap perlahan dengan tersenyum gembira. Aku tak tahu kenapa hari ni dia lambat, mungkin kelas dia habis lambat. Dah nak dekat dua minit aku tunggu dia. Kalau aku call dia, takut dia still dalam kelas lagi. Jadi aku buat keputusan untuk tunggu dia.
Aku rasa macam-
"Huwaa..."
Ngantuk. Aku tutup mulut aku guna tangan lalu gosok mataku sedikit. Penat tunggu Jimin lama-lama seorang diri kat sini.
"Mana Jimin ni?"
Sekali sekala pipi dikembungkan dan bibir dimuncungkan. Main dengan perasaan sendiri.
Kasut sekolah putih yang tersarung di kaki dipandang lama. Kesan kotoran dibersihkan sebelum kepala mendongak bila dengar namaku dipanggil.
"Kook? Buat apa kat sini?" Dahiku berkerut melihat wajah teman lelaki Hayeon.
Sempat mataku menangkap wajah Jungkook yang baru lepas menangis. Dapat lihat hidungnya yang bewarna merah macam badut dan bawah mata yang sembap.
Berhenti sahaja Jungkook di hadapanku, laju aku berdiri dan pandang dia penuh tanda tanya.
"Shinhae, aku nak minta maaf."
Sepucuk surat dihulurkan padaku. Kepalanya menunduk seolah-olah tak mahu bertentang mata denganku.
"Apa ni?" Soalku dalam masa yang sama tangan kananku mencapai surat tersebut.
"Siapa bagi?"
Jungkook hanya senyap. Sedikit pun dia tak keluarkan suara untuk memberi jawapan pada soalanku.
Sampul yang kosong tanpa nama itu aku buka dan isi tersebut aku keluarkan. Mata aku mengecil, cuba mengenal pasti tulisan siapa, dan baru aku sedar ini tulisan Jimin.
"Kenapa Jimin bagi surat dekat saya? Dia- dia pergi mana?"
Pergi. Perkataan yang membawa banyak maksud. Aku takut salah satu antara maksud pergi itu benar terjadi pada Jimin.
"Baca. Jimin suruh kau baca. Aku minta maaf Shinhae" Dia mendongak pandang aku. Matanya mula berkaca. "Aku tak mampu nak halang dia."
Jungkook segera berpaling meninggalkan aku sendirian di bumbung sekolah dengan tertanya-tanya.
Mata aku tertumpu kembali pada surat di tangan.
Annyeong sweetie pie. ..
Entah di mana dan bila masa rasa sebak ini muncul. Baru sahaja satu ayat yang aku baca, tapi hidung aku mula terasa panas. Aku dapat rasakan sesuatu yang aku tak nak berlaku.
Biane sebab tak dapat jumpa kau sebelum aku pergi.
Aku cuba untuk kentalkan hati aku untuk menyambung semula bacaanku yang terhenti apabila perkataan 'pergi' tertulis di atas surat tersebut. Mata aku terasa panas. Setiap kali ia kabur, segera aku menyeka lengan baju sekolahku dengan kasar.
Aku ni bukannya orang yang berseni, pandai nak buat ayat jiwang karat. Tapi selama aku jumpa kau, hidup aku mesti rasa gembira.
"Ceh.." Bibir bawahku digigit kuat. Menggantikan perasaan sakit di hati.
Aku tak tahu nak cakap macam mana. Mesti kau pelikkan kenapa aku bagi surat ni? Ke kau dah tahu? Tak kisahlah kau dah tahu ke belum tahu ke. Aku tetap nak bagitahu. Actually, aku sekarang ni dalam flight. Otw ke US.
Pipi aku yang dah basah gara-gara air mata aku biarkan. Biarkan rasa sedih keluar daripada hati. Aku tak nak simpan. Aku bukannya kuat untuk sorokkan perasaan sedih ini.
Aku tak nak kau menangis. Kalau dulu Taehyung ada, bolehlah dia pujuk kau. Sekarang ni dia tak ada, takkanlah aku nak minta tolong Jungkook. Aku tak tahu bila aku akan balik semula, sampai bila aku akan stay sini. Tapi satu perkara je yang aku nak cakap. Lupakan aku.
Mataku terpejam rapat. Menahan sakit yang makin membesar di hati. Tak putus-putus air mata keluar dari mata. Aku tak sanggup untuk meneruskan bacaan surat tersebut. Laju aku simpan dalam kocek skirt sekolahku sebelum perlahan-lahan duduk di kerusi.
Air mata di pipi aku seka, tapi masih lagi tak mampu hilangkan juraian yang seterusnya. Sampai bila aku perlu jadi macam ni?
"Ji-min.. " Aku tak pernah rasa ditinggalkan orang yang aku sayang. Sewaktu aku dapat tahu ibu bapaku masuk ke hospital aku dah menangis macam nak gila.
"Ma-na janji kau.. "
"Kau cakap.. kau nak ja-di namchin aku untuk tiga hari"
Semakin deras air mata keluar. Aku tak tahu kenapa aku boleh jadi lemah macam ni. Berkali-kali aku cuba untuk hentikan air mata daripada terus mengalir, tapi itu semua sia-sia.
"Kau bohong."
Satu persatu kenangan manis yang tercipta antara aku dan Jimin terlayar kembali. Dari titik permulaan sampai date kedua kami tercipta.
"Kau bohong Jimin.. "
Sepatutnya dari dulu aku harus menjauhkan diri dari dia. Aku tak nak perasaan sakit ini muncul. Aku tak nak mengalami sakit ini. Aku tak mampu nak tanggung, aku tak kuat.
Sakit sangat.
Hyeyouuu
Vote& comment
Thank you
YOU ARE READING
☑ Beware with him⇨p.j.m
FanfictionBerhati-hati dengan dia, Sebab dia boleh buat hidup kau huru hara. Once you are addicted, He'll never let you go, Because you're meant to be His target
