Author's Note

1.4K 129 63
                                    

[SLOT INI SUDAH DITUTUP. DIPUBLISH SEMULA UNTUK SAYA RUJUK UNTUK EPISOD SETERUSNYA. JANGAN TUNGGU BAB BARU DARI METEORIS. NANTI BERJANGGUT.]

Hai, Niemza di sini.

Hohoho... minta maaf kepada sesiapa yang menunggu update dari saya.

Episode seterusnya bagi saya agak susah untuk ditulis sebab... uhmm, tak apalah. Inspirasi saya belum sampai lagi. Tapi, tentu sahaja saya akan mengusahakannya.

Sebenarnya, Niemza nak bagi penghargaan kepada pembaca semua yang sudi beri votes yang banyak kepada cerita yang tak seberapa ni. Sebab kamu semualah, Meteoris sempat merasa beberapa kali nombor #1 in science fiction. (Dulu)

TERIMA KASIH!
Jadi sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga...

Pembaca sekalian boleh cadangkan watak untuk dimasukkan dalam cerita ini!
Yeay!

Dalam puluhan episode seterusnya akan muncul lebih banyak watak-watak baru...
Ada banyak pemain lain ya g harus dihadapi Arash sepanjang perjalanannya.
Ada yang baik,
Ada yang misteri,
Ada yang kuat,
Ada yang jahat,
Ada yang kejam,
Ada yang penuh muslihat,
Ada yang setia kawan,
Ada yang batu api..
dan ramai lagi.

Saya sendiri tak dapat jangka berapa ramai yang akan muncul.
Jadi, saya rasa tak salah jika saya beri peluang kepada pembaca sekalian untuk menamakan watak-watak ini.

Syaratnya:
●Nama yang unik tapi tak terlalu pelik, cool, tak terlalu panjang, boleh disebut, ada huruf vokal dan huruf depan tak sama dengan watak utama (A).
Sebab Meteoris berlatarkan dunia masa depan. Takkan nak bagi nama Mat pada watak dari masa depan kot? Tak juga terlalu advance macam... zklyrnn?

Bukan nama watak yang sudah terkenal/ nama watak novel sendiri/penulis lain.
Saya tak nak terjadi salah faham nanti. Apa yang kamu akan terbayang jika tiba-tiba muncul watak-watak bernama Luffy, Kirito, Natsu atau Boboiboy dalam Meteoris?
Lain kan?

Berikan tiga sikap/tabiat/trademark/cara berpakaian/senjata untuk bezakan watak yang kamu cadangkan dengan watak cadangan orang lain.

Contoh;
NAMA: Hanzaque

CIRI-CIRI:
-melilit mafla ungu pada lehernya.
-lone wolf
-suka sebut "tsk."

Sedia watak kamu digunakan sebagai watak baik/jahat/watak sampingan. Jangan pula merajuk dengan Niemza pula bila watak yang kamu cadangkan terbunuh. Eh?

Kesimpulannya, kita have fun saja namakan watak-watak yang belum bernama atau punya personaliti ini. Kalau saya berkenan saya akan pilih watak yang menarik dan sesuai dengan jalan cerita untuk disebut dalam cerita.

Jangan risau...
Setiap watak walaupun watak sampingan sentiasa akan beri kesan kepada watak utama. Walau sekecil apa pun peranannya.

Ingat watak dua kekasih yang saling berbunuh tu...? Tak ingat? Tak apa sebab saya pun tak ingat! Hahaha...

Tapi, mereka ada beri kesan pada perubahan sikap Arash, kan?

Begitu juga dengan semua watak ini nanti!

Ini pula semua stok gambar watak Final Fantasy yang saya culik dari Google. Hehehe...
Boleh jadi rujukan...

𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒Where stories live. Discover now