5

6.3K 347 21
                                    

"We are not friends or anything Sehun.. Aku cakap aku kenal dia sebab kitorang satu sekolah dulu. Aku senior dia.." ujar Kai dengan rasa jengkel menemani suaranya.

Sehun hanya mendiamkan dirinya dan memerhatikan Kai yang sesang mengeluarkan kepulan asap rokok dari mulutnya. Wajah Kai langsung tidak meyakinkan dirinya, lagipun sebenarya dia tahu hubungan mereka, cuma mahu menguji loyalty Kai terhadapnya. Tangannya digenggam dan mengeluh.

"Kau sekolah dulu? Tak sangka.." Baekhyun menyoal dengan selamba. Tangannya masih lincah mengira bungkusan berisi serbuk putih bersama D.O disebelahnya.

Kai menggulingkan biji matanya." Soalan tu tak lawak Hyung. " ujarnya.

Baekhyun tertawa kecil sebelum kembali fokus kepada kerjanya. Sehun pula hanya mengeluh. Kai dipandang dan melihat lelaki itu seperti langsung tidak terkesan dengan kehadiran Yoonji mungkin membawa maksud bahawa Kai tidak lagi mahukan gadis itu, bukan? Lagipun, Yoonji tidak akan berani melakukan benda yang bukan-bukan dengan Kai.

"Boss. RedTail is here.. They want to meet you.." salah seorang anak buahnya melapor.

Sehun mengangguk. "Kris hyung, Suho hyung jom.." ajaknya sebelum beredar meninggalkan bilik itu.

Kai hanya melihat Sehun beredar dan mengeluh. Kim Yoonji. Nama serta wajah gadis itu menerjah ke mindanya. Tanpa menunggu lama Kai terus berdiri mahu beredar dari bilik itu tetapi suara Chanyeol menghentikannya.

"Kau nak pergi mana Kai?"

"Tidur.." jawabnya sepatah.
_____

Kawasan laman mansion itu dilihat dari dalam bilik. Kakinya dipeluk dengan dagunya yang direhatkan dilututnya. Keluhan berat dilepaskan melihat burung yang bebas berterbangan di langit dan berharap agar dirinya pun dapat menjadi bebas seperti mereka.

Bunyi pintu biliknya terbuka hanya diabaikan. Mungkin Sehun? Siapa lagi bukan? Bunyi tapak kaki mendekatinya membuatkan bulu romanya naik. Bagaimana jika Sehun memarahinya sekali lagi? Bagaimana jika tanpa dia sedari dia telah membuat kesalahan?

"Baby doll.. come here." suara Sehun menerjah gegendang telinganya.

Kepalanya ditoleh memandang lelaki itu seperti sedang meneliti mood Sehun. Wajah Sehun yang nampak sedikit tertekan itu membuatkan hatinya sedikit resah. Sehun tidak akan memukulnya bukan?. Tangannya digenggam sebelum berdiri dan berjalan rapat ke arah Sehun yang berada di birai katil.

Sehun tersenyum kecil ke arahnya membuatkan rasa takutnya hilang. Teringin juga untuk mengetahui apa yang bermain di minda lelaki ini. Sehun sungguh susah untuk dijangka. Jika sekarang lelaki ini nampak tenang mungkin beberapa saat atau beberapa minit lagi dia akan berubah menjadi demon.

"You are so pretty baby doll.. " Tangan gadis itu ditarik membawa Yoonji duduk di atas pehanya. Tangannya dibawa ke pinggang gadis itu sebelum memeluknya dengan erat membenamkan wajahnya di bahu Yoonji.

"Who is Kai for you baby doll? Answer me.." Ujar Sehun perlahan. Hembusan nafas Sehun dilehernya membuatkan dia sedikit gugup.

"Kalau saya bagitahu maybe awak akan bunuh saya.." jawabnya.

Sehun tertawa kecil. " Maybe and maybe not.. "

"B-Bestfriend.. " perkataan itu dengan perlahan keluar dari bibirnya. "Ex-bestfriend." sambungnya.

"But Jongin cakap kau dengan dia tak ada hubungan just senior and junior.." kata Sehun, bibirnya dilekapkan di leher Yoonji.

"M-maybe dia benci saya.. sebabtu dia.. dia cakap macamtu? "

"And maybe dia suka kau tapi something halang dia... haha.. poor Kai. Well, aku tak nak kisah pasal ni dah sebab tu semua benda lama.. what's important is you are mine and mine alone.."

Not Your Girl (Sehun) -Complete-Where stories live. Discover now