5%

281 31 4
                                    

aku duduk di sebelah jungkook. aku menoleh ke arahnya. 'l-lama awak tak datang?' aku menyoalnya. aku sebenarnya rindu nak tengok dia.. entah kenapa, dia macam ada satu tarikan ni..

jungkook menanggalkan ear-phonenya. 'er f-family aku ada hal peribadi dekat luar kawasan. ia merumitkan.' jungkook berkata.

'ouh.. bambam cakap keluarga awak selalu famly hiking time cuaca panas?' soalku

jungkook tersenyum kecil. 'yeah.. family gathering.' jelas jungkook. kami berborak sehingga cikgu memulakan sesi pembelajaran.

skip

ketika itu aku berjalan ke arah loker diikuti jungkook. 'so kau cakap ada abang. dia still belajar ke kerja?' soal jungkook.

aku mengambil buku di dalam loker lalu menghadapnya. 'oppa kerja sekarang. dia dapat diterima dekat syarikat pulak tu.. haih, saya rindu dia yang dulu..' aku mengeluh.

'wae? dia dulu macam mana?' soal jungkook lagi.

'dia dulu... ceria, selalu senyum. dia baikkkk sangat, dia selalu manjakan saya.. sekarang... huh, dia terlalu dingin.' aku mengeluh lagi.

'kau sedih?' soal jungkook.

'tak.' aku menjawab. 'kenapa?'

'it seems hard to figure you out' kata jungkook.

aku memandang mata jungkook. ia berubah warna. 'awak.. awak selalu pakai contact lens ke?' soalku berterusan melihat iris mata jungkook.

'nope.' balas jungkook sambil memandangku. 'kenapa?'

'mata awak bertukar warna.. haritu saya nampak warna coklat gelap, sekarang warna biru-biru emas..' aku berkata.

jungkook mengerutkan keningnya.. 'yaeh.. aku tahu.. sebab cahaya lampu..' dan dia terus beredar pergi. aku memandangnya pelik lalu mengangkat kedua bahuku.

skip..

aku menghampiri jungkook di dalam kelas. yeah sekarang memang hotss la pasal aku borak ngan jungkook.. so what? 'jungkook'

jungkook mengangkat mukanya dan menjungkitkan sebelah keningnya.

'waktu rehat selalu saya nampak abang abang awak. diorang dah kerja ke?' soalku perlahan.

'ouh.. diorang dah kerja. tapi diorang selalu off time rehat sekolah ni sebab nak temankan aku katanya..' jungkook ketawa kecil.

'alahai cutenyaa... caringnya abang abang awak..' aku ketawa kecil.

'haera ah... semua orang cakap aku pelik dekat sini, kau tak takut ke?' soal jungkook.

aku memandang wajahnya. 'apa yang peliknya? yeah saya memang dah banyak dengar cerita pasal awak tapi tak salahkan saya nak kawan ngan awak?' aku menyoalnya.

'kau tak takut ke?' soal jungkook lagi.

'tak.. buat apa saya nak takut.. awak pon manusia jugak..' kataku laju.

'kalau aku cakap aku bukan manusia, kau masih nak berkawan dengan aku? atau kau akan menjauhi aku?' soal jungkook lagi.

aku mulai memandangnya pelik. 'apa maksud awak?'

jungkook menggosok lehernya. 'er takde apa. saja tanya.'

aku tersenyum kecil. 'habistu kalau bukan manusia, apa? hantu? hantu macam awak terlalu handsome untuk orang takut.' aku ketawa halus.

jungkook menyelak rambut yang menutupi wajahku dan diselitkan dibelakang telingaku. aku terdiam dengan perbuatannya. 'kau kata aku handsome?' soalnya.

wajahku mulai panas. haa tu lah... kan dah terlepas cakap! 'er mestilah... semua kat sini handsome..' aku berkata lagi.

tapi awak paling handsome bagi saya.

kata kata itu hanya mampu aku ungkap di dalam hati. jungkook tergelak kecil. 'jungkook kenapa muka awak pucat sangat? awak sakit?' soalku lantas mematikan senyuman jungkook.

'er ni memang muka aku lah.. aku memang pucat..' katanya lagi.

aku mulai pelik. 'ada ke orang muka pucat sangat macam awak? muka awak pucat sangat macam takde darah..' aku menjelaskannya lagi membuatkan jungkook terdiam.

'a-aku okay lah, jangan la risau.. muka aku memang macam ni la.' jungkook mulai tidak senang dengan pertanyaanku.

's-sorry.. saya tak bermaksud nak buat awak rasa tak selesa.. mulut saya memang jahat sikit..' aku berkata dengan nada serba salah.

jungkook mengeluh. 'it"s okay.. memang ramai orang selalu takut ngan aku sebab aku pucat sangat.' dia memandangku semula. 'tapi kau.. kau lain.. susah aku nak jelaskan diri kau. kenapa kau tetap nak kawan ngan aku walaupun kau tahu dekat nak semua pelajar kat sekolah ni takut kat aku?'

'entah.. sebab saya rasa yang awak.... baik..' kataku perlahan.

jungkook tergelak. 'baik? macam mana kalau aku jahat? kejam?' soalnya lagi.

'saya tak kisah.. saya rasa yang awak baik. kalau tak dah lama awak cederakan saya awal awal...' jelasku lagi.

'thanks... sebab sudi bercakap dengan aku.. kau sorang je yang berani cakap ngan aku..' dia merenungku.

aku tersenyum kecil. wajahku mula membahang apabila dia memandangku sedemikian. 'sama sama' aku membalas. 'em jungkook.. sabtu ni kawan kawan saya ajak saya pergi dekat xxx beach. datanglaa... saya pergi jugak..' aku mengajaknya. dia hanya tersenyum kecil tanpa membalas.

tbc

[C]Vamp - J.J.KWhere stories live. Discover now