Bab 16

23.8K 539 24
                                    

Dell memerhati Fakhrul yang sedang fokus menghadap komputernya. Kadang-kala menoleh ke skrin desktop, kadang fokus ke arah laptopnya. Dell berjalan mengelilingi pejabat Fakhrul yang kemas dan tersusun.

'Pandai jugak Yul decorated office dia.'

Dell memerhati Fakhrul dari belakang. Fakhrul yang fokus terhadap kerjanya seolah sudah berada di dunia lain. Terlalu asyik dengan desktop dan laptop di hadapannya.

Merasakan lingkaran tangan di lehernya buat Fakhrul menghentikan kerjanya.

"Dell, I tengah buat kerja ni kan." tegur Fakhrul.

"You look extremely sexy when you're working" bisik Dell sempat dia member kucupan sekilas di pipi Fakhrul.

"Am I?" balasan nakal Fakhrul, buat Dell semakin menjadi-jadi. Punggungnya terus diletak di atas peha Fakhrul, tangan Fakhrul ditarik sebelum meletaknya di pinggangnya sendiri.

"Just so you know, we're in my office Dell." Fakhrul mengingatkan Dell, namun, tangannya tetap bermain-main dari pinggang Dell dan mula naik ke belakang badan isterinya.

"So?"

"Please be.."

Kata-kata Fakhrul mati apabila bibir Dell sudah melekap kemas di bibirnya. Dell pula berusaha membuat Fakhrul membalas ciumannya. Baru saja Fakhrul membalas ciuman Dell,

"Boss."

"Opps, sorry boss." Fazrin bertindak menutup kembali pintu bilik Fakhrul.

Mendengar bunyi pintu dan suara seseorang buat Dell segera melepaskan bibir Fakhrul sebelum bangun dari pangkuan suaminya. Pintu bilik kembali dibuka. Melihat seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik suaminya itu buat Dell tersenyum sendiri.

"Sorry, you nak jumpa Fakhrul eh. I tunggu kat luar je. Silalah." Dell tanpa rasa bersalah mempersilakan Fazrin untuk masuk ke dalam bilik Fakhrul, langkahnya diteruskan mahu mencari Maya. Melihat meja Maya yang kosong, Dell meneruskan kembali langkahnya. Namun langkahnya yang baru tiba di pantry terhenti mendengar beberapa staff perempuan sedang bergosip.

"Aku dengar bos handsome dah kahwin?"

"Yeke? Bila? Kahwin dengan siapa?"

"Takkan kau tak tahu. Kan kecoh minggu lepas. Katanya majlis tempat lelaki baru dia jemput staff sini."

"Aik, macam tiba-tiba je? Dengan Pica ke?"

"Kan. The best part is, dia bukan kahwin dengan Pica. Aku syak, mesti perempuan tu dah mengandung."

"Ish. Kau ni. Bos handsome bukan macam tu lah. Tak ingat ke? Selalu Pica yang menggedik dengan dia."

'Pica? Bos handsome tu Fakhrul ke?' Dell tidak jadi mahu bertegur sapa dengan tiga orang staff perempuan itu. Malah, dia hanya berdiri diluar untuk mendengar perbualan mereka.

"Aku dengar tadi Adam cakap bos handsome bawa bini dia. Lawa macam model katanya. Lagi lawa dari si Pica tu"

"Yeke? Ish, Adam ni buat aku teruja nak tengok isteri bos handsome."

"Eleh. Tak payahlah kau nak percaya sangat cakap Adam tu. Dia tu, lembu pakai skirt pun dia kata lawa." Ketawa mereka kedengaran setelah habis wanita itu berkata-kata.

"Dell. Buat apa kat sini? I cari you." teguran Fakhrul buat bahu Dell terangkat.

"Hish, terkejut I. You dah habis discuss ke? Problem pasal apa tadi? DM? UM? TM? Dah selesai?" tanya Dell mahu menarik Fakhrul menjauhi pantry, tetapi tubuh itu tetap mengeras di situ.

"VM sayang, it stand for Virtual Machine. Eh, sinilah, I kenalkan you dengan staff I." tangan Dell ditarik kembali masuk ke pantry.

"Assalamualaikum. Hai semua." Teguran Fakhrul menarik perhatian ketiga-tiga wanita itu tadi.

"Eh, bos. Walaikumsalam."

"Kenalkan, this is my wife. Delisha. Sayang, ini Farah, yang tengah ni Nurul and yang pakai spec tu Min."

"Delisha." Dell bersalaman dengan ketiga-tiga wanita tadi sambil memberi senyuman plastiknya.

"Okay semua, hujung minggu ni jemput datang majlis di pihak saya. Saya balik dulu. Selamat bekerja." Pamit Fakhrul menarik tangan Dell ke dalam genggamannya. Beg tangan Dell yang berada di dalam pejabatnya di ambil bersama dengan beg laptop miliknya.

"Kita nak pergi mana ni Yul? Terus balik rumah papa ke?"

"Shopping."

"Shopping?"

"Esok kan nak pergi honeymoon, I need to buy some stuff." Dell mengangguk mendengar penjelasan Fakhrul.

Bosan dengan suasana sunyi yang memenuhi kereta Subaru itu, Dell menguatkan radio sebelum bernyanyi bersama mengikut lagu yang berkumandang di radio.

"Semua yang ada ada pada dirimu

Membuat aku ku aku jatuh cinta

Come on baby, Say you love me

Love me, Say you love me

Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu

Penjara kamu mu kamu dalam hati ku

Come on baby, Say you love me yeah!"

Dell menyanyi sambil menggedik dengan Fakhrul. Sekejap kepalanya di rebahkan ke bahu Fakhrul, sekejap lagi tangannya menari-nari di bicep Fakhrul. Baru tangannya di letak di paha Fakhrul mahu mengusap paha berotot itu.

"Dell, I tengah drive ni. You jangan macam-macam." Fakhrul memberi amaran. Terhenti tangan Dell yang mahu mengusap paha itu, Fakhrul tarik senyum. Namun senyumannya hanya bertahan dua saat sebelum bibir Dell sudah singgah di pipinya.

"That song was for you sebab you're the one yang dah curi hati I." ciuman di lekapkan kembali di pipi Fakhrul sebelum senyumannya semakin lebar. Fakhrul hanya sembunyi senyum.

'Nakal!' Fakhrul mencuri tengok ke arah isterinya di sebelah sebelum semakin lebar senyuman di wajahnya.



"Bie, jom pergi kedai tu." Tangan ditunjuk ke arah butik La Senza.

"Seganlah I, you masuk. I tunggu kat luar." Tangan Dell yang menarik lengannya di tahan. Segan mahu turut masuk ke dalam butik pakaian dalaman wanita itu.

"Ala, nak segan apa. You kena tahu juga size isteri you." Dell menarik kembali tangan Fakhrul untuk masuk ke butik La Senza.

"Bie, warna apa yang sesuai dengan I?" bra warna merah hati dengan hitam di angkat, meminta pendapat suaminya.

"Anything that you choose will fit you." balas Fakhrul tanpa mengangkat kepala. Matanya masih tertancap pada telefon bimbitnya. Malu mahu melihat bra yang di tunjuk isterinya.

Dell maju ke hadapan Fakhrul, telefon bimbit suaminya diambil perlahan. Perbuatannya berjaya menarik perhatian si suami. Mata Fakhrul melihat tingkah Dell yang memasukkan telefon bimbit miliknya ke poket jeans di bahagian belakang, tepat di punggungnya.

"Dell. I seganlah. Bagi balik fon I."

"This one or this one?" kedua-dua bra tadi di tunjuk semula depan Fakhrul.

"Take both."

"Are you sure?"

"You're the hottest girl alive, any color will fit you." bisik Fakhrul perlahan di telinga Dell.

"Okay then. I take both of 'em."

Baru saja langkahnya mahu menuju ke kaunter, tiba-tiba badannya di rempuh kuat. Mujur Fakhrul ada di belakangnya menahan badannya daripada jatuh. Si empunya badan yang melanggar Dell menunduk, mengambil bra yang sudah jatuh ke lantai.

"32B?"

Mendengar suara itu seakan mengejek buat Fakhrul dan Dell memandang si pemilik suara.


Treat You Better ✔Where stories live. Discover now