Bab 8

17K 512 24
                                    

'Alamak lupalah pulak nak minta number phone Dell'

Fakhrul tepuk dahi sendiri dengan kealpaannya. Laptop Dell yang sudah siap di format dan ditukar RAM dibelek semula. Semua data yang sudah di back up di masukkan semula ke dalam laptop. Sedang memerhati fail-fail yang dipindahkan, cursor nya terhenti pada folder 'Memory'. Hatinya terlalu ingin melihat isi folder tersebut, namun akalnya menghalang perbuatannya. Berkali-kali tangannya bermain-main dengan cursor mengelilingi folder tersebut. Sehingga akhirnya tangannya menekan double click pada folder tersebut.

Terpampang gambar Dell bersama keluarganya. Mereka sekeluarga nampak bahagia. Tiba-tiba matanya terhenti pada beberapa keping gambar yang membuatnya menelan air liur.

"Angah"

Spontan tangannya menutup kuat laptop milik Dell. Pandangannya di hala ke pintu bilik.

"Kau kenapa terkejut sangat?" tanya Fakhri pelik.

"Haa? Mana ada." Fakhrul cuba menafi walaupun dia tiada idea untuk menutup kekalutannya.

"Kau tengah layan porn eh ngah?" teka Fakhri.

"Gila kau. Mana ada!" nafi Fakhrul.

"Asal kau blushing?" soal Fakhri.

"Mana ada aku blushing gila." Mendengar balasan Fakhrul buat Fakhri ketawa terbahak-bahak.

"Kau nak apa ni masuk bilik aku?" soal Fakhrul geram apabila Fakhri masih tidak berhenti ketawa.

"Oh. Aku nak cakap. Mama dengan papa panggil makan." Fakhri menjelaskan tujuan kedatangannya sambil mengesat air mata yang sudah berkumpul kerana terlalu banyak ketawa.

Fakhri melangkahkan kakinya keluar dari bilik Fakhrul sebelum berhenti di depan pintu.

"Aku rasa kau dah wajib kahwinlah ngah. So, tak adalah sampai tahap kau kena layan porn." Fakhri menyambung gelak sebelum pantas keluar dari bilik Fakhrul.

Fakhrul membuka kembali laptop milik Dell. Gambar Dell berbikini sedikit sebanyak membuakkan nafsu lelakinya. Namun, imaginasi nakalnya segera di cantas sebelum menghabiskan proses pemindahan back up dan menutup laptop itu dengan langkah yang betul.



"Lambatnya turun ngah." Tegur Puan Mariam.

"Maaf semua angah lambat." Balas Fakhrul.

"Ma, pa. Along rasa. Angah ni dah kena kahwinlah ma." Suara Fakhri yang tiba-tiba menyampuk mengejutkan Fakhrul, lebih-lebih lagi mendengar ayat alongnya itu.

"Apa kena mengena turun makan lambat dengan kena kahwin ni?" Fasha buat muka pelik.

"Kau budak kecik diam-diam je dik." Balas Fakhri menyebabkan Fasha mencebik.

"Kenapa pulak along cakap macam tu?" Soal Encik Faizal.

"Sebab tadikan, masa along nak panggil angah, along nampak angah tengah"

Belum sempat ayatnya dihabiskan Fakhrul sudah berlari kearahnya sebelum mulutnya ditutup rapat oleh tangan kasar milik adik lelakinya itu.

"Eh, along. Angah. Kenapa jadi macam budak-budak ni? Hish. Si along ni. Tak padan dah jadi bapak budak. Suka usik adik-adik. Angah pun dah boleh jadi bapak budak tau." Encik Faizal bersuara.

Teguran Encik Faizal di sambut dengan ketawa oleh Fakhri. Fakhrul tunjuk penumbuk sebagai amaran kepada alongnya.

"Aku doakan kau kahwin tahun ni jugak. Barulah tenteram hidup kau." Setelah menghabiskan ayatnya, Fakhri sambung gelak.

Treat You Better ✔Where stories live. Discover now