Bab 11

917 22 0
                                    

Pagi ini, Izz tak sarapan pun. Mungkin terasa hati dengan aku. "Chen,kau tak pujuk Izz ke?" tanya Indera. Chen menggeleng. "She said, she don't want anyone disturb her," kata Chen. "I think she tired about yesterday," kataku. "It's not about you. Mungkin dia nak tenangkan fikiran dia," kata Amsyar. Dia tidur di sini sebab dah lewat malam, Chen menyuruhnya tidur sini. "Kenapa dengan semalam," tanya Mifzal. "Nak tanya ni," kataku. "Tanya je la," kata Aiman mewakili semua yang ada di situ. Ahli EXO pula sudah pergi latihan. "Korang tahu kan Izz sakit," tanyaku. Semua di situ terdiam. "Betulkan," tanyaku lagi dengan suara yang agak kuat. "Betul," kata Fairuz. "Kenapa korang rahsiakan," tanyaku. "Ini semua permintaan Izz," kata Emil. "Kalau ya pun, bagitau je la. Korang memang suka tengok aku macam ni," kataku. Air mataku tidak dapat ditahan lagi. Suasana jadi sunyi sebentar. "Nat," panggil seseorang. Aku tahu orang itu. "Aku minta maaf sebab rahsiakan. Aku tahu, aku bukan kawan yang baik," kata Izz. Aku menuju ke arah Izz dan memeluknya. "Izz, sekurang-kurangnya kau bagitahu kau sakit. Kenapa kau diam je," kataku. "Am, sini kejap," kata Izz.

Izz p.o.v

Aku mengajak Amsyar ke luar rumah. Kami duduk di atas bangku yang disediakan. "Am, boleh janji dengan aku," tanyaku. "Janji apa," tanya Amsyar pula. "Kalau apa-apa jadi kat aku dalam masa terdekat ni. Aku harap sangat kau dapat jaga aku," kataku. Amsyar hanya mendiamkan diri. "Dan kalau aku pergi, aku nak kau jaga kawan-kawan aku macam mana kau jaga aku," sambungku lagi. "Kenapa awak cakap macam tu," tanyanya. "Sebab aku dapat rasa aku tak lama dah," kataku. "Birthday awak nak dekat kan? Nak sambut ke?" tanya Amsyar. "Ikut suka kau la," kataku.

End p.o.v

Aku mencuri dengar perbualan Izz dan Amsyar. Izz, kau kena kuat. Jangan cakap macam ni. "Nat, sabar ye. Kami ada," kata Fairuz. Aku hanya mendiamkan diri. "Izz tu kuat. Dia lagi kuat kalau kita jadi macam dulu. Takde nak menangis bagai ni. Cuba kau jadi kuat macam dia. Lagipun birthday dia dah dekat. Am kata nak sambut," kata Azri. "Hmm," hanya itu yang aku balas. Aku terus naik ke tingkat atas. Aku masuk ke dalam bilikku. Sedang aku melayan perasaan, fon aku berbunyi menandakan ada mesej baru masuk.

Luqman
Hai awak? Sihat ke?

Dia mimpi apa mesej aku? Balas je la.

Natrah
Hai.. Sihat je.. Awak?

Luqman
Sihat. Awak kat Korea kan?

Natrah
Haah, kenapa?

Luqman
Saya nak jumpa awak boleh?

Memang pelik. Dah terlebih makan ubat kot.

Luqman
Mesti awak pelik kan. Saya dah putus tunang dengan Hajar. Dia tu gedik, saya tak suka.

Natrah
Nak jumpa kat mana?

Luqman
Sungai Han

Aku tidak balas mesej itu. Perlukah aku jumpa dia? Serabut betul. Baru saja ingin melelapkan mata, ada orang mengetuk pintu bilikku. Dengan segera aku membuka pintu. "Kenapa?" tanyaku. "Izz," kata Aiman. "Kenapa dengan Izz?" tanyaku. "Dia kena tahan kat hospital. Masuk wad kecemasan. Semua nak pergi sana. Kau nak ikut?" tanya Aiman. "Kenapa dia kena tahan wad. Bila?" tanyaku. "Boleh tak kau jangan banyak tanya. Sekarang ni kawan baik kau tu masuk hospital," kata Aiman lalu dia turun ke tingkat bawah. Aku pun turun ke tingkat bawah.

Aku membuka pintu bilik Izz di wad itu. Izz sedang berehat. Doktor kata hujung minggu ni dia kena bedah. Birthday dia Sabtu. "Izz, kau kuat okay. Aku sentiasa ada," kataku. "Kau kena kuat untuk aku. Aku taknak kau tinggalkan aku," sambungku lagi. Aku mendiamkan diri. Selepas beberapa minit, doktor masuk ke dalam bilik itu bersama Chen. Doktor itu memeriksa Izz. Setelah selesai memeriksa Izz, doktor itu pun keluar. "Nat, kau sabar ye," kata Chen. Chen mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. "Ni, Izz bagi tapi jangan buka sekarang," kata Chen. Dia memberikan aku sebuah kotak kecil. Aku ingin membuka kotak itu tetapi Chen menghalang. Chen menggeleng. "Kalau kau nak menangis dipesilakan buka," kata Chen. Aku membuat keputusan untuk tidak membuka kotak itu.

Mr Dingin And Mrs PeramahWhere stories live. Discover now