Bab 2

1.2K 46 1
                                    

"Izz, kau okay ke?" tanyaku. Izz hanya mengangguk. "Kau rehat dengan siapa?" tanyaku lagi. Aku rasa tak puas hati bila dia tak jawab. "Sorang," jawab Izz pendek. "Sorang? Kau rehat dekat mana? Habis tu Indera, Aiman semua tu bukan kawan kau?" tanyaku. Izz mengangguk. "Memang diorang kawan aku tapi kali ini aku taknak la rehat dengan diorang. Nat, petang ni kau free tak?" tanya Izz. "Free je. Why?" kataku. "Aku rasa aku nak berubah," kata Izz. "Berubah camne?" tanyaku. "Aku nak bertudung," kata Izz. Aku tersenyum. "Alhamdulillah, Allah dah buka hati kau untuk bertudung. Kalau macam tu. Petang nanti aku tunggu kat depan rumah kau. Kau bagi alamat rumah kau," kataku. Izz hamya mengangguk.

"Assalamualaikum, Izz," kataku sambil menekan loceng rumah Izz. Kemudian, seseorang membuka pintu rumah. "Waalaikumussalam, Nat. Masuklah," kata Izz. "Takpelah Izz. Aku ada hal yang penting ni," kataku sambil tersenyum. "Hal apa? Sampai tersenyum ke telinga ni? Jumpa boyfriend ek? Kalau jumpa boyfriend, aku nak teka. Mesti Luqman kan. Dia sesuai sangat dengan kau," usik Izz. "Kau dengan siapa? Indera?" kata aku. "Apa yang penting sangat tu?" tanya Izz. "Aku nak tengok kau bertudung. Kau dahlah lawa, pakai tudung pula. Lagi lawa," kataku. "Kau lagi lawa dari aku. Comel. Budak popular pula tu," kata Izz. Ada sedikit nada cemburu di situ. "Kau dah siap ke?" tanyaku. Izz mengangguk. Selepas Izz meminta izin mummy dan daddynya, kami berdua masuk ke dalam keretaku. Aku pergi ke Kedai Tudung Ariana. Setelah sampai, aku menyuruh Izz memilih tudung yang dia berkenan. Dia memilih 5 helai tudung berwarna turqoise, kuning, hitam, putih dan merah jambu. Semuanya tudung bawal. Aku gembira melihat Izz tersenyum tetapi kenapa Aiman kata dia serius memanjang. Aku pun pelik.

Keesokan harinya, aku pergi ke universiti dengan Izz. Aku berjalan bersama dia menuju ke kafe. Dari jauh lagi aku nampak Indera melambai ke arah kami. "Hai, good morning," kataku ke arah semua lelaki di situ. Mereka semua tersenyum kecuali seorang lelaki ni. LUQMAN. Dingin betul dia ni. Entah-entah dari Antartika kot. Sebab tu dingin semacam. "Siapa dia ni. Cun la," kata Indera sambil memandang ke arah Izz. "Serius kau tak kenal dia?" tanyaku. "Tak, kenapa? Aku kenal ke?" tanya Indera pula. "Aku Izz," jawab Izz sebelum sempat aku menjawab. Semua di situ ternganga kecuali seseorang. LUQMAN lagi. "Ehem, Luqman. Kau ada masalah ke? Kalau ada masalah, cuba kongsi sikit," tanyaku. Tiba-tiba, Luqman memandangku tajam sebelum dia menarik lenganku untuk pergi ke suatu tempat. Setelah sampai di situ, Luqman melepaskan lenganku. "Kau ni kenapa? Tiba-tiba je tarik lengan aku. Sakit tau tak," kataku. "Sakit kau je yang kau tahu. Sakit aku? Ada kau tahu?" kata Luqman. "Kau sakit ke? Aku tak tahu pun. Teruk ke?" tanyaku. "Teruk sangat," kata Luqman. "Kau sakit apa? Jangan macam-macam. Aku taknak bertanggungjawab kalau apa-apa jadi kat kau. Aku tak tahu apa-apa," kata aku. "Aku sakit HATI," kata Luqman sambil menekankan perkataan hati. Aku berkerut. "Sakit hati? Ada ke sakit tu?" tanya aku. "Nat, kau ada suka someone ke?" tanya Luqman. "Ada, tapi lelaki tu dingin sangat dengan aku. Takut aku dibuatnya," kata aku dengan jujur tanpa mengetahui sebab Luqman tanya sebegitu. "Sebenarnya, aku suka kat kau tapi kau dah suka orang lain. Aku terlepas peluang," kata Luqman. Aku terkejut. "Kau..... Suka..... Aku......" kata aku. Secara tiba-tiba, aku menjerit. Luqman cepat-cepat menekup mulutku. Setelah dia sudah yakin yang aku takkan jerit lagi, dia mengalihkan tangannya. "Boleh tak kau jadi girlfriend aku?" tanya Luqman. Aku berfikir dalam lima minit sebelum aku mengangguk. Aku dan Luqman tersenyum gembira.

Di kelas, aku asyik tersenyum sahaja. Izz pun sudah pelik dengan aku. "Nat,kau okay ke?" tanya Izz. Aku hanya mengangguk. "Sawan kot," kata Izz perlahan tetapi masih dapat didengariku. "Aku dengar tu. Aku tak pekak lagi," kataku tapi senyuman masih belum hilang lagi. Izz hanya menggeleng. Aku langsung tak fokis semasa prof mengajar. Sampaikan waktu break pun aku tak sedar. "Nat, kau nak rehat ke tak? Semua dah tumggu tu," kata Izz. "Oh, dah break eh. Jap," kataku dengan segera aku mengemas buku-buku lalu berlari ke arah Izz. Tanpa ku sedar, kaki aku tersadung, aku menutup mata tetapi setelah satu minit. Aku rasa takde bunyi jatuh pun. Aku pun membuka mata. Rupa-rupanya, Luqman menahan aku dari jatuh. Aku tersedar dari lamunan setelah terdengar Izz berdeham. Luqman pun begitu. "Kalau korang nak bersawot-sawit kat sini, kitorang blah dulu. Jom, korang," kata Izz kepada Mifzal, Indera, Azri dan Aiman. Setelah diorang pergi, Luqman tersenyum kepadaku. "Kalau nak saya sambut, jangan jatuh kat sini. Bahaya," kata Luqman. Darah mula menyerbu wajahku. Aku malu sangat lalu aku keluar dari kelas. Aku terdengar yang Luqman tergelak di dalam kelas.

Bersambung

Amacam? Okay tak. Kalau tak okay, harap dapat komen part mana yang tak okay tu. Luv you all. 😘😘

Mr Dingin And Mrs PeramahWhere stories live. Discover now