Bab 7

724 23 0
                                    

Kami pun pergi ke pondok yang kami selalu lepak. Setelah sampai, aku menjerit. Kawan-kawanku tidak kisah kerana tempat itu tersorok. Aku menjerit lagi sekali sambil menangis. Aku terduduk. Izz terus memelukku. "Kenapa semua orang macam ni? Kenapa? Tak boleh ke biar aku bahagia sekejap. Sekejap pun jadi la," kataku. Izz hanya menepuk perlahan bahuku. Dia mengenggam erat tanganku. "Sabar, Nat. Sabar," kata Izz. "Sekarang kau bangun, duduk atas kerusi dulu," arah Fairuz. Aku pun bangun lalu duduk di atas kerusi. Tangisanku sudah reda. "Sekarang cerita cepat," kata Azri. "Biarlah kejadian tu jadi rahsia buat diri dia. Dia tengah trauma," kata Izz. Aku hanya mendiamkan diri. Aku masih sayangkan Luqman tapi kenapa dia sanggup tinggalkan aku untuk perempuan tak guna tu.

Waktu di kelas, aku langsung tidak fokus semasa prof mengajar. Mahu berbual dengan Izz, dia sedang fokus. Indera dengan kawan dia, duduk sebelah Izz. Lagilah tak boleh kacau. Aku hanya memandang prof sahaja. Apa yang diajarnya langsung tidak masuk dalam kepala aku. Tiba-tiba Izz mengetuk meja dengan pen, aku terkejut. "Kau okay?" tanya Izz. Aku hanya tersenyum. "Dah takde suara ke?" tanya Izz lagi. "Ada," jawabku sepatah. "Okaylah kalau kau cakap macam tu. Aku nak balik. Kau taknak balik ke?" tanya Izz. Balik? Aku melihat sekeliling, tiada sesiapa kecuali aku, Izz dan jejaka-jejaka yang agak tampan. Indera, Mifzal, Azri dan Aiman cuba untuk menahan ketawa. "Kalau nak gelak tu, gelak je la. Hodoh aku tengok korang tahan gelak macam tu," kataku sambil mengemas barang-barangku. "Maafkan kami, Puteri Natrah," kata mereka berempat. "Bagus, bagus. Disebabkan korang berempat panggil aku puteri. Layan aku macam puteri hari ini," kataku. Mereka semua menggeleng. "Takdelah, aku gurau saja," kataku.

Aku sedang menonton televisyen. Ti a-tiba ada orang mengetuk pintu. "Kakak, buka pintu tu," kata ibuku. Aku mengambil tudungku lalu memakainya. Setelah selesai memakai tudung, aku pun terus membuka pintu. "Fairuz rupanya. Masuklah dulu," kataku. "Takpelah. Saya nak ajak awak keluar makan. Awak free ke? Jangan risau, kawan-kawan awak semua dah ada kat sana. Kawan-kawan saya pun," kata Fairuz. "Hmm, tunggu jap. Saya nak bersiap," kataku. Fairuz mengangguk. Aku dengan segera naik ke tingkat atas. Aku membuka almari bajuku dan memilih baju yang sesuai serta tudung. Setelah bersiap, aku turun ke timgkat bawah dan salam ibuku. Aku pun keluar rumah dan mengunci pintu. Setelah itu, aku masuk ke dalam kereta Fairuz. Fairuz memandu kereta dengan agak laju tapi berhati-hati juga. Setelah 20 minit, kami pun sampai di sebuah kafe. Aku ternampak Izz sedang berbual dengan kawan-kawan kami. Aku berlari menuju ke arah mereka. "Hai korang," kataku. "Hai," jawab semua yang ada di situ. Kami pun order makanan dan minuman. Setelah agak lama aku di situ, aku meminta diri untuk pulang. Aku dan Fairuz masuk ke dalam kereta. Di dalam kereta, aku dapat berkenalan dengan Fairuz. Kami pun hanya berbual-bual kosong.

"Tadi pergi mana dengan Fairuz," tanya ayahku. "Tak pergi mana pun. Pergi makan je," kataku. "Pergi makan je. Tak pergi tengok wayang ke? Shopping ke?" tanya ibuku pula. "Ibu, kitorang baru nak kenal. Belum tunang lagi," kataku. "Memanglah, tapi dia bakal tunang kamu," kata ibuku. "Erm, ibu, ayah. Kakak naik dulu la. Dah ngantuk," kataku. Aku terus naik ke tingkat atas lalu masuk ke dalam bilikku. Setelah menutup pintu, aku baring di atas katilku. Tiba-tiba, telefon aku berbunyi menandakan ada mesej baru masuk.

Fairuz
Hai

Natrah
Hai

Fairuz
Tak tidur lagi ke?

Natrah
Tak

Fairuz
Ouh, saya mesej ni sebab nak bagitau esok awak takde kelas. Saya pun takde kelas. Jom keluar nak.

Natrah
Takde kelas? Siapa yang cakap?

Fairuz
Izz la cik adik oi. BFF sendiri, takkan dia tak bagitau.

Natrah
Takde pun. Terlupa mungkin.

Fairuz
Okaylah, saya dah ngantuk. Good night, have a sweet dream.

Natrah
Good night. Have a sweet dream too.

Aku mematikan telefonku. Kenapa setiap kali aku jumpa Fairuz, aku berbual dengan Fairuz, perasaan aku jadi lain. Perasaan ni sama macam first time aku jumpa Luqman. Natrah, move on please.

Bersambung
Macam mana? Best tak? Kalau tak best komen ye. Boleh saya betulkan. Luv you all 😘😘

Mr Dingin And Mrs PeramahWhere stories live. Discover now