War Of Change Student Edition - Bahasa Melayu

43 3 0
                                    

    Aku Syaiful dan kawan-kawanku Aiman,Fikri,Husna,Syuhada dan Naim.Karakter mereka amat berbeza kerana terdapat asam garam didalam cerita ini.Syaiful seorang yang perwatakkan gila-gila dan mempunyai wajah yang segak dan tampan,Fikri perwatakkanya amat nakal,Husna mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi,Aiman seorang budak buas dan Syuhada mempunyai perangai yang aneh.Pada bulan satu mereka diberi tugasan untuk menyiapkan kerja kursus Sejarah dan Pengajiam am.Budak lelaki dikelas tersebut mengambil endah tak endah pada tugasan tersebut kerana kurang sivik dan pendidikan moral.Didalam otak mereka hanya bermain game dan mengorat.Budak perempuan pula bertungkus lumus untuk menyiapkan Assignment yang diberikan oleh guru dan memberi beberapa nasihat kepada budak lelaki untuk menyiapkan Assignment tersebut.Tetapi mereka masih tidak berubah,leka dan menganggap itu semua tidak penting.Pada suatu hari husna datang dan menasihati kami.Budak lelaki membalingkan pemadam dan beberapa sampah kepada husna kerana menganggu mereka untuk bermain game didalam kelas.Husna hanya berdiam diri dan duduk diam di tempatnya sambil mengosok matanya.Syuhada dan kawan perempuan lain bertanya kepada husna apa yang terjadi kepadanya tetapi husna tersenyum dan mengatakan "Ehhh! Mata aku masuk habuk lahhh ni burung layang-layang dalam kelas banyak sangat".Syuhada sudah syak apa yang berlaku kerana budak lelaki hanya ketawa daripada jauh dan mentertawakan sikap poyo husna tersebut.Syaiful berasa bersalah akan kejadian tersebut lalu datang kepada husna dan memujuknya.Husna hanya tersenyum dan mengatakan "Please belajar please" aku pun mengambil inisiatif untuk memujuk kawan aku untuk belajar.Pada keesokanya syaiful mula menegur dan memberi beberapa pujukan untuk rakan-rakan lelaki untuk belajar.Mereka memulaukan syaiful kerana lebih membela una dan mengikutnya.Syaiful hanya duduk ditepi dan disisihkan.Mereka telah membuang meja Syaiful daripada tingkat atas sekolah dan mengoyak bukunya.Syaiful hanya bersabar dan tidak menceritakan ia kepada orang lain termasuk Una.Satu hari Husna dan Syuhada pulang daripada sekolah dan melihat Syaiful tertiarap diatas tangga.Mereka terus pergi ke Syaiful dan melihat keadanya.Syaiful terbuka mata sedikit dan tersenyum sambil berkata "Una...Syu...aku dah usaha ajak depa untuk berubah tetapi aku tidak boleh" Una berkata "Macam mana jadi macam ni??? sapa buat?" Syaiful hanya tersenyum dan mengelengkan kepalanya.Syaiful perlahan-lahan turun ke parkir motorsikal dan pulang.Una risau dan bertanya kepada Fikri.Fikri berkata"Biar lah kat dia!padan muka dia bodoh pi ajak aku belajar!".Una berasa bersalah sangat lalu bergegas dia pergi kerumah Syaiful.Selepas mendengar jeritan Husna daripada luar.Syaiful keluar dan berjumpa Husna dihadapan pintu rumahnya.Dia bertanya "Weyh sepol aku minta maaf" Syaiful dengan egonya berkata "Hahahaha aku jantan mana ada apa,sakit sikit saja!" terus Syaiful menutup pintu.Husna perlahan-lahan pulang dengan hiba.Pada ketika itu Syaiful sedang membuka laptop.Pada masa tersebut Syuhada,Fikri,Husna,Syaiful,Naim dan Aiman membuka laptop untuk menonton filem.Pada masa itu kilat sambong menyabong lalu menyambar rumah mereka dan terkena laptop mereka.Bommmmmmmmmm! mereka pengsan.Sedar sahaja daripada pengsan tersebut mereka mula terjaga dan melihat diri mereka berada dialam lain.Mata mereka ternampak diatas hanya button tetikus.Mereka ternampak folder-folder yang mereka simpan.Mereka terjaga dan tertanya dimana mereka berada.Mereka melihat dikiri mereka ialah bilik mereka.Mereka berlari kearah situ dan terlanggar dengan skrin komputer mereka.Mereka terperangkap didalam dunia komputer.Mereka juga menangis dan memerlukan satu sama lain.Mereka mencari jalan untuk keluar.Tiba-tiba satu emel masuk dan automatik email itu terbuka dan bertulis "Selamat datang kedunia komputer ataupun siber dan salam sejahtera.Untuk keluar daripada dunia inikamu perlu melaksanakan 3 permain,permainan akan bermula lagi 1minit lagi.Bersiap sedialah".Mereka panik! mereka terus bersiap sedia untuk permainan tersebut kerana itu sahaja cara untuk mereka keluar.Mereka saling berminta maaf dan bersatu untuk menang tetapi budak lelaki masih ego dan tidak mahu bekerjasama.Mereka ingin menjadi musuh.Syaiful berkeras untuk bekerjasama tetapi tidak diendahkan.Syaiful bekerjasama dengan syuhada dan husna tetapi Fikri,naim dan aiman enggan bekerjasama.Selepas seminit permainan pertama bermula.Program komputer memberikan mereka permainan perlumbaan untuk kemuncak menaiki kereta go kart.Mereka tangkas berlari dan memilih kereta yang diberi.2buah kereta go kart bersaiz besar diberikan dan budak lelaki memecahkan tayar satu lagi go kart dan menaiki gokart satu lagi,demi untuk memenangi perlumbaan tersebut.Mereka amat liar!lalu budak lelaki memecut laju meninggalkan Syaiful,Husna dan Syuhada.Syaiful dan rakan perempuan lain pasrah.Syaiful mendapat akal untuk mengantikan tayar mereka dengan gula2 Cloud 9 rainbow bersaiz tayar kereta.Budak perempuan menolong Syaiful untuk membaiki tayar.Sementara itu kumpulan lelaki terus mendominasi perlumbaan dan tiba-tiba mereka mengalami masalah.Masalah mereka hadapi ialah apabila berdepan dengan raksaksa cicak yang besar.Mereka ketakutan lalu ditelan oleh raksasa tersebut.Setibanya kumpulan syaiful dan geng perempuan mereka ternampak kumpulan lelaki meminta tolong didalam perut raksaksa yang sedang tidur itu.Husna dan Syuhada mengigil ketakutan dan meminta Syaiful untuk beredar daripada situ.Syaiful enggan kerana dia terdengar suara fikri yang meraung didalam itu.Syaiful mencari benda tajam untuk mengeluarkan mereka.Syaiful terjumpa batu yang tajam.Lalu dia membelah perut cicak raksasa dan mengeluarkan mereka.Tiba-tiba cicak raksaksa tersebut terjaga dan menyerang Syaiful.Syaiful sanggup menaruh nyawa untuk bertarung dengan si raksaksa demi untuk menyelamatkan rakan-rakanya yang dia sayangi.Budak lelaki berlari keluar daripada perut cicak itu dan mepihat Syaiful mempertaruhkan nyawa demi mereka.Riaksi wajah syaiful amat bersungguh-sungguh.Raksaksa cicak itu berjaya dibunuh apabila cicak itu menelanya dan Syaiful menikam tepat pada jantung raksaksa tersebut.Selepas kejadian itu mereka perlu bersatu untuk keluar daripada permainan tersebut dengan bekerjasama.Akhirnya mereka bekerjasama dan memenangi perlumbaan tersebut.Tiba-tiba program komputer memaparkan perkataan "Tahniah anda telah berjaya".Mereka gembira tetapi setiap cabaran mereka atasi akan menambahkan lagi kesukaranya.Untuk melepaskan diri amat mustahil bagi seorang manusia biasa.Permainan kedua akan bermula tidak lama lagi dan program komputer telah muncul secara tiba-tiba.Program komputer memberitahu akan permainan seterusnya iaitu Pagar Ular.Pagar Ular mempunyai perangkap yang banyak dan perlu melepasi dengan selamat.Jika gagal ia akan membawa maut.Mereka ketakutan sehinggakan tidak dapat tidur malam.Permainan yang mereka hadapi itu tidak sesuai untuk Una dan Syuhada kerana amat sukar baginya untuk berlari selaju lelaki.Pada malam yang mereka disambar kilat tersebut cikgu mereka juga telah disambar kilat dan masuk ke dunia komputer tersebut.Tetapi yang misterinya cikgu itu tidak kelihatan didalam komputer tersebut.Dia berada disatu tempat dan berada disitu dan memerhati.Apabila permainan kedua dimulakan pada keesokan harinya,mereka sudah membuat persediaan rapi sebelum memulakan larian yang menyakitkan itu.Husna dan Syuhada dilatih oleh budak lelaki dan diberi sedikit sebanyak motivasi untuk menempuhi permainan itu.Mereka sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal.Tepat jam 9.52 permainan bermula! Mereka berada dihadapan Pagar Ular tersebut.Mereka berjalan masuk kedalam dan melihat terdapat 8 lorong yang mengelirukan.Fikri memesan supaya tidak berpecah kerana dia bimbang akan keselamatan rakan-rakanya.Mereka memilih haluan kanan kerana mereka memikirkan tentang kebaikan kepada orang islam memulakan dengan langkah kanan.Setelah melepasi pagar kanan mereka terselamat daripada satu lorong tersebut.Mereka gembira dan menyanyi.Syaiful mengigatkan supaya mereka semua tidak terlalu seronok bergitu awal kerana mereka tidak tahu berapa banyak lorong yang mereka terpaksa hadapi.Andaian yang syaiful terangkan kepada mereka saiz pagar ular itu sebesar 4 padang bola dan 150 lorong yang perlu dilepasi.Semakin mudah mencari lorong keluar semakin dekatlah mereka dengan bahaya yang akan dihadapi.Syaiful mengigatkan mereka untuk berhati-hati.Mereka mendengar cakap Syaiful dan menumpukan perhatian kepada pagar seterusnya.Mereka terpaksa memilih 18 buah lorong sempit untuk dilepasi.Terdapat lambang atau logo ular tedung terdapat diatas lantai tersebut.Ini menunjukkan salah satu lubang tersebut mempunyai Ular.Pada kali ini Aiman membuat pilihan untuk memasuki lorong tersebut.Aiman memilih lorong yang tengah,firasat syiriknya berkata tengah.Apabila melalui lorong tersebut terasa dingin dan sedap sahaja badan kami.Apabila jauh pintu permulaan tidak lagi kelihatan.Tiba-tiba kedengaran bunyi gemercing semakin kuat.Semakin berjalan kehadapan semakin kuat.Jalan mereka lalui sangat gelap.Salah seorang daripada mereka membuka lampu suluh dan mendapati mereka berada dikawasan ular tedung yang penuh dan ia sedang tidur lena.Mereka perlahan-lahan merangkak keluar,hanya lagi 7meter untuk keluar daripada kawasan bahaya tersebut.Syaiful keluar yang terakhir skali untuk memastikan yang lain selamat keluar.Apabila semua orang keluar dengan selamat aiman tersengaja bersin dan memberikan ular itu bangun daripada tidur yang lena.Kesemua mereka lari bertempiaran dan tidak mengendahkan lorong mana yang perlu pilih.mereka masih tidak berpecah kerana teringat pesan syaiful tadi.Puluhan ular itu mengejar Syaiful dan rakan-rakanya dengan pantas apabila masuk ke lorong satu lagi ia ternampak seorang budak perempuan menangis.Tiba-tiba ular itu berpatah balik akan tahu bahaya yang berada di depan.Kami tidak berfikir dengan rasional pada waktu itu kerana penat.Kami meluru kearah gadis tersebut.Gadis tersebut meminta cermin.Aku hairan kenapa dia minta cermin.Husna pun memberi kepadanya cermin lalu ia tertawa dengan kuat.Hahh! muka Syaiful macam mengetahui apa sedang terjadi tetapi yang lain masih binggung.Syaiful hanya ternga-nga dan mukanya cuak.Mereka mengoncang Syaiful dan bertanyakan kepadanya apa berlaku.Syaiful memberitahu yang itu bukan budak biasa tetapi dia ialah MEDUSA.Jangan pandang matanya!sekarang lari! mereka berlari sekuat hati hinggalah mereka tersedar mereka sudah melepasi permainan 2.Mereka hairan kerana cepat sangat permainan itu tamat.Program komputer muncul dan berkata "TAHNIAH SEMUA!" mereka bertanya kepada program komputer apa yang berlaku.Program Komputer berkata " kamu memilih jalan pintas dan sampai ke tempat penamat".Mereka berpelukan dan trauma akan kejadian tadi.Selepas seminit permainan ke-3 akan bermula.Permainan itu ialah siapkan Assignment.Mereka hanya perlu berjanji untuk menyiapkan assignment yang diberi oleh guru.Mereka semua berjanji lalu lulus lah permainan ke 3 .Mereka hairan kenapa mudah sangat permainan itu.Pada masa itu lah satu portal turun dihadapan mereka.Muncul seorang sosok tubuh yang sederhana,rambut disikat tepi,dan berjalan kearah mereka.Meraka berundur sesikit demi sedikit.Tiba-tiba suara yang merak dan tidak sedap berbunyi "Nanti hampa balik siapkan assignment dan jadi student yang berdisiplin,Saya mahu kamu bersatu padu."Mereka hairan dan berkata secara serentak "Siapa kamu?".Dia menjawab "Aku yang menduga kamu pada tempoh hari tersebut.Aku lah yang mencipta permainan ini dan akulah guru kamu".Mereka terkejut dan terjatuh.Buka sahaja mata mereka berada diatas katil yang empuk sambil laptop yang terbuka menunjukkan arah untuk menulis assignment.Keesokan harinya mereka kesekolah dan menceritakan mimpi masing-masing dan mereka mendapati mimpi mereka sama! dan bertanya kapada guru akan mimpi mereka hadapi.Cikgu berkata "Kamu semua bermimpi disiang hari! sekarang siapkan kerja kamu!" mereka pun bergegas untuk menyiapkan kerja mereka dan siap.Perangai dan sikap mereka berubah menjadi orang yang rajin dan berdedikasi.Terima kasih diatas mimpi berikut.Dia sangat bersyukur rakan-rakan mereka kembali seperti biasa kembali.Cikgu mereka tersenyum dan berkata perlahan-lahan"Selamat datang ke WAR OF CHANGE".

#Tamat

(Novel Akan Datang By Encik Kekasih)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Novel Akan Datang By Encik Kekasih)

#EncikKekasih
#Followme

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 21, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

War Of Change (Student Edition) Bahasa MelayuWhere stories live. Discover now