Bab 3

7.4K 132 0
                                    

Aku hanya duduk termenung didalam kereta. Fikiran duk melayang entah ke mana-mana. Sehingga dah sampai di mall sekarang pun aku tak sedar.

"Cik Ariana oi... tak nak turun dari kereta ke?" Terus mati lamunanku apabila ditegah oleh Sarah.
"Haa?"
"Kita dah sampai. Kau nak duduk dalam kereta ke?" Perli Sarah.

Aku hanya menjeling dia sebelum kaki melangkah keluar dari kereta miliknya. Bukan selalu aku mengelamun!

Kami sama-sama mengatur langkah menuju masuk ke pintu utama bangunan ini. Beberapa minit kemudian, aku tersedar akan sesuatu.

"Mana abang dan kakak kau?" Aku mengangkat kedua-dua belah keningku.
"Lepas hantar kita tadi, dia orang balik terus. Ada urusan pula katanya." Senang Sarah menjawab.
"Kita nak balik macam mana?" Soalan bodoh ditanya.
"Dah besar kan? Takkan tak boleh nak fikir? Bas ada, teksi ada."

Aku menjeling Sarah lagi. Dia ni, aku nak buat-buat polos sikit pun tak boleh! Aku melangkah kaki laju meninggalkan Sarah, tanda merajuk. Tangan memeluk tubuh.

"Merajuk pula dia ni. Dah besar-besar pun nak merajuk." Entah macam mana dia boleh ada sebelah aku. Tak perasan pula.
"Kau tu dah dua puluh lima tahun. Takkan bergurau sikit pun nak merajuk." Sambung Sarah lagi apabila aku tetap mendiamkan diri. Dia meletakkan sebelah lengannya dia atas bahuku.
"Ala sayang... janganla merajuk. Nanti... aku mengadu kat abang Roy baru tahu!" Meletus gelak tawa Sarah. Geram pula aku jadinya.

Sarah mencuit hidungku sebelum dia melangkah melarikan diri. Aku turut sama mengejarnya di hadapan sebuah kedai yang lapang kawasannya. Perangai macam budak-budak!

Hampir sepuluh minit aku menunggu Sarah di luar tandas. Katanya sakit perut. Lama betul dia melepaskan 'hajatnya' itu. Sembelit ke? Atau, dia tengah bina tandas kat dalam tu?

Aku hanya memerhatikan orang-orang yang lalu-lalang di kawasan itu. Ramai betul! Disebabkan terlalu bosan menunggu, kakiku terasa tidak mampu bertahan lagi. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk mencuci mata di kedai-kedai yang berhampiran. Kaki melangkah perlahan demi perlahan. Kedai buku Popular menarik perhatianku. Kaki diatur ke kedai tersebut.

Aku melewati ke setiap lorong-lorong didalam kedai buku ini. Bersinar terus mata melihat semua novel-novel yang terdapat di kedai ini. Rasa macam nak bawa balik semua! Tangan membelek-belek novel yang tersusun rapi itu.

Nak beli ke tak? Kat rumah pun ada yang belum buka lagi. Nantilah aku heret ayah ke sini. Sedang aku asyik membelek-belek buku tersebut, satu suara memanggilku.

"Kila!" Panggil si pemilik suara itu. Aku memaling ke arah suara tersebut. Susuk tubuh yang amat dikenali itu mendekatiku.
"Kau merayau kenapa?" Nada suara Sarah tegas. Takkan marah?
"Aku bosan tunggu kau lama sangat tadi. Tu aku jalan-jalan sikit. Sorry..." Tersengih-sengih aku menjawab.
"Dahtu tak bagitahu aku pula. Aku call tiga kali pun tak angkat." Mendengar kata Sarah, lantas telefon bimbitku dikeluarkan.
"Aku letak mod silent." Lepas membeli tiket wayang tadi, terus aku tukarkan mod kepada mod senyap. Takut lupa.

Sarah menarikku untuk keluar dari kedai. Aku hanya menuruti sahaja. Tiba-tiba, Sarah berhenti.

"Aku nak beli pen ni sikitlah. Kau tunggu kat luar, okey?" Kata Sarah. Beberapa pen ditangannya digoyangkan.
"Jangan lama sangat tau." Aku terus melangkah meninggalkan Sarah yang ke kaunter pembayaran itu.

Aku menolehkan kepala kebelakang kerana terdengar seperti ada seseorang yang memanggil namaku. Tetapi, kaki masih lagi melangkah ke depan dengan perlahan.

Tak ada pun? Mungkin nama orang tu sama dengan aku. Bisik aku sendiri. Entah macam mana, tiba-tiba gedebuk! Aku terlanggar dada seorang lelaki apabila kepala kembali menoleh ke depan semula. Aduh... aku menggosok kepalaku yang sedikit sakit. Nasib baik tak jatuh!

"Err... saya mintak maaf. Betul-betul tak se..." Belum sempat aku menghabiskan ayat, lelaki itu beredar meninggalkan aku. Aku jadi sedikit terpinga-pinga dengan keadaan itu.

Sempat aku menjeling wajahnya. Cis, sombong betul! Nasib baik salah aku yang tak sengaja terlanggar dia. Kalau tak, memang aku marah habis orang yang dah buat salah tapi tak reti minta maaf ni. Heh!

MY EGO HUSBANDWhere stories live. Discover now