32 - Pilihan Sukar

Start from the beginning
                                    

Atau... Memang ada benda tak elok jadi pada Hanna?

"Kau tahu tak sebab apa aku buat keputusan untuk ikut abang aku pindah LA?" tanya Hanna.

Laju Fir mengangguk. "Tahu. Sebab abang kau kena pindah tempat kerja kat sana?"

"Itu cuma salah satu sebabnya. Ada lagi sebab yang paling utama," balas Hanna senada.

"Then, tell me. Apa sebab utama kau tu?" Makin membuak-buak perasaan ingin tahu Fir.

"Sebab aku nak cari ketenangan."

Berkerut kening Fir sejurus jawapan Hanna menyapa telinganya. Kenapa pula Hanna nak cari ketenangan di bumi LA sana? Tak cukup aman lagi ke di Malaysia?

"Cari ketenangan? Apa maksud kau?"

"Kau mesti musykil kan, kenapa perangai aku tiba-tiba berubah lain sebelum aku pindah duduk LA?" Hanna balas soalan Fir dengan soalannya.

Macam mana Hanna tahu yang aku musykil pasal tu? Namun, Fir angguk juga.

"Aku berubah sebab..." Nafas dihela panjang. Hanna cuba mengumpul kekuatan.

"Sebab ada... Ada benda tak elok jadi kat aku," jawab Hanna lambat-lambat.

Terbeliak biji mata Fir. Baru sahaja dia membuka mulut, pantas Hanna memotong terlebih dahulu.

"Please, Fir. Let me finish first," pinta Hanna.

"Okay, okay. Teruskan." Segera Fir memberi peluang Hanna menghabiskan ceritanya.

Sekali lagi, Hanna ambil nafas.

"Fir, aku... Aku hampir jadi mangsa rogol."

Terkejut dengan kata-kata yang baru keluar dari mulut Hanna, Fir pejam mata. Sumpah Fir tak percaya dengan apa yang baru dia dengar. Nak percaya, lagilah tak sanggup.

"Kau tahu tak, aku betul-betul hampir kena tembak? Pistol tu, pistol tu..." Hanna menekup muka. Terbayang semula peristiwa hitam itu di minda. Hanya Allah je yang tahu betapa takutnya dia masa itu.

"Hanna, aku... Aku betul-betul mintak maaf. Ya Allah, patutnya aku... Sebagai kawan, aku sepatutnya ambil tahu. Aku, aku-"

"Tak apa. Bukan salah kau pun. Salah aku sebab tak cerita kat kau. Aku bukan apa, aku cuma... Masa tu, aku fobia sangat-sangat, stres apa semua and that's why aku ambil keputusan ikut abang aku pindah LA. Aku nak cari ketenangan, nak pulihkan balik diri aku. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar," cerita Hanna panjang lebar.

Terdiam seribu bahasa Fir mendengar setiap ayat cerita Hanna. Ya Allah... Siapa sangka sampai macam tu sekali Hanna trauma dan sebagai kawan Hanna, Fir tetap rasa bersalah sebab tak tahu langsung tentang hal ini.

"Malam tu, aku cuma nak tolong sorang akak ni. Dia hampir jadi mangsa culik dengan mangsa rogol. Kau ingat lagi tak pasal dua orang penjahat bersiri masa tu? Yang culik, rogol lepas tu bunuh perempuan?"

Laju Fir mengangguk. Gila tak ingat? Penjahat tak berhati perut dua orang itulah yang selalu menjadi bahan cerita hangat netizen tiga tahun lepas.

"Aku cuba beranikan diri sebab aku nak selamatkan akak tu daripada diorang tapi tak sangka pulak dengan aku-aku sekali jadi mangsa. Masa tu, aku fikir mati je sebab sorang tu ada pistol. Dan sorang lagi tu..." Terhenti kata-kata Hanna.

Wajah Fir dipandang lama. Patut ke aku cerita pasal Iman? Patut ke Fir tahu? Patut ke aku bagitahu je memandangkan perkara ni dah lepas? Buntu fikiran Hanna seketika. Serba salah nak buka cerita tentang Iman, si psiko yang sangat obses dengan Fir.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now