Bibir danial makin lama makin menghampiri ke arah bibir nipis isterinya. Dia nak tergelak bila melihat wajah cuak isterinya. Terus meletus tawanya. "Hahahaha... Tahu cuak. Lawak la muka sayang macam... Macam tikus mondok.hahahahaha lain kali jangan buat hal dengan abang eh.padan muka .bluerk " dia menjelirkan lidahnya dan kembali menyambung tawanya yang tertunda tadi.

Azharina mengetap bibir.cemberut wajahnya sekarang ni. cis aku terkena balik. Siap kau. Perlahan-lahan azharina meletakkan kedua tangannya di leher Danial. Senyuman menggoda mula terukir. Hahahaha padan muka kau.

Danial terus berhenti gelak. Air liur ditelan kasar bila melihat isterinya mula senyum menggoda. "Sa.. Sayang buat apa ni? ".

Senyuman menggoda masih dihiasi di bibir nipis nya tapi dalam hati sudah tergelak besar. Tiba-tiba muncul lagi idea nakalnya nak kenakan Danial. Jari runcing kanannya mula bermain di wajah Danial dan melangkah perlahan ke belakang.

Danial makin lama makin ke belakang. Isteri nya betul-betul goda dia ke sekarang ni?

Setelah Danial bersandar pada dinding kolam , azharina terus tersenyum manis ke arah Danial dan terus merapatkan bibirnya ke telinga Danial. "Abang... " lembut dan manja saja dia memanggil suaminya. Hehehehe plan menjadi. Yes!.

"Hmmm".sahut Danial . Dia masih terleka dengan godaan isterinya.

"Abang.... ".bisik azharina lagi. Kali ni lebih lembut dan manja suaranya. Tangan kanannya bermain pula ke arah bahu danial.

"Sa.. Sayang.. Nak.. Ap...apa" .gugup Danial. First time dia melihat azharina menggodanya sebegitu rupa.

Azharina tersenyum sinis. "Abang kena tipu.padan muka!".katanya laju sambil menepuk kuat bahu suaminya. Dan terus dia membuka langkah berenang ke arah tangga. Cepat-cepat dia naik dan tubuhnya dipusingkan menghadap kolam semula. Gelak mula terbit.

Mata Danial dipejam rapat sambil menggigit bibir dengan kuat. Penumbuknya digenggam dan di tumbuk ke arah permukaan air. Dia kena tipu! Main kasar nampak nya. Wajahnya terus memandang isterinya yang tergelak macam hantu di atas. "Sampai hati sayang kan! " .katanya seolah-olah ingin merajuk.

Azharina hanya endahkan. Kening kirinya diangkat sambil bercekak pinggang. "Nasib saya sampai hati kalau sampai kaki macam mana? "

Danial mencebek. Rambutnya diraup kasar kebelakang. "Tak baik tau cakap macam tu dekat suami".

Zap. Azharina terus tersentap. Dia mengigit bibir. Rasa serbasalah mula muncul. Baru sekarang nak muncul kenapa tak tadi?. Takkan lah aku nak turun balik dalam kolam. Kalau aku turun balik ibaratkan aku akan dimakan buaya. Ouh tidak.

"Allah murka tau. Berdosa.Syurga sayangkan dekat telapak kaki abang. Sampai hati tau! ".kata danial lagi. Sengaja dia. Berkata macam tu sebab nak bagi azharina turun semula ke kolam. Hehehe.

Azharina tanpa belengah terus terjun ke dalam kolam dan terus memeluk suaminya. Entah kenapa tiba-tiba saja air matanya menitis. Maybe bersalah menguasai dirinya sekarang ni.
"Abang.. Rina mintak maaf. Rina tak de niat pun nak buat macam tu. Mintak maaf. Abang maafkan Rina tak? ".dia makin mengeratkan lagi pelukkannya. Tangisnya mula kedengaran.

"Sayang.. Jangan la nangis. Tak de apa la. Abang main-main je tadi ".balas Danial yang turut serbasalah. Tak sangka pula isterinya akan menangis. Dia menarik tubuh azharina tapi azharina masih mengeras tidak mahu melepaskan pelukkan itu.

"Mintak maaf"

"Ye.. Sayang.. Jangan la macam ni. Okey look, abang saja je tadi cakap macam tu tapi abang tak bermaksud pun nak cakap sayang isteri derhaka. Dah la jangan menangis. Naurah dengar buat malu je tengok mama dia nangis mengalahkan naurah ".

Azharina terus melepaskan pelukkan itu dan terus menundukkan wajahnya. Tidak sanggup melihat suaminya.

Danial mengeluh. Wajah isterinya diangkat. Air mata diseka dengan ibu jarinya selepas itu dia mencium kedua-dua mata azharina.
"Tolong jangan nangis. Setiap kali sayang nangis, air mata tu buatkan hati abang sakit. Abang dah lama maafkan sayang. Sebab sayang suri hati abang sampai jannah".

Azharina sudah tersenyum kecil. "Awak pun hero Rina sampai syurga. Rina janji tak buat dah , Rina pun janji Rina tak nakal dah ".ucapnya dengan bersungguh-sungguh.

Danial mengangguk. "Ala tapi kalau nakal sayang tu dah tak de , tak terhibur la hati abang ni. Nakal sayang kekal kan tapi jahat tu buang".

"Abang nak kata Rina jahat ke? ".

"Eh mana ada I mean jahat sayang yang tadi .".

"Yang mana? ".

"Tak pe tak yah ingat. Dah jom keluar dari kolam ni. Sejuk. ".Danial terus memeluk pinggang azharina.

"Abang.. Abang nak tahu something tak? ".

"Apa dia? ".

"I love you".

Danial tersenyum manis. "I love you too sayang".

"Janji dengan Rina , tolong jangan mainkan cinta Rina. Tolong jaga cinta kita eh abang.".

Danial mengangguk laju dan menunjukkan jari kelengkengnya. "I'm promise. Abang akan jaga cinta kita sampai akhir hayat abang dan abang takkan mainkan cinta sayang . Abang janji. ".

Lega hati azharina mendengarnya. Dia mengangguk laju . "Cinta Rina pada abang tak pernah hilang ".

"Thanks sayang!. Dah jom masuk. Dah pukul berapa dh ni".

Azharina dan Danial mula mengorak langkah masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup.

Semoga cinta takkan pernah hilang dan luput dari hati masing-masing.

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now