bab 31

19.9K 722 12
                                    

"Hoi!termenung apa tu".sergah Ejoy tiba-tiba.

Pang !!

Ejoy terus memegang pipinya.dia memandang sofea yang sedang menggelabah.dia tampar aku?

"Hish kau ni suka buat aku terkejut kan dah mendapat penampar tu"
Marah sofea sambil mengusap pipi kiri Ejoy yang baru ditampar kuat oleh nya.padan muka!

Ejoy suka dengan layanan sofea.hampir saja dia nak mengoyakkan senyuman manis tapi sedaya upaya ditahannya supaya tidak tersenyum,saja acah-acah merajuk.

"Memang niat kau kan nak tampar pipi putih flowless aku ni?"soal Ejoy dengan nada merajuk.matanya dikalihkan ke arah lain.berlakon merajuk mesti kena real kan?.

"Kau merajuk ke?".tanya sofea dengan dahi berkerut.

Ejoy menjeling tajam sofea.boleh tanya pulak kita ni merajuk ke tak?eyy geramnya.

"HAHAHAHAHA!". Terhambur ketawa Sofea sambil memegang perutnya. Lawak dengan perangai Ejoy.

"Asal kau gelak?lawak sangat ke?aku tengah merajuk dengan kau ni tak habis lagi ni.".soal Ejoy berbaur pelik.kena sampuk ke minah ni?gelak mengalahkan pontianak.ni kalau pontianak dengar gelak sofea yang terlebih ni confirm pontianak tu tarik diri dari jadi pontianak.

Sofea mengelap matanya yang terkeluar air mata sedikit.lawak dengan Ejoy.makin lama makin hilang tawa sofea.

"Dah,dah habis gelakkan aku dah?".tanya Ejoy dengan nada geram.nasib aku sayang kalau tak dah lama masuk lombong.

Sofea mengangguk dengan sisa gelak masih ada.

"betul la kau merajuk dengan aku?hahahaha".sofea ketawa lagi.

Ejoy mendengus geram dan terus ingin keluar dari bilik sofea tapi cepat-cepat sofea menarik lengan Ejoy.kali ni memang dah berhenti tawa dia dah

"Ok,ok aku mintak maaf.tak sengaja tergelakkan kau tadi.tak de la lawak sangat bila tengok kau merajuk".ujar sofea dengan tersenyum manis.kalau ikutkan nak je dia sambung gelak tapi jaga hati kawan baik punya pasal terpaksa la tahan.takut merajuk lagi.

"Asal kalau aku merajuk?tak boleh?".soal Ejoy dengan nada tetap merajukkan.tangan yang ada di genggaman sofea hanya dibiarkan.

"Tak de lah lawak sangat tengok kau merajuk.ni ke Ejoy yang dulunya masa aku kenal sombong nak mampus,gangter,kejam,
dingin and bla,bla,bla...tetiba hari ni Ejoy yang gengter tu merajuk.seriously weyh lawak,lawak".sofea sambung gelak semula.tapi kalini dia gelak sopan sikit.

Ejoy hanya memandang sofea dengan senyuman.cantiknya kau bila senyum dan gelak.geram je aku tengok,nasib iman aku masih kuat alhamdulillah.omel Ejoy dalam hati.

Gelak sofea terbantut bila perasan Ejoy sedang memandangnya dengan senyuman yang kurang dapat ditafsir.seram je senyuman dia tu.

"Hoi kau usya apa?".tanya sofea segan-silu.gila kau tak segan.

Senyuman Ejoy terus mati . Haaa dah kantoi aku usya dia. nak bagi alasan apa ni?aduuyai lain kali mata kau tu jangan la usya anak orang.hish.

"Mana ada aku usya kau,kau ni kuat perasan la".jawab Ejoy dengan lancarnya.alasan ni je boleh pakai.

Sofea mencebik.kisah pulak aku.eh tak kisah ke?ofcourse la kisah dah lelaki usya aku mestilah aku kena kisah.

"Ouh ya by the way kau setuju kan ikut aku pergi paris..nak tak nak kau kena ikut jugak.pasal ibu kau,kau jangan risau aku hantar budak suruh jaga keselamatan ibu kau.sekarang ni aku nak kau dengan aku pergi paris sebab aku tak nak zack hidu something dekat aku yang aku masih lagi tak bunuh kau.esok lusa kita gerak pergi sana dah.packing siap-siap!"ujar Ejoy tegas dan terus meninggalkan sofea yang tepinga-pinga.

"Cepat nya..huh".sofea mengeluh berat.banyaknya aku susah kan kau Ejoy.kau terlampau baik dengan aku.

"Sayang abang ada benda nak cakap dekat sayang ni".kata danial dengan tak senang duduk.

"Apa dia?".Azharina baru balik sekolah terus je datang pejabat danial.ye la duduk rumah bosan lebih baik kacau suami kan.hehehe.

"Abang nak sayang hati-hati dengan rabiatul".suara danial berubah menjadi tegas dan riak wajah danial pula mula berubah.

"Kenapa?".

"Abang dah tahu sapa yang upah dua orang lelaki yang nak rogol rina tu.".

Azharina terus membetulkan duduknya.wajahnya kini menjadi serious."kejap-kejap.so sekarang ni dua orang lelaki tu diupah la dengan rabiatul?tapi sebab apa bang?mana abang tahu?".bertubi-tubi azharina bertanya.

"Sebab dia jeles dengan sayang sebab kahwin dengan abang. dia tu jenis licik sikit. mana abang tahu?well you know your husband yang bijak sana ni kan...".danial tergelak kecil bila melihat renungan azharina.

"Hish orang tanya elok-elok abang jawab main-main pulak".

"Okey-okey abang jawab.mana abang tahu sebab abang ada upah orang suruh cari tahu sapa yang hampir buat benda tak elok dekat sayang. spy abang tu la yang tahu semua maklumat dan semua percakapan rabiatul dengan dua orang lelaki jahanam tu.abang sendiri yang dengar voice tu.memang betul la tu suara rabiatul".terang danial panjang lebar.

Azharina mengangguk."ooo ok,ok .tapi kan bang... "

"Tak de tapi-tapi dah.dah jom balik".danial terus bangun dan menarik lengan azharina.

Azharina hanya merengus geram.baru nak tanya.

"Urmm sayang...."panggil danial mendayu-dayu.sesekali dia memandang azharina yang ada di sebelahnya.takut pulak nak tengok lama-lama takut nanti terbabas masuk gaung dah la tengah drive nak balik.

"Hmmm apa?"soal azharina malas.matanya masih tekun membaca buku sains.

"Jom la sembang dengan abang".rengek danial.

"Tak nak la.abang bawak la kereta tu elok-elok.sayang nak baca buku ni.minggu depan dah exam".ujar azharina yang masih tekun dengan buku sains itu.

Danial mengeluh.tiba-tiba dia ada idea nak usik azharina.

"Herm,herm...urmm sayang kalau setiap pagi abang nak kiss boleh?".soal danial dengan tersenyum manis.

"Hmm boleh".

"Betul ke sayang boleh bagi?".soal danial macam tak percaya.dia tahu azharina tak sedar apa yang dia cakap.

"hah apa dia?awak ulang balik soalan awak tu?".soal azharina gelabah.dia terus menutup bukunya dan menghadap danial.

"Abang cakap kalau abang nak setiap hari morning kiss boleh".

Terbeliak mata azharina.cepat-cepat dia menggeleng."tak,tak..tak nak".

"Tadi kata boleh".balas danial tak puas hati.

"Itu tadi.sebab tadi rina  kurang peka so sekarang ni rina dah peka.so rina tak nak".tergeleng-geleng kepala azharina

Danial menarik muncung."sampai hati!pagi tadi okey je bagi kiss dekat pipi kanan".ungkit danial.

Terbeliak azharina dibuatnya dia terus memandang danial."ye ke?ke abang saja cakap ni?"duga azharina.

"Eh mana ada.betul la sayang cium abang macam ni...."Danial dengan cepat mencium pipi azharina.gila nak lama-lama karang arwah jugak aku dengan azharina.dia terus keposisi yang asal.dia mula menguntum senyuman  di dalam hati bila nampak wajah azharina merona merah.

Sedaya upaya azharina ingat apa yang jadi pagi tadi.dan yess!!dapat tapi...

'Mak malunya!!memang betul la aku cium dia.kenapa aku tak perasan ni?uish malunya.danial pulak boleh ungkit.mana nak letak muka ni?'.bisik azharina dalam hati.dia terus mengerling danial disebelah yang tengah tersengeh-tersengeh.

"Haa dah ingat dah?".usik danial lagi.

"Diam lah . focus memandu". Azharina terus memeluk tubuh dan membuang pandangan ke luar tingkap.malu.

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now