bab 71

16.3K 508 13
                                    

"Abang, abang kenapa? Senyap je dari tadi".tanya azharina pelik. Pagi tadi elok je main Baling bantal, lawan berenang sama-sama tapi kenapa petang ni senyap pulak?. Pelik la perangai Mamat ni.

Danial terus mencerlung tajam ke arah isterinya.

"Ke.. Kenapa usya orang macam tu? ".seram bhai mata dia tu. Macam nak terkam mangsa pun ada jugak. Aku ada buat salah ke dekat dia. Ke dia baca mesej aku dengan firdaus.

"Jealous".ringkas Danial menjawab. Matanya masih merenung azharina tajam

Ngeh.. Dah Agak dia yang baca. Dasar busy body!. Sabar je lah. "Ouh. So abang la yang baca mesej firdaus tadi tu. Patut la . ".ujarnya sinis. Dia terus berpeluk tubuh.

"Alaa biar la. Abang ada hak kot. Abang kan suami Rina.".ujar danial tak mahu kalah.

Azharina mencebik sambil mengikut apa yang Danial kata. Sesekali dia membuat gaya. Geram kan.

Danial yang nampak kelakuan isteriya. Terus dia menarik pipi isterinya. Haa puas!

"Abang! ".jerit azharina geram. Direnung tajam ke arah suaminya yang selamba saja buat muka tak bersalah.

Danial yang paham renungan itu hanya buat tidak endah. "Kenapa renung abang macam tu. Abang tahu abang hensem".

Perlahan-lahan azharina mengambil bantal sofa yang ada di sebelahnya dan terus dihempuk ke arah Danial.

Pap.

"Haaa padan muka! ". Lega rasa! Hahahaha.

Pap.

Balas Danial. Dia pula yang tersenyum kemenangan.

"Auch. Sakit lah abang! Jangan main kasar sangat".

"Kata ada seni pertahankan diri .kenapa bantal pun tak dapat nak elak".perli Danial.

Wau sinisnye dia kata. "Ha nah ambik ni".azharina mula memberi serangan bertalu-talu ke arah suaminya. Sehingga bantal suaminya di rampas. So sekarang ni azharina dah pukul Danial pakai dua bantal. Terasa hebat pulak.

"eh sayang mana aci. Ehh jangan ganas sangat! ".ucap danial yang usaha menahan tubuhnya dari dipukul. Sesekali dia cuba memegang tangan azharina tapi isterinya bijak lepaskan.

"Blerk. Kata abang ada taekwando menang berturut-turut sparring. Takkan setakat bantal abang tak boleh elak".perli azharina dengan penuh sinis. Tangan yang masih lincah memukul suaminya. Fuh kejamnya ayat.

Danial yang rasa tercabar terus bangun dan merampas satu bantal dari isterinya. Dan bantal itu dicampakkan di sofa. Selepas itu dia terus menyelit kaki isterinya supaya jatuh terlentang sambil tangannya memeluk bahu isterinya dari terhentak ke lantai. Dan terakhir dia terus mengunci setiap pergerakkan isterinya dengan melekapkan kedua tangan isterinya di lantai.

"Abang! Mana aci main kasar! ".omel azharina dengan geram. Dia cuba melepaskan kedua tangannya tapi gagal. Danial yang berada di atasnya hanya tersenyum sinis.

"Aci tak aci . Tadi sapa suruh cabar abang kan. Ni lah padahnya".Danial menghadiahkan senyuman sinis ke arah isterinya.

"Urmm abang. Lepaskan Rina please. Nanti umi dengan mama nampak haa macam mana? " .

"Umi dengan mama ada dekat luar. Tengah menanam. Sayang jangan elak ek. Dah kalah tu kalah jugak".danial masih di atas azharina sambil merenung anak mata hazel isterinya. Cantik.

Azharina cuba menggerakkan kakinya tapi tak boleh jugak. Wau first time ada orang boleh kunci kaki aku.

"Tak nak mengalah jugak tu. Cepat la mengalah ".

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now