Berkerut kening Shareez. Something is not right. Ya, ada sesuatu yang tidak kena. Pasti ada pihak yang ingin menghalang dan mahu menjatuhkan dia. Perkara sebegini sudah tentu melibatkan orang dalam. Sama ada pihak tersebut guna kaedah merasuah atau mengugut.

Tapi, siapa?

Siapa orang dalam tu?

"Uncle akan siasat lebih mendalam lagi pasal ni. Just give me some time. Uncle yakin perempuan tu ada masuk campur dalam hal ni. No doubt," tegas Encik Firdaus. Yakin.

"I knew it. Tapi bukan tu yang Reez kesahkan."

"Then?" soal Encik Firdaus musykil.

Selalunya, Shareez akan mengambil tahu dan bertindak dengan mengumpul bukti tentang Datin Rozita. Tidak sedikitpun Shareez tertinggal bukti bagi menjatuhkan tupai yang pandai melompat itu. Agenda Datin Rozita seharusnya dikupas habis-habisan. Biar semua orang tahu bagaimana syaitan bertopengkan manusia.

Dengan semampunya, Encik Firdaus akan tolong anak muda itu.

Tapi sekarang... apa sebenarnya Shareez fikirkan?

Shareez bangkit dari sofa. Dia berjalan ke hulu, ke hilir. Jari telunjuk dan ibu jari diletakkan di dagu. Tak ubah seperti gaya orang yang sedang berfikir. Keningnya berkerut sekali lagi.

Encik Firdaus hanya memerhati sedari tadi. Mendiamkan diri. Membiarkan anak muda itu tenggelam dalam lautan fikiran. Faham sangat telatah Shareez begitu.

Shareez berpeluk tubuh. Tepat matanya menentang mata Encik Firdaus.

"Orang dalam."

"Orang dalam?" Giliran kening Encik Firdaus pula berkerut. Tak faham dengan apa yang baru Shareez sampaikan.

"Ya, orang dalam. Reez yakin Datin Rozita- perempuan puaka tu ada guna orang dalam. Tak tahulah dia guna cara apa. Mungkin rasuah atau ugut. Reez tahu... bukan senang nak buat kerja ni tanpa bantuan orang dalam," terang Shareez.

Setakat ini, luaran sahaja yang dapat dia teka. Pasal dalaman, dia harus minta Encik Firdaus tolong siasatkan. Motif sebenar Datin Rozita mesti didedahkan secepat mungkin.

"Reez rasa... siapa orang dalam tu?"

Tertarik mendengar teori Shareez, Encik Firdaus bingkas bangun. Memang sudah terbukti anak muda itu bijak berfikir. Ada saja perkara di mindanya.

Sebab itulah banyak projek kecil-kecilan Empire Holdings cepat diselesaikan. Kecil dan remeh, tapi mendatangkan hasil yang memuaskan. Kata Shareez, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Encik Firdaus tersenyum bangga dalam hati. Pasti arwah Tuan Azman turut berbangga mempunyai cucu yang bijak dan berkepimpinan seperti Shareez. Kalau saja arwah majikannya itu masih lagi hidup...

"Mungkin orang dalam tu ada dalam kalangan staf Empire Holdings... atau-"

"Atau?"

"Atau mungkin- dalam kalangan ahli lembaga pengarah Empire Holdings."

******
******

"Thanks weh sebab susah-susahkan diri korang buat semua ni untuk aku. Serius ah, aku tak sangka korang sudi celebrate birthday aku."

"No biggie! Apa guna kita kawan weh kalau tak celebrate birthday kau? Ala, bukan susah mana pun. Gitu-gitu je. Sorry la, Hanna. Kita orang buat simple simple je sebab tak sempat," kata Fir.

Tiga sekawan itu berbaring dengan selesa di atas katil. Sama-sama memandang siling. Hilang penat mereka untuk hari ini.

Penat Fir dan Eira sebab menguruskan rancangan menyambut hari lahir Hanna sepanjang hari ini hilang serta-merta setelah semuanya berjalan lancar.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now