Fir menjeling tajam. "Diamlah kau. Dah, pergi tutup lampu tu."

Bercekak pinggang Eira. "Amboi! Aku pulak? Senang hidup kau eh, duk mengarah orang aje. Aku ni-"

"Yelah, yelah. Aku tutup." Cepat-cepat Fir tutup suis lampu ruang tamu situ sebelum kembali ke tempat menyoroknya semula.

"Ingat plan kita. Aku kira sampai tiga, jerit sama-sama. Tak jadi surprise ni, siap kau!" Eira mengingatkan Fir semula tentang rancangan mereka. Fir ni, kadang-kadang tak boleh harap. Cepat lupa saja dia.

"Ya, ya. Aku ingat. Shh, shh. Diorang dah masuk." Fir kemam mulut serapatnya.

Krekk.

Kedengaran pintu utama dibuka dari luar.

"Uish. Gelapnya," bisiknya perlahan. Kasut ditanggalkan.

"Apahal gelap sangat rumah ni? Sekurang-kurangnya, pasanglah lampu ruang tamu ni haa. Tak ada la pencuri target nak masuk mencuri. Hesh!"

Kedengaran suara seorang perempuan membebel tak henti sebaik sahaja dia melangkah masuk. Helaan nafas dilepaskan. Kemudian, kedengaran bunyi roda bagasi ditarik.

"Eh, boleh pulak bawa beg tu sendiri?" perli satu suara lelaki. But kereta ditutup.

"Satu..." Eira mulakan kiraannya.

"Siapa kata orang tak boleh bawa sendiri? Apa ingat orang lembik sangat ke haa? I'm sado, okay!"

Lelaki itu ketawa.

"Dua..."

"Membebel aje mak cik kita sorang ni! Buang air liur je. Membazir amalan syaitan, tahu? Dah, dah! Pergi bukak lampu tu."

"Eeii, yelah! Orang nak bukaklah ni. Boleh tak jangan-"

"Satu."

"SURPRISE, HANNA!!"

******
******

Kaki panjangnya tidak henti melangkah dari tadi. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Kelihatan seorang jejaka mundar-mandir di dalam bilik pejabat itu. Riak wajahnya jelas menunjukkan betapa resahnya dia tika ini. Sesekali dia meraup kasar rambut pacaknya.

Tok tok!

Bunyi ketukan pintu dari luar membuatkan bahu jejaka itu terenjut sedikit. Segera dia membetulkan tali leher supaya nampak kemas lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dia berdehem dahulu bagi mengawal rasa gementar yang menguasai diri.

"Masuk," arahnya.

Gerangan tersebut melangkah masuk dengan wajah yang agak sugul. Dia terus duduk di atas sofa, bertentangan dengan jejaka itu. Helaan nafas dilepaskan dengan berat.

"So? Macam mana?" tanya jejaka itu melulu.

Gerangan tersebut menggeleng perlahan. "I'm sorry, Reez. Diorang masih tak yakin dengan kamu."

Membulat mata Shareez. Tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar. Ternyata sangkaannya meleset sama sekali.

"Se-seriously, uncle? Reez ta-tak salah dengar ke ni?" soal Shareez.

"Uncle mintak maaf, Reez. Nampaknya, Reez kena usaha kuat lagilah. Uncle tahu Reez dah usaha sebaik mungkin, semampu Reez tapi I think... you should put more effort," nasihat Encik Firdaus. Mendorong agar Shareez tidak berputus asa kerana dia tahu anak muda sekarang mudah mengalah daripada terus berjuang. Dan, dia tak mahu Shareez bersikap begitu.

Walaupun dia maklum sangat dengan perangai Shareez yang tidak pernah kenal erti putus asa.

"Tapi uncle... masuk ni, dah kali kedua Reez berjaya dapatkan projek untuk Empire Holdings. Projek berjuta-juta pulak tu. Bukan cikai-cikai punya, tahu? Takkanlah diorang masih tak yakin dengan Reez?"

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now