Bab 1

2.7K 40 0
                                    

Hari ini hari pertamaku di universiti. "Natrah, bangun. Nanti lambat pergi Uni. Kalau lambat, jangan salahkan ibu," kata ibunya. "Kakak dah bangun la, bu. Don't worry. Anak ibu ni dah besar, boleh bangun sendiri," kataku. Sebaik sahaja Natrah tiba di tingkat bawah, ibunya terkejut. "Kakak, kakak tahu tak sekarang pukul berapa? Dah pukul 9:30. Lagi setengah jam kelas kamu mula. Kenapa tak siap lagi?" tanya Puan Shikin. "Ibu, kakak dah siap pakai baju ni. Tudung je kakak tak pakai lagi. Lagipun along baru je siap, nak tunggu dia sarapan lagi," kataku sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. "Kalau cakap dengan kamu, tak pernah menang," kata ibunya lalu menuju ke tangga untuk naik ke tingkat atas. "Anak ibu ni kan juara pidato," kataku.

Setelah tiba di universiti, aku berjalan-jalan di koridor. Sedang aku berjalan-jalan, dia ternampak seorang gadis yang agak tinggi sedang duduk di bangku tepi kolam sambil membaca buku. Aku menuju ke arah gadis itu. "Hai," kataku. Gadis itu memandang sambil berkata "Hai,". Dia menyambung semula membaca. "Sombongnya," kataku dalam hati. "Awak pelajar baru kat sini ke? Ambil jurusan apa?" tanyaku. "Tak, saya dah lama. Ambil jurusan perubatan. Awak?" kata gadis itu dingin tanpa memandangku. "Saya pun ambil jurusan perubatan. Nama awak apa? Nama saya Natrah, panggil Nat je," kataku. "Izz, just call me Izz," kata gadis itu. "Awak memang tak bertudung ke?" tanyaku. Izz menggeleng. "Saya tak tau la," kata Izz sambil memandangku lalu menyelitkan rambutnya ke belakang telinga. Baru aku nampak mukanya. Cantik, comel pun comel. "Kenapa tak tau?" tanya aku. "Mummy saya tak bagi, saya teringin nak pakai tudung tapi mummy saya tak benarkan. Saya sedih," kata Izz. "Takpe, awak boleh cuba berbincang. Awak takde kawan ke?" tanyaku. "Ada, tapi lelaki je. Semua budak perempuan tak tau yang saya ni perempuan. Awak perempuan pertama tahu," kata Izz. "Saya nak jadi kawan awak boleh?" tanyaku. "Awak.... Nak jadi kawan saya. Sanggup ke?" tanya Izz dengan senyuman tetapi senyumannya hilang apabila ada sekumpulan lelaki datang. Dia cepat-cepat mengikat rambutnya dan memakai topi. Memang nampak macam lelaki. Hensem. Bila jadi perempuan, cantik pula. "Hai, Izz. Siapa ni?" tanya seorang lelaki. "Nat," kata Izz tanpa memandang lelaki itu. Tiada secebis senyuman pun. "Kau marah kitorang lagi ke, Izz?" tanya lagi seorang lelaki yang lain. "Hai, saya Indera. Ini Luqman, Mifzal, Fairuz, Azri dan yang ini Aiman. Seronok dapat jumpa perempuan yang memang betul perangai macam perempuan," sambungnya lagi ataupun namanya Indera. "Kalau kau nak perli aku, aku blah dulu. Nat, kalau nak ikut aku. Kau ikut. Kalau kau nak berkenalan dengan diorang ni, kau tunggu je la sini," kata Izz sambil berlalu dari situ. Aku jadi serba salah, aku hendak berkenalan dengan sekumpulan budak lelaki itu dan dalam masa yang sama aku hendak mengikut Izz. Dia hanya melihat Izz yang makin menjauh itu. "Biarkan dia, dia ada masalah. Kau nak kenal-kenal dulu ke dengan kitorang. Kalau nak, jom ke kafe. Kelas mula lambat lagi. Kau mesti ambil jurusan perubatan kan? Kalau ye, kitorang pun sama," kata Mifzal. "Dia memang tak pernah buka topi tu ke?" tanyaku. Semua budak lelaki di situ menggeleng kecuali Indera. "Aku pernah tengok dia buka topi tapi lepas dia nampak aku. Dia terus marah aku. Aku pun tak tau sebab apa," kata Indera. "Cantik kan?" tanyaku. "Memang la cantik tapi aku tak tahu kenapa dia taknak tunjuk kecantikan dia tu. Memang berbeza dengan perempuan yang lain," kata Indera. "Aku nak cari dia la. Kesian dia," kataku. "Tak payah cari. Dia bukan layan kau pun. Dengan kitorang yang dah jadi kawan baik dia ni pun dia jarang nak senyum. Serius je memanjang, dengan kau. Tengking terus aku rasa," kata Aiman. "Serius memanjang? Tapi dengan aku mudahnya dia senyum," kataku dalam hati.

Bersambung
Hope part ni best. Luv you all. 😘😙

Mr Dingin And Mrs PeramahWhere stories live. Discover now