Part 6 - Date

337 16 0
                                    


////////////////DATE///////////////////////

"Tak sangka betul kawan aku yang lasak ni kena lamar dengan putera idaman Malaya." Cakap Syue sambil melabuhkan punggungnya di kerusi sofa.

Aku pandang dia. "Eleh,putera idaman Malaya konon. Ko macam tak dapat. Si Daniel tu pun kan CEO syarikat jugak. Sama macam Nik."Aku pukul lengan dia guna bantal.

"So,menjadi ke tak mulut masin aku dengan Syue?" tanya Zana yang duduk mengendeng dengan Syue secara tiba-tiba. Muka dia nampak beria-ia norr.

Aku angguk. "Tapi apa pun aku tak nak percaya semua 100% dari mulut korang berdua. Syirik,tahyul semata-mata."

Aku,Syue, dan Zana gelak sama-sama kemudian Wafa masuk bawakan air. "Apa yang kecoh-kecoh dari tadi ni? Aku kat dapur boleh dengar tau. Aku rasa ani rumah belakang tu pun boleh dengar suara lampir korang."

"Shhhhhh,jangan lampir-lampir kat sini. Kang dia datang macam mana?" bisik Syue.

Wafa dah start gabra. "Wei,jangan takutkan aku!"

Kitorang gelak lagi.

**************************

Hari ni aku ada date dengan Prince Charming aku,walaupun sebenarnya ini dinner company. wargh,ta chabar nyaaa...

Aku berdandan ala kadar(lah sangat). Baju dress hadiah dari sedara aku sarungkan ke tubuh,cantik. Warna pink nya pulak sesuai dengan aku. kawan-kawan serumah juga banyak membantu. Zana pakaikan make-up. Seumur hidup aku baru ni rasanya seksa pakai make-up. Dia tak letak heavy sangat,just nice. Syue pulak dah ironkan shawl aku,even dia membebel tapi tu semua mulut je. Wafa pulak dah tolong aku carikan kasut.

Lepas je Zana pakaikan aku make-up,aku terus sarungkan shawl ke kepala dan buat gaya apa entah,aku main lilit je kat kepala. Lepastu Wafa pinjamkan cekak mutiara dan gold leaf dia. Huh,makin cantik aku macam princess. Eh,puji sendiri pulak. Aku turun dan pakai kasut wedges warna gold.

Nik dah ada kat luar dan bersandar pada kereta Jaguar dia. Uih,segak bergaya abang kita ni. Nik pakai baju tuxedo warna hitam tapi ada line halus warna putih, bow tie dia warna pink begitu juga scarf kat kocek dia.

"hai,awak nampak hensem malam ni." Aku tegur. Eh-eh sedondon lah pulak dengan cik abang kita ni.

Nik sengih melebarkan bibir dia. "Awak pun."

Suasana sunyi seketika. Aku pandang mata dia,dia pandang mata aku. di bawah sinaran bulan di tengah-tengah bandar kota KL ni. Walaweh,tak de yang seindah ini tapi aku kena straight to the topic hari ni.

"Jomlah kita pergi tempat tu. Nanti lambat pulak." Aku pukul lengan dia guna purse aku. dia gelak je.

"Ok sayang. Jom."

Langkah aku terhenti bila dia sebut 'sayang'. Wait,aku tak salah dengar kan? Sesiapa boleh sahkan tak?

Aku masuk ke dalam kereta bila dia dah bukakan untuk aku. wargh,such a gentleman huh. Kemudian Nik lari ke depan dan ke tempat pemandu.

"Tak sabarnya saya nak bagitahu kat semua orang dalam majlis tu yang awak lah tunang saya."

Aku jeling dia. "Haip,belum tunang lagi,okay. Awak tak jumpa parents saya lagi."

Nik pandang aku kemudian pandangan dia jatuh balik ke jalanraya. Mata dia macam sembunyikan sesuatu.

Aku melopong. "Nik,jangan awak cakap yang awak dah jumpa parents saya."

Nik angkat bahu. "Nampaknya saya tak boleh nak tipu awak."

"What?! Bila masa awak jumpa diorang?" aku mula curiga.

"Well,sebelum saya melamar awak,saya ada minta kebenaran kat parents awak. "

"diorang setuju?"

Nik angguk. Aku jadi macam tak percaya. Biar betul? Macam tu je?

"Come my princess,kita dah sampai." Aku perhatikan sekeliling. Yup,here we are. Aku melangkah keluar selepas Nik bukakan pintu. Macam lah aku tak boleh nak bukak sendiri.

Aku melangkah masuk ke Dewan Sri Payungan Impian sama-sama dengan Nik. Tangan aku diletakkan ke lengan dia yang agak sasa. Good,tak sado sangat. Aku pandang Nik dan senyum manis ke arah dia. Nik balas senyuman aku.

"You look soo beautiful tonight,Princess." Nik bisik kat telinga aku. aku blushing. Macam mana lah nak end this night with this charming? Aku hanya menggeleng.

Setelah beberapa ketika,Nik mula cerita kat orang yang aku ni tunang dia,well aku rasa tunang secara tak rasmi sebab ikut adat kitorang tak tunang secara rasmi lagi kan.

Aku ambik sikit masa untuk ke ladies. Uih,sebab nervous punya pasal lah aku nak terkucil ni. Lepas selesai membuang hajat,akukeluar dan basuh tangan kat sinki,sebelah aku ada perempuan lawa plus seksi plus seksa-akhirat-nanti.

Dia senyum sinis pada aku dan aku senyum je lah balik tapi aku baik okay,so senyum aku tu biasa-biasa je.

"So,you lah tunang Nik tu?"

Aku pandang perempuan tu melalui cermin sinki. Aku senyum dan angguk.

Tiba-tiba bahu aku ditolak. Aku pandang perempuan tu. Dah kenapa? Ada jugak yang hidung plastic dia ni tercabut kat tandas kang. Lagi-lagi buah dada dia yang macam nak termuntah dari baju dia tu,menarik perhatian betul.

"aku tak rasa Nik tu sayangkan kau pun. Dia tu saja je na mainkan kau. Percayalah,satu hari nanti dia akan melutut balik kat aku." perempuan tu bagi warning.

"Ko sape nak warning-warning aku ni?" aku dah mula hilang sabar.

"Nama aku Ariana dan aku ex girlfriend Nik."

Aku terdiam lepas dia announce sape dia. Ex girlfriend?

"Huh! Aku yakin sangat,apalah yang dia pandang dalam baju berbungkus ni? Aku rasa dia rindu dengan belaian aku dan saje je nak kenakan aku,kasi aku jeles dengan bawak kau ke sini.

Belaian? Oh,no. oh freaking no! aku terus keluar dari tandas dan dengar Ariana jerit-jerit nama aku. aku lari dan masuk ke taman yang berdekatan dengan kawasan dewan. Tiba-tiba aku terlanggar seseorang. Aku diam.

"Syreen. Long time no see,babe."

Aku angkat muka dan pandang muka lelaki yang aku langgar tadi.

Oh no! janganlah bagi bala 2 sekaligus dalam satu malam.

MY SWEET TALKER(short story)Where stories live. Discover now