Part 1- Marc Marquez

692 21 0
                                    

//////////////MARC MARQUEZ?///////////////

Aku parking sebelah kereta Jaguar XF,lawa kereta ni. Tapi tak boleh nak tanding pakwe aku lah walaupun pakwe aku tak de bumbung,DUCATI Monster 1200CC. Saja malas hari ni nak bawak kereta sebab kereta aku tu besar sangat,lagipun aku dah tinggal kat rumah sedara kat Shah Alam. Takkan nak pergi sana kowt. Ka

lau balik kampung best lah bawak Land Range Rover aku tu.

Aku menapak masuk ke bangunan Qaseh Holdings. Perusahaan terkenal seluruh dunia dengan aktiviti perkapalannya. Aku dah lama mengidam nak kerja kat sini sejak sekolah menengah lagi. Haha, Insya-Allah,dengan berkat doa dan mulut masin bestfriends aku tu,aku akan berjaya dapatkan kerja ni.

Tapi yang paling tak boleh blahnya,Syue dengan Zana boleh doakan aku bertemu dengan jodoh aku. What?! Lainlah kalau ada Marc Marquez kat sini. Memang aku goda habis-habis dia sampai dapat.

Aku membebel dalam hati dan tak perasan ada lelaki depan aku. "ops,sorry-sorry." Aku pandang lelaki tu.

O..M...G!!!!

Handsomenya mamat ni. Jatuh dari langit mana? Aku perhatikan lelaki yang bermata coklat,berhidung mancung dan berbibir lebar dan nipis ni. Dia segak berbaju business suit warna biru,nampak maskulin habis. Senang cerita muka dia ni..ulala~

Dia senyum pada aku. "Cik tak pape?"

Aku geleng. "Saya tak pape." Aku tunduk dan mula mengutip kertas-kertas resume aku yang berterabur. Dia pun tolong aku. "Maaflah,saya tak nampak tadi."

Lelaki tu tersenyum dan pandang kertas resume aku. "Datang nak interview ke?"

Aku terdiam pandang muka dia yang hensem tu. Dia senyum lebar sebab bibir dia yang lebar. Menampakkan barisan gigi dia yang cantik tersusun.

"Ha'ah,saya datang nak minta kerja sebagai aircraft engineer." Aku sebut satu-satu dengan bangga.

Lelaki tu pandang aku. "Tapi...awak kan perempuan."

Muka aku drop habis. Ni lah lelaki,pandang rendah dengan kemampuan perempuan. Aku jeling lelaki tu. "Kenapa,perempuan tak boleh jadi aircraft engineer ke?" aku sentap.

Lelaki tu macam terkejut. "Tak,bukan macam tu mak.."

"Arghh,sudahlah. Semua lelaki dalam dunia ni sama je. Suka pandang rendah kat kemampuan kitorang yang perempuan ni. Kenapa? Kenapa nak judgemental sangat jadi orang tu?!" aku bengang dan terus jalan pergi tempat temuduga.

Ada orang yang lalu macam terkejut sebab aku tengking lelaki tu. Ada yang letak tangan kat mulut macam tak percaya.

Argh,peduli apa aku. lelaki macam tu patut mereput bawah tempurung. Itu yang sebaiknya. Dalam dunia ni yang percaya aku boleh buat semua benda ni adalah family aku. Yup,sebab tu aku sayang sangat-sangat kat diorang. Hui, I miss my mummy...

Tapi lelaki tu...ya Allah!

Bala! Aku harap nanti aku tak satu department dengan dia. Dan aku harap aku tak perlu jumpa dia pun.

************************

Yes,akhirnya aku diterima kerja at Qaseh Holdings ni. Impian jadi kenyataan. Wah! Aku rasa nak terbang je sekarang ni. Senyuman tak lekang dari bibir aku. aku rasa nak joget Gangnam style dah ni.

Aku pandu superbike aku ke Taman Melati,tempat sewa aku dan bestfriends aku. mungkin diorang kat tempat kerja lagi,so aku akan melangut kat rumah dulu lah. Lepas diorang balik baru aku cerita.

Aku ada 4 orang bestfriend. Wafa,Syue,Zana dan Piah. Cuma Piah je yang tak duduk dengan kitorang sebab dia dah kahwin dan tengah expect anak pertama. Syue pulak dah tunang dengan Danish Daniel dan akan kahwin tak lama lagi. Untung. Wafa dah ada pakwe dan Zana pulak masih sibuk dengan kerja kat hospital. Untung-untung dapat suami doctor.

Aku terkenangkan lelaki pagi tadi. Bala! Aku memang harap sangat supaya aku tak jumpa dia. Tapi dalam hati ni ada juga mengharap supaya dipertemukan lagi,yelarh mana nak jumpa Marc Marquez versi Malaysia ni lagi? Mungkin 2 dalam sejuta,yang satunya Marc Marquez sendiri.

MY SWEET TALKER(short story)Where stories live. Discover now