2

1.3K 147 6
                                    

     Aku memasukkan barang-barang aku ke dalam kereta Myvi hitam aku. Pintu rumah dan pagar dikunci. Tanpa melengahkan masa aku terus menghidupkan enjin kereta dan memandu ke Johor.
Enjin aku sudah diperiksa dan semuanya dalam keadaan elok sahaja.

Selalunya aku mengambil masa 3 jam setengah untuk sampai sana. Tapi memandangkan sekarang ialah musim cuti sekolah dan jalan raya sesak dengan kenderaan, aku mungkin mengambil masa lebih dari 4 jam untuk tiba.

     Seperti yang dijangka, sebaik sahaja melepasi tol, kelihatan deretan kereta di lebuh raya. Trafik masih berjalan agak lancar walaupun banyak kereta. Sesekali saja kereta berhenti dalam kesesakan tersebut. 

     Kepala aku ligat memikirkan apa yang urgent sangat seperti yang diberitahu kakak tadi. Firasat aku kuat mengatakan benda yang tak elok akan - atau sudah terjadi. Minda aku semakin bercelaru apabila memikirkan perempuan pelik yang aku jumpa di hadapan restoran tadi. Kejap. Mungkin juga perempuan tadi ada kaitan dengan mimpi yang aku alami? Ah! Tak ada apa-apa la. Aku cuba berfikiran positif.

Aku hanya meneruskan pemanduan ditemani lagu-lagu yang diputarkan oleh stesen radio Era FM dan cuba tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Beberapa minit kemudian, aku berhenti di R&R Seremban. Aku ingin merehatkan tangan yang sedikit lenguh dan ingin minum kopi panas sebentar untuk menghilangkan rasa mengantuk. Drive sorang-sorang memang la cepat mengantuk en.

Sebaik sahaja aku meletakkan kereta dan masuk ke dalam bangunan kawasan rehat, hujan tiba-tiba turun dengan lebat.

Haih, kena la tunggu kejap. Aku parking tadi jauh jugak kalau nak redah. Tak pe. Banyak masa lagi.

Aku menghantar mesej kepada kakak sulung aku.

Faris sampai lambat sikit. Sekarang kat rnr Seremban. Hujan lebat.

Satu tick. Mesej dihantar.
Dua tick. Mesej diterima.
Bluetick. Mesej dibaca.

Tiada sebarang reply dari kakak. Biar lah. Dah biasa.

Aku segera mencari tempat duduk yang kosong. Nasib aku baik. Ada keluarga yang baru sahaja meninggalkan meja mereka ketika aku sampai.

Beberapa minit selepas berehat dan 'merawat' diri dengan kopi panas, hujan semakin reda.

Ah, boleh la ni. Redah je. Aku berlari anak menuju ke kereta aku. Baju aku hanya basah sedikit. Enjin kereta dihidupkan. Kereta aku dipandu keluar dari kawasan rehat.

Aku memandu dengan tenang. Beberapa buah kereta memotong kereta aku di lorong sebelah kanan.
Radio sedang memainkan lagu Locked Away nyanyian Adam Levine.

----------------------------------------------------

Aku tiba di Johor pada pukul 5.45 petang. Agak lambat dari biasa kerana kesesakan di lebuh raya. Menurut jangkaan aku, dalam 2 kilometer lagi aku akan menemui simpang masuk ke kawasan kampung aku.

     Selepas beberapa minit, aku menjumpai simpang masuk ke kampung aku. Aku membelok kiri.  Ahh... sudah lama tak balik sini. Rindu rasanya. Ketika aku tiba di hadapan rumah Pak Samad, aku lihat ramai orang berkumpul. Aku buntu. Tidak tahu apa yang sedang berlaku, tetapi nampak macam ada sesuatu yang buruk...berlaku. Aku memberhentikan kereta tidak jauh dari rumah Pak Samad.

     "Faris!! Sampai pun kau!"  teriak Faizal, abang aku, dari jauh. Dia berlari ke arah aku dari rumah Pak Samad. "Ada apa ni ramai-ramai?" aku bertanya. "Pak Samad...dia..." Faizal terdiam seketika. Aku memandang muka Faizal menunggu dia untuk menghabiskan ayatnya. "Pak Samad... dah meninggal..."

     Hah? Pak Samad meninggal? Tanpa bertanya apa-apa soalan aku berlari ke rumah Pak Samad. Kelihatan jenazah Pak Samad terbujur kaku di ruang tamu. Kelihatan penduduk kampung di sekeliling jenazah sedang membaca Yaasin. Sudah siap dipakaikan kain kafan. Aku terkilan... lutut aku berasa lemah. Aku terduduk di tangga hadapan rumah Pak Samad. Mata aku berkaca. Faizal datang lalu duduk di sebelah aku.

     "Panjang cerita dia." kata Faizal sambil menepuk-nepuk belakang badan aku. Aku terkilan. Sedih. "Pukul berapa Pak Samad meninggal?" aku mula bertanya. Faizal memandang aku. "1.15 tengah hari tadi." 

     Ahh! Aku terlambat beberapa jam. Pelbagai perasaan muncul dalam diri aku ketika itu. Sedih, kecewa,kesal, terkejut. Macam - macam la. Kecewa kerana aku lambat bergerak dari rumah. Kalau aku bergerak betul2 selapas mendapat whatsapp kakak tadi mungkin aku hanya terlewat beberapa minit.

     "Kenapa tak ada orang bagitahu aku?" aku bertanya. Faizal hanya mendiamkan diri. "Kak Farah ada whatsapp aku pagi tadi tapi dia tak kata apa-apa pun. Cuma dia suruh datang sini cepat." Aku memandang Faizal. Mengharapkan jawapan.  "Masa tu Pak Samad hilang." Faizal berhenti seketika. Menundukkan kepalanya. Aku masih keliru. Hilang? Apa yang dah terjadi pagi tadi?

     Oh ya! Sejak tadi aku tak nampak lagi kelibat 3 orang kakak aku. Hanya Faizal, abang aku sahaja yang ada. "Mana kakak sume?"
"Ada kat atas." Faizal memuncungkan mulut menunjukkan bahagian dalam rumah.

JasadWhere stories live. Discover now