Rupanya kitorang buat drama kat tengah-tengah jalan. Patutlah Jimin tak dapat lalu.

"Mian Chimminnie!"

Yoongi menepuk bahu Jimin. Terhenjut bahu dia, terkejut kot tiba-tiba Yoongi aktif semacam.

"Yoongi, okay tak?"

Jimin meletakkan tapak tangannya pada dahi Yoongi. Yoongi menepis.

"Aku okaylah. Kau ni kenapa pegang-pegang dahi aku, ish."

"Noona, Chim rasa Yoongi demam lah. Tengok, dia aktif je. Biasanya dia tidur.. Atau, ni kesan sebab dia banyak sangat tidur? Omo.. Kesiannya kau Yoongi.."

Jimin memandang sayu wajah Yoongi. Yoongi dah menjulingkan matanya.

"Baik aku makan daripada layan budak tak cukup sifat macam kau ni."

Yoongi melangkah ke meja makan dan mengambil tempat bersebelahan Jin.

"Mesti lapar kan?"

Yoongi bertanya seraya memandang wajah Taehyung, Hoseok, Jungkook, Namjoon dan Jin yang memandang spaghetti yang masih berasap.

"Lapar.. Penat kitorang tunggu drama kau dengan noona habis."

Namjoon membentak geram. Dijelingnya Yoongi yang buat muka tak bersalah.

Aku menggeleng.

"Lah, kenapa tak makan dulu? Noona hidang tu nak suruh makan, bukan tenung."

Aku mendukung Jimin yang dah berair matanya. Sensitif betul budak ni. Yoongi pun satu, mulut tu bila nak ada insurans pun aku tak tahu.

Haneul pun aku dukung. Kiri kanan. Nampak tak betapa tabahnya jadi Yun ni?

"Mana boleh makan sebelum orang dewasa makan. Noona duduklah, makan."

Jin yang petah berkata-kata membuatkan aku terkunci untuk menjawab. Aku turut mengambil tempat.

"Makan!"

Semua mata bersinar-sinar dan pelbagai gaya makan dapat dilihat.

Lapar sangat tu?

***

"Yun, jumpa tak?"

Aku menggeleng.

Dahlah gelap. Lampu suluh aku halakan pada tanah. Uish, ni kalau salah suluh tak ke cari pasal?

"Oppa, kenapa kita kena cari malam-malam macam ni?"

Aku berhenti menyuluh dan bercekak pinggang. Yoongi yang dah terbongkok-bongkok seraya menyuluh jalan aku pandang.

"Sebab masa kita bakar buku tu kan malam."

"Tapi tak semestinya dia muncul mal je?"

Aku mengeluh. Dah penat. Dekat 1 jam aku dengan Yoongi kat luar ni cari buku magik yang dah menyusahkan hidup aku tu.

Jam di pergelangan tangan aku jeling. 3:05 pagi.

Aku berjalan malas dan duduk di atas tanah.

"Eh, Yun! Kotorlah baju nanti."

"Biarlah, kaki Yun sakit berdiri lama-lama."

Aku mencebik.

Yoongi mengeluh sebelum berjalan menghampiri aku. Dia mengambil tempat di sebelah aku.

"Okay, jom kita cuba cari klu. Macam mana semua ni boleh jadi."

Aku mengangguk. Bulan penuh yang memancarkan cahayanya dipandang. Cantik.

"Mula-mula kita datang sini, semuanya macam normal kan? Lepas tu kita bergaduh... Hm cakap pasal ni.."

Yoongi menunduk memandang rumput. Jarinya menguis-nguis tanah.

"Oppa nak minta maaf sebab suka cemburu tak bertempat. Dari hari tu oppa nak cakap pasal ni, tapi oppa nak tunggu oppa kembali normal.. Tapi tak tahulah, macam takkan dapat jadi normal balik je, haih."

Aku hanya diam, biarkan Yoongi meluahkan apa yang disimpan selama ni.

"Oppa tahu memang salah oppa. Tak patut oppa cemburu tak bertempat. Dengan adik-adik kita je pun.. Tapi tulah, oppa tak fikir panjang sebelum marah hari tu. Kalau kita tak bergaduh, mesti Kookie takkan buka buku tu dan semuanya takkan jadi macam ni. Dah lebih dua minggu kita macam ni.."

Yoongi mengeluh.

"Yun, marahkan oppa lagi ke?"

Aku memandang wajah Yoongi.

Comel, nak marah pun tak sanggup.

"Tak adalah, dah takdir nak jadi macam ni, kita boleh buat apa? Sekarang ni kita kena cari jalan penyelesaiannya.."

"Tapi, macam mana?"

Aku dan Yoongi bertanya serentak. Kemudian kitorang kembali mengeluh.

"Selagi tak jumpa buku hitam tu, selagi tu kita akan macam ni."

Yoongi mengutip batu dan mencampakkannya. Apa motif dia pun aku tak tahu.

"Tapi kan, oppa tak pelik ke? Kenapa Yun sorang je besar?"

Wajah Yoongi berkerut.

"Ya tak ya juga, kenapa eh?"

"Cuba oppa fikir, apa yang korang semua ada buat, yang Yun tak buat dalam rumah ni.. Sampai Yun je boleh jadi normal tanpa bakar buku tu?"

Aku memandang wajah Yoongi yang macam gigih berfikir.

Tiba-tiba, Yoongi memandang aku dengan mata yang dibesarkan.

"Omo.. Rasanya..."

BTS Kids | S2 & S3Where stories live. Discover now