1

35 3 0
                                    

hi.

masih ingat aku lagi?

ya, seorang kawan lama yang sudah lama tidak berteguran.

kau tahu?

aku rindukan kau.

sangat sangat rindukan kau.

kenapa kita jadi begini eh?

kau tahu?

aku tak pernah jangka macam ini cara kita akhirkan persahabatan bertahun kita.

salah siapa kita jadi begini?

tak.

jangan salahkan diri kau.

tapi,

ini juga bukan silap aku.

mahupun khilaf si ketiga.

kau tahu satu perkara?

sini aku hendak katakan apa yang sebetul betulnya berlaku antara kita.

kau percaya takdir?

tak tak. jangan salahkan takdir dan aku bukan ingin persoalkan takdir. hanya ingin kaitkan takdir dengan kisah kita ini.

ya, takdir yang bawa kita ke sini. menjadikan apa kau sekarang dan apa aku kini.

ya juga, kita bukan lagi sahabat macam dulu. tak rapat malah tak bertegur lagi.

tapi,

apa apa pun yang membuatkan kau dan aku yang berdiri sendiri sekarang, membuatkan aku lebih matang dan faham, yang hidup tak selamanya perlu bergantung kepada huluran tangan orang lain. kadang kala kita juga perlu bangkit sendiri.

kau tahu?

aku yang sekarang lebih kuat dalam berpaut sendiri. lebih berani dalam melangkah ke tangga seterusnya. dan aku juga kini lebih yakin dalam membulatkan suatu keputusan.

mesti kau ingat lagi pada aku yang dulu, bukan?

ya, aku yang lemah.

ya, aku yang mudah give up.

dan ya, aku yang tiada confident level.

tapi kini,

aku ialah aku yang telah di'brand new'kan.

jangan risau.

aku yang sekarang boleh survive sendiri.

bukan tak pernah jatuh selama terpaksa berpaut sendiri ni.

tapi berbekalkan semangat yang aku perlu sendiri juga suatu hari nanti, membuatkan aku lebih bersemangat untuk terus bangun.

dan ya,

untuk buktikan juga yang aku mampu berdiri tanpa kau.

jadi,

kau jangan risau, okay?

aku harap kau pun baik baik sahaja di sana, ya?

sentiasa ingatkan diri kau tau.

yang aku sentiasa sayang dan rindukan kau.

aku juga minta maaf dan telah maafkan segala yang buat kita jadi begini.

terima kasih juga dengan persahabatan yang terjalin walaupun hanya bertahan dua tahun.

kau banyak mengajar aku menjadi seorang manusia.

aku doakan kau berjaya dalam hidup ya, sahabat?

assalamualaikum.


salam sayang,
sahabat akhiratmu :)

Emotion Expression. Where stories live. Discover now