CNB 27

186 6 1
                                    

'Ini adalah last paper untuk SPM' kata khayrul di dalam hati sambil melangkah masuk ke dewan peperiksaan.

"Khayrul macam mana, jawab exam tadi ok?!" Tanya Alya kepada Khayrul di dalam kereta sewaktu pulang ke rumah.

"Ok" Khayrul berkata sambil memandang ke luar tingkap. Dia memikirkan perkahwinannya bersama Alya yang akan tiba tidak lama lagi. Selain itu juga, dia memikirkan tanggungjawab sebagai suami dan bapa suatu hari kelak. Dia ingin mengikut jejak arwah bapanya yang bertanggungjawab dan adil pada anak-anaknya dan isteri.

"Khayrul janganlah risau, ki...ta...kah...win...du..lu lepastu baru Khayrul sambung belajar, ok" kata Alya dengan sedikit gagap kerana segan.

"Ok" jawab Khayrul sepatah.

Alya dan Khayrul pergi je butik pengantin untuk menempah baju. Alya sedikit segan untuk berbual dengan Khayrul. Khayrul sentiasa berdiam diri dan melihat sahaja perbuatan Alya. Sepuluh ditanya, sepatah dijawab.

"khayrul, warna ni cantik tak?!" Tanya Alya

"Ok, Khayrul tak kisah Alya nak warna apa"

Makan malam telah tiba, hari ini Alya memasak lauk kegemaran Khayrul, Sup Ayam. Alya, Khayrul,khayrin dan khayla hanya melayan perasaan masing-masing ketika makan malam.

"Mama" panggil Khayla

"Ya saya"

"Cuti sekolah ni kita tak da pergi mana-mana ke?! Khayla bosanlah mama duduk rumah" keluh Khayla

"kan baru cuti sekolah, minggu depan mama bagitahu kita bercuti dekat mana...minggu ni mama busy sikit"

"Ok ,mama" kata Khayla dengan gembira.

Harinya telah tiba, Alya dan Khayrul akan diijabkabulkan. Mereka dinikahkan dulu di Masjid yang berdekatan.

"Muhammad Khayrul bin Zuraidi"kata tok kadi kepada Khayrul

"Saya" jawab Khayrul

"Aku nikahkan dikau dengan Alya Farzana dengan mas kahwinnya RM 1,000 tunai"

"Saya terima nikahnya Alya Farzana dengan mas kahwinnya RM 1,000 tunai" dengan sekali lafaz dari Khayrul.

"sah?!" Tanya tok kadi kepada saksi dan wali.

"Sah" jawab wali dan saksi serentak

"Alhamdulillah"kata tok kadi

Doa disusuri selepas akad nikah diselesaikan dan diiringi dengan upacara menyarung cincin. Khayrul mencium dahi Alya. Selepas itu, Alya menyalam Khayrul dan sini-sana kamera yang menangkap gambar mereka berdua. Khayrul menyalam Mak Bedah dan ditegur oleh Mak Bedah.

"Aku nak cucu" bisik Mak Bedah

Khayrul menelan air liurnya. Majlis bersurai pada pukul 10:30 p.m. Khayrul memandu kereta Alya untuk pulang.

"Awak" kata Khayrul

"Saya"jawab Alya

"Harap kita kekal sampai ke jannah" kata Khayru sambil memandang muka Alya.

"Aamiin" jawab Alya sambil memandang muka Khayrul diiringi dengan senyuman semanis gula melaka. Khayrul membalas senyuman Alya.

Bersambung☺☺☺

sorry kalau kurang menarik part ni, teruskan vote dan comment ya..tq😘

#vote
#vote
#vote

Cinta Nasi Beratur 🍛🍚Where stories live. Discover now