Bab 21

3.3K 104 1
                                    

"Abang boleh tak gantikan Qiff petang ni nak fitting baju. Qiff tak sempatlah abang. Tiba-tiba kena ke Putrajaya ada urgent meeting", kata Aqiff melalui panggilan telefon pada abangnya.
" Mana boleh abang yang pergi. Qiff yang nak pakai baju tu", jawab Adiff
" Bolehlah abang. Saiz kita sama je. Qiff takut tak sempat nak balik. Papa, mama, Nek Wan dan Dira akan terus ke butik kawan mama tu petang nanti. Qiff akan call mama bagitahu hal ni", beritahu Aqiff.
Adiff memang nampak Aqiff betul-betul meminta pertolongnya kali ini. Adiff tidak merasakan ini cuma satu alasan Aqiff mengelak dari berjumpa Adira dan membuat persiapan majlisnya.

Pukul 4.30 petang Adiff sudah keluar dari klinik Pak Sunya. Awal-awal lagi Adiff sudah memberitahu Pak Sunya untuk pulang lebih awal kerana Aqiff meminta pertolongannya. Pertolongan apa tu tidak diceritakan pada Pak Sunya. Khairul hanya senyum sahaja. Senyuman itu juga sebenarnya sukar ditafsirkan oleh Adiff.
"Pergilah Adiff. Adiff pun dah seminggu kerja sampai lewat malam. Kalau nak cuti pun Pak Su bagi", kata Khairul. Dia tak ada masalah nak bagi cuti pada Adiff sebab Adiff memang kuat bekerja. Tak pernah Adiff merungut atau mengadu padanya tentang urusan kerja. Adiff juga profesional dalam tugasnya kerana tidak merasakan dirinya lebih berkepentingan dari doktor-doktor lain kerana dia bekerja di klinik bapa saudaranya sendiri. Pada masa yang sama, Khairul juga pernah mendengar cerita dari staf di kliniknya yang Doktor Adiff Fahmi sebagai penarik pesakit datang ke kliniknya. Khairul yang mendengar hanya ketawa. Mungkin ada benarnya.

" Betul Doktor Khairul. Sejak Doktor Adiff kerja kat sini, ramai je pesakit kita". Itu kata Lisa. Salah seorang staf di kliniknya yang bekerja di kaunter hadapan
"Ada-ada je awak ni Lisa", kata Khairul
" Saya rasa ada betulnya juga kata Lisa tu Doktor Khairul. Doktor pun dah tengok laporan pesakit yang datang ke sini. Alhamdulillah. Semoga betambah-tambah rezeki Doktor. Saya pun semakin rajin bekerja sekarang ni. Nak ambil cuti pun sayang tau. Sehari kalau tak tengok Doktor Adiff, tak lengkap hidup saya ni", tambah Mona pula. Khairul yang mendengar semakin galak ketawa. Inilah antara gosip-gosip di belakangnya. Sekali sekala Khairul memang akan luangkan masa bersama stafnya. Masa itulah macam-macam cerita yang timbul. Sikapnya yang rendah diri dan prihatin menjadikan Khairul disenangi oleh semua stafnya.
"Awak nak jadi isteri kepada anak buah saya tu ke Mona?",usik Khairul sambil menjongketkan keningnya
Mona yang mendengar tersipu malu.
" Kau jangan buat pasal ye Mona. Yazid kau tu kau nak letak mana", seloroh Lisa pula
" Ye lah. Sampai lupa aku. Itulah kalau dah cerita pasal Doktor Adiff semua benda boleh lupa" . Khairul yang mendengar hanya tertawa.
Khairul tahu yang Mona hanya bergurau. Lagi pula Mona akan naik pelamin hujung tahun ini. Khairul juga mengenali Yazid yang merupakan anak kawannya sendiri.

Semakin dekat dengan butik pengantin kawan mamanya, semakin Adiff bedebar. "Kenapa dengan aku ni?" Bisik hatinya.
Adiff pegang dadanya. Memang dia tidak normal. Macam aku pula yang nak kahwin padahal aku nak tolong Qiff fitting baju kahwin je. Adiff masih bermonolog dengan dirinya.
Adiff masuk ke dalam butik. Wajah Adira yang mula dia pandang kerana Adira sedang mengadapnya. Debaran di dadanya semakin kuat tetapi Adiff cuba mengawal perasaannya agar tak terlihat oleh siapa-siapa.
Adiff bersalaman dengan papa, mama dan Nek Wannya.
Adiff hanya senyum pada Adira. Adira membalas senyumannya. Lain benar senyuman Adira. Semakin dipandang semakin manis wanita dihadapannya itu.
Adiff seperti terpukau sekejap dengan wajah manis Adira. Baju mini kurung warna merah dengan selendang dililit cantik di atas kepalanya menambahkan lagi kecantikan Adira. Kenapa Aqiff sanggup nak lepaskan wanita ini.
" Adiff, Dira, mari sini", panggil Julita
" Tengok ni. Mama rasa warna ni sesuai dengan Qiff dan Dira. Warna white dan krim ni. Dira rasa?", tanya Julita.
Adira menelek baju yang disuakan kepadanya itu. Kebaya pendek yang diperincikan dengan manik dan batu itu memang nampak mewah.
" Dira suka", jawab Dira
" Okay. Kalau macam tu Dira cuba dulu yang ni. Adiff pakai yang ni", Julita memberi arahan kepada kedua-duanya. Adira dan Adiff hanya mengikut sahaja.
Kamaruzaman dan Hajah Kamsiah hanya menjadi pemerhati. Julita lebih tahu hal-hal begini.
" Man kasihan pada Adiff tu mak". Tiba-tiba Kamaruzaman membuka bicara
Hajah Kamsiah memandang anaknya itu. Dia faham apa yang dimaksudkan Kamaruzaman.
" Man jangan risau. Mak percaya Adiff kuat untuk melawan perasaanya", jawab Hajah Kamsiah
" Man nampak pada mata Adiff yang dia masih sayangkan Dira. Adiff anak Man mak. Man tahu dia cuba kawal perasaannya itu. Mata tak boleh menipu". Kamaruzaman tertawa kecil.
" Mak tau Man. Kita doalah sama-sama untuk Adiff", nasihat Hajah Kamsiah
Adira sudah siap menyarungkan baju kebaya pendek yang dipilih tadi. Tudung bewarna krim juga telah dililit cantik. Makeup nipis dikenakan di wajah bersihnya. Adira berpuas hati dengan baju pilihan mama Junya itu.

" Cantik betul bakal menantu kau Ju. Tak payah make up beria sangat. Natural beauty",Kata Zahlia yang merupakan pemilik butik pengantin itu.
" Kau tau Lia, bakal menantu aku tu anak Azamudin dan Fatin. Kau ingat lagi tak pada mereka tu?", soal Julita
"Azamudin dan Fatin? Masya Allah kecil je dunia ni ye. Aku ingat arwah tak ada anak. Aku dengar berita kematian mereka pun beberapa bulan lepas tu. Masa tu aku ikut Jamal ke Indonesia", cerita Zahlia
" Lepas mereka meninggal, mak mentua akulah yang ambil anak arwah. Arwah Azamudinkan rapat sangat dengan Man. Dah macam keluarga. Mak mentua aku pun dah anggap anak arwah macam cucunya sendiri" tambah Julita.
" Besar pahala mentua kau Ju. Jaga anak yatim piatu. Kasihan Adira". Sebak Zahlia bila mendengar cerita Julita.

" Segaknyalah anak mama sorang ni. Cepat-cepat cari calon. Tak sabar pula mama nak kahwinkan Adiff. Kalau dah ada calon ni kita sekalikan je lah abang", kata Julita pada suaminya sambil membetul-betulkan samping yang dipakai Adiff.
Kamaruzaman dan Hajah Kamsiah hanya tertawa.
" Kalau abang yang ada calon, boleh Ju buatkan majlis sekali tak?" usikan Kamaruzaman membuatkan semuanya ketawa.
Julita yang mendengar sudah membulatkan matanya.
"Dira dah siap ke tu?"tanya Julita kerana Adira masih belum keluar dari tempat persalinan.
" Dah Mama Ju", Jawab Dira. Bedebar hatinya untuk keluar mengadap Adiff. Apa reaksi Adiff padanya. Jauh disudut hatinya, Adira agak kecewa kerana bukan Aqiff yang datang untuk fitting baju perkahwinan mereka. Pada Adira, Aqiff tidak bersungguh mahu berkahwin dengannya. Walau pun begitu, perasaan kecewa itu cuba dibuang jauh-jauh. Adira cuba memahamkan tugas Aqiff yang tiba-tiba terpaksa menghadiri mesyuarat seperti yang diberitahu Mama Ju.

Dira tiba-tiba menjadi kekok dan serba tak kena bila Mama Ju menyuruhnya berdiri di sebelah Adiff. Adiff juga nampak tidak selesa.
Sama-sama punya perasaan malu dan hanya Allah saja yang tahu perasaan sebenar mereka.
" Ya Allah! Mama memang suka yang ni. Memang sesuai sangat. Aqiff atau Adiff yang pakaipun memang padanlah dengan warna ni", kata Julita yang semakin teruja bila sudah melihat kedua-duanya siap memakai pakaian pengantin yang dipilihnya tadi.
Adiff curi-curi pandang. Nak pandang betul-betul takut pandangannya itu ditangkap papa dan Nek Wan tapi kali ini Adiff tak boleh mengawal perasaannya. Biarlah mama, papa atau Nek Wan nak cakap apa. Tak salahpun nak pandang Dira. Omelnya
Adiff tepat memandang Adira. Setiap inci wajah Adira tidak terlepas dari pandangnnya.
Bertuah kau Aqiff dapat memiliki Adira. Itu kata hatinya.
"Astaghfirullah al azim" , cepat-cepat Adiff beristighfar setelah dia sedar dia tidak patut memandang Adira begitu. Wajah manis Adira menggetarkan jiwa lelakinya. Kata hatinya yang satu tak salah. Satu lagi kata salah. Dan dia memang salah dan berdosa.
Setelah mengambil beberapa keping foto untuk ditunjukkan pada Aqiff, Adiff meminta izin untuk pulang ke klinik semula. Itu saja alasan yang selamat untuknya agar tidak lebih lama bersama Adira.
"Papa, mama, Nek Wan, Adiff kena balik ke klinik semula ni. Ada kerja yang kena siapkan. Adiff kerja sampai pukul 10 malam ni. Papa nak tidur sini atau balik terus?" Tanya Adiff pada papanya.
" Papa tidur rumah Pak Su. Mama dah call Mak Su tadi. Lagi pun tak eloklah nak bawa Dira tidur rumah bakal suami dia. Nak dekat-dekat dah ni tak boleh jumpa selalu", seloroh papa.
" Kalau macam tu, Adiff gerak dululah. Nanti kirim salam pada Mak Su" pesan Adiff.

Adiff duduk di sofa menunggu Aqiff pulang dari kerja. Beberapa kali Iphonenya dibuka. Fotonya bersama Adira petang tadi dilihatnya. Terlalu manis wanita disebelahnya.
Adiff tersenyum bahagia. Biarpaun menjadi pengganti saja, Abang bahagia Dira. Bisik hatinya.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now