Bab 8

3.8K 131 2
                                    

Satu mesej masuk melalui Messengernya. Adira lihat ada gambar mamat tu di depan skrin telefonnya. Adira menekan dadanya. Terasa jantungnya kembali bekerja keras semula selepas sudah normal seketika tadi.
Adira buka Messengernya.

~Adiff:
Dah tidur? Atau masih stalk FB abang.
Terima kasih menerima abang as friend Dira.
Dira baca berulang kali. Satu-satu perkataan itu disebut.
"Betul ke Adiff yang hantar mesej ni pada aku", gumamnya.
"Nak balas ke tidak? Balas je lah". Kata hatinya

~Adira:
Belum lagi. Tak boleh tidur lepas kena sergah tadi.
Sama-sama.

Semakin lebar senyum Adiff.

~Adiff:
Sorry tau kalau abang dah buat Dira terperanjat tadi.

Adira juga tersenyum sendiri.

~Adira:
Tak ape. Dira pun salah juga.

~Adiff:
Abang tak marahpun Dira. Suka lagi ada.

~Adira:
Ye ker?

~Adiff:
Betul.Abang tak marah pun.
Dira tidurlah. Dah lewat malam ni.
Gud nite...Assalamualaikum

~Adira:
Nite...Waalaikumussalam

"Si pencuri hati abang, Adira Filzah. Selamat malam". Bisik hati Adiff
" Selamat malam Adiff Fahmi". Lafaz Adira.

Ya Tuhanku,
Kalau dia memang jodohku, dekatkanlah...
Tapi..kalau bukan jodohku,
Maka Kau jodohkanlah...
Jika dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku...
Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia mendapat jodoh yang lain,
Biarkan dia tidak berjodoh seperti diriku,
Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali...

Adiff tersenyum lebar membaca satu doa di carian googlenya.
"Boleh pakai juga doa ni". Gumamnya

"Nek Wan nak Dira tolong apa lagi ni"?soal Adira usai dia siap memblander cili untuk dimasak sambal ikan bilis. Sambal ikan bilis Nek Wan memang sedap lebih-lebih lagi dimakan dengan nasi lemak. Fuh! Tak cukup sepinggan. Sebab itu juga Adira takut kalau lama-lama cuti di rumah Nek Wan kerana pasti berat badannya akan naik gara-gara asyik makan saja.

" Kalau Dira dah tak ada kerja, mari sini tolong mama Ju kopek ikan bilis ni. Boleh kita sembang-sembang", ajak Julita.

Adira yang malu-malu terus duduk di hadapan Julita. Sebenarnya, Adira tak tahu nak panggil isteri Pak Mannya itu dengan panggilan apa. Adira berkira-kira untuk memanggilnya Mak Long saja kerana Pak Man anak sulong Nek Wan.

"Dira lama lagi ke cuti?"tanya Julita
"Lagi 3 minggu Mak Long", jawabnya
Julita yang mendengar Adira memanggilnya Mak Long terus tertawa kecil.
Dia tahu Adira serba tak kena nak memanggilnya dengan panggilan Mama Ju.
" Kenapa Mak long pulak Dira. Panggil Mama Ju lah. Tak glamour langsung panggil Mak Long", sampuk Mak Su Hasnahnya lalu mengundang ketawa mereka.
" Aah. Dira panggil auntie ni Mama Ju je. Lebih mesra", kata Julita pada Adira gadis yang telah mencuri hati anaknya,Aqiff.

Julita teringat akan perbualan dengan anak bongsunya semalam. Anaknya itu telah meluahkan perasaannya terhadap Adira. Aqiff betul-betul sudah tertarik dan ingin menjadikan Adira sebagai isterinya. Julita tiada halangan kalau itu hajat anaknya. Julita juga tidak nampak mana kurangnya Adira. Bukan sahaja pandai tetapi baik tingkah lakunya.
Walau pun begitu, Julita serba salah kerana mak mentuanya mahu menyatukan Adira dengan Adiff.

" Man, Ju. Mak ni ada hajat nak sampaikan pada kamu berdua", kata Hajah Kamsiah pada anak dan menantunya lewat malam tadi.
"Kenapa mak?", soal Kamaruzaman. Nampak serius benar hajat maknya itu. Kamaruzaman dan Julita memandang wajah orang tua mereka penuh sabar.
"Mak nak satukan Adira dengan Adiff". Kata Hajah Kamsiah.
Kamaruzaman dan Julita saling berpandangan. Kedua-duanya tersenyum.
"Mak, Man dan Ju tiada halangan. Baik pada mak baik juga pada kami. Kami pun suka dengan anak arwah Azamudin dan Fatin tu. Tapi apapun, kita kena tanya dengan tuan punya badan". Cadang Kamaruzaman pada emaknya.
"Alhamdulillah". Hajah Kamsiah menadah tangan memanjat kesyukuran.
" InsyaAllah. Mak rasa Adira dan Adiff pun tak menolak cadangan mak ni. Sesuai sangat mak tengok mereka berdua. Biarlah Dira berjodohan dengan doktor juga. Sama-sama faham kerja masing-masing. Mak pun nak suruh Dira tu buka klinik sendiri nanti dengan Adiff. Arwah abah dan mak Dira ada tinggalkan sejumlah wang untuk Dira. Tiba masanya nanti mak akan serahkan semuanya pada Dira", beritahu Hajah Kamsiah.

"Cukuplah Ju ikan bilis tu". kata Hajah Kamsiah menyedarkan Julita dari ingatannya pada Aqiff dan permintaan mak mentuanya malam tadi.
"Baik mak", jawab Julita
"Biar Dira yang basuh ikan bilis ni". Dira menawarkan dirinya lalu membawa ikan bilis yang sudah siap dikopek itu ke sinki.
Dira kemudiannya membantu Nek Wannya memasak sambal ikan bilis.
Semerbak bau tumisan cili kering memenuhi ruang dapur.
"Sedapnya Nek Wan". Satu suara dari belakang Adira mengejutkannya yang sedang mengacau sambal di dalam kuali.
Adira pasti itu suara Aqiff. Adira berpaling. "Tinggi juga mamat ni". Bisik hatinya. Adira hanya separas dada Aqiff saja. Bila Adira mendongak, Aqiff senyum padanya. Adira balas. Adira pegang dadanya. Tiada rasa apa-apa.
"Nak tolong ke?". Adira bertanya pada Aqiff yang nampak seperti berminat nak menolongnya.
"Boleh juga", jawab Aqiff.
Drama pendek Adira dan Aqiff menjadi tontonan Nek Wan, Hasnah, Julita dan Adiff.
Adiff duduk di kerusi memerhati si pencuri hatinya.
Adira masih tidak perasan kehadiran Adiff.
Sudip di tangan Adira bertukar tangan pada Aqiff. Aqiff mula mengacau sambal ikan bilis yang sedang dimasak.
Adira menjarakkan dirinya dari Aqiff. Dia tidak selesa bersentuhan badan dengan Aqiff.
" Adiff, papa, Pak Su dan Pak Ngah Razak mana?", soal Julita pada anak bujangnya itu.
Bila nama Adiff disebut, Adira terus berpaling. Kedua-duanya saling bertentang mata. Adira berpaling kembali pada Aqiff yang sibuk mengacau sambal bila Adira dapat rasakan ada getar dalam dadanya. Adira tahu keadaannya tidak normal saat ini. Dia tidak mahu siapa-siapa membaca isi hatinya.
" Ada ma dekat depan tu. Tak tahu apa yang diborakkan", jawab Adiff
"Adiff pergilah panggil dorang. Kita breakfast. Panggil sekali Mak Ngah dengan anak-anaknya tu ye", arah Julita
"Baik mama". Adiff terus bangun menuju ke hadapan rumah Nek Wannya.
Adiff pegang dadanya. Lebar senyumnya. Tak perlu mulut berkata cukup hati memberi isyarat dan rasa. Adira Filzah si pencuri hati Adiff Fahmi.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now