Bab 14

2.9K 90 0
                                    

Menara NAZA

"Aqiff!" Panggilan yang mematikan langkah Aqiff.
Dia kenal suara perempuan itu. Walau sepuluh tahun tak berjumpa dia tetap akan ingat suara itu.
Aqiff berpaling ke arah suara yang memanggilnya.
Hazila sedang berdiri dihadapannya. Wanita yang pernah bertakhta di hatinya. Wanita itu juga yang menghancurkan hatinya.
Hazila melemparkan senyumannya pada Aqiff. Sama seperti dulu. Manis dan memikat. Hazila berjalan ke arah Aqiff.
"Hi! you Aqiff buat apa kat sini?" Soal Hazila
"Hi!", hambar saja jawapan dari Aqiff. Tapi Aqiff baru tersedar yang dia tidak sepatutnya menunjukkan perasaannya. Dia harus kuat dan buktikan pada Hazila yang dia tidak terkesan dari perbuatan Hazila dulu.
"You buat apa kat sini", soal Hazila sekali lagi
"Ooo...I kerja kat sinilah. You buat apa pula kat sini?" Soal Aqiff semula sekadar berbasi-basi.
"I pun kerja kat sini. Dah dua tahun. You bila balik sini?". Hazila terus membuang senyumannya pada lelaki dihadapannya itu. Kelihatan Hazila seperti
teruja dengan pertemuan yang tidak disangka itu.
Kalau ikutkan hati, Aqiff malas nak menjawab. Dia hairan kenapa Hazila bertanya kepadanya seperti tidak ada apa-apa yang pernah berlaku antara mereka. Memang wanita di hadapannya ini tidak berperasaan sama seperti dulu sewaktu Aqiff merayu padanya.
"Dah tiga bulan I balik sini"jawab Aqiff
"You balik sorang?" Tanya Hazila
"Tak. I balik dengan family I. Family I akan terus tinggal kat sini", beritahu Aqiff
"Baguslah. Akhirnya balik juga family you kan. I ingat you satu family nak tinggal sana terus".
Semakin meluat Aqiff mendengarnya. Dia merasakan Hazila sedang memerlinya.
"Pernah dengar tak hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. I rasa papa I pegang prinsip tu. I sebagai anak akan ikut saja ke mana family I pergi. I ni sama macam you, anak yang dengar kata family" balas Aqiff. Memang sengaja dia nak mengenakan wanita di hadapannya itu.
Hazila masih beriak selamber. Tidak terkesan dengan kata-kata sindiran Aqiff.
"You nak pergi mana ni?" Hazila bertanya.
"I nak lunch la", jawab Aqiff sambil membetulkan jam tangannya.
"Jomlah, kita lunch sama-sama. Boleh kita sembang-sembang. Banyak cerita I nak beritahu you ni". Hazila merapatkan dirinya di sebelah Aqiff.
Aqiff menggaru kepalanya yang tak gatal. Apakah alasan untuk diberi pada Hazila.
Tanpa sempat Aqiff memberikan alasan, Hazila terus menarik lengannya.
Aqiff agak terkejut dengan tindakan Hazila. Aqiff memandang sekeliling takut-takut ada staf lain yang ternampak kejadian itu. Masak dia kalau hal itu menjadi isu di pejabat. Hazila isteri orang. Memang tak manis dia berdua-duaan.

Aqiff dan Hazila duduk berdua di sebuah restoran bedekatan dengan office mereka. Memang sengaja Aqiff membawa Hazila ke restoran itu. Orang pun ramai. Harap-harap tidak ada yang membuat spekulasi antara dia dan Hazila. Sekadar rakan sekerja. Ramai je staf lelaki dan perempuan yang keluar makan bersama. Kata-kata itu hanya sekadar untuk menyedapkan hatinya sahaja.
"You pergilah ambil makanan dulu. I jaga meja ni", Aqiff memberi alasan. Dia tidak selesa sebenarnya.
"Okay", balas Hazila. Sekali lagi tangan Hazila mendarat di bahu Aqiff. Satu senyuman diberi pada Aqiff.
Aqiff memandang sekelilingnya lagi. Dia mengelap peluh jantannya. Direnggangkan sikit tai yang dipakainya. Hazila memang saja ingin menduganya. Hazila semakin berani. Hazila sepatutnya lebih tahu mejaga adab sebagai isteri.
Aqiff keluarkan Iphone dari kocek seluarnya. Didail nombor Adira.
" Hello. Assalamualaikum sayang".
"Waalaikumussalam", jawab Adira.
"Sayang dah lunch?" Aqiff pula bertanya
"Baru sekejap tadi. Dira nak siap-siap ke kelas ni", beritahu Adira
"Baiklah. Sayang jaga diri baik-baik ye", pesan Aqiff.
"Baik abang. Abang pun sama. Jaga diri baik-baik untuk Dira". Macam tak percaya je Dira boleh cakap macam tu. Adira sendiri tertawa kecil
Dihujung talian, Aqiff gembira mendengar kata-kata tunangnya itu.
" I love you, sayang", Balas Aqiff sebelum dia mematikan panggilan. Senyumannya masih bersisa. Becinta dengan budak masih study ginilah. Skema.
" I love you pada siapa tu?", tegur Hazila dari belakang. Hazila duduk di hadapan Aqiff.
Aqiff menyedut fresh orange di hadanpanya.
"Tunang I", pendek jawapan Aqiff. Tepat dia memandang Hazila
Cuba untuk melihat reaksi wanita dihadapannya itu.
Ada riak wajah kurang senang Hazila. Aqiff menahan senyum.
"Tahniah. Bila you tunang? Dengan siapa?" Soal Hazila kembali.
"Bulan lepas. Tunang I masih study", jawab Aqiff sungguh.
Hazila tersenyum mendengarnya.
"Dulu you study, I kerja. Sekarang you kerja, tunang you pula study. Betul-betul ingatkan I tentang kita dulu".
"Cerita lama. Tak ada apa yang nak diingatkan lagi. Kita masing-masing dah ada life sendiri. You dengan family you, I dengan hidup I", balas Aqiff.
Satu keluhan panjang keluar dari suara Hazila. Pandangannya dibuang jauh ke seberang jalan restoran.
Aqiff kurang faham dengan keluhan Hazila. Apa yang dia mampu tangkap, keluhan itu seperti ada satu bebanan yang sedang ditanggung Hazila. Tak bahagiakah dia? Bisik hati Aqiff.
"I tak bahagia Aqiff".
Tekaan Aqiff memang benar. Tapi apa kena mengena dengannya sekarang.
Dia tidak boleh terjebak dalam permasalahan Hazila.
Aqiff perlu menjauhkan diri dari Hazila. Kalau Hazila ingin meluahkan perasaannya, Hazila perlu mencari orang lain. Aqiff nekad. Aqiff tak nak perasaan simpati menjeratnya nanti.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now