Ha?! Tunang?!

550 18 0
                                    

Muka handsome last last tengok crush dah kena panic attack. Pondan gila.

________________________________________________________________________________



Ya dan ya, kali ni sah bukan salah aku bangun lambat. Erghh!

Aku lupa yang Kamal si Butler tu harini cuti sakit. Haih sekarang ni aku dahlah tengah sibuk, time time macam ni lah demam kus kus lah demam kepialu lah demam mak kau hijau lah nak dihinggap dekat Kamal. Aku dengar dia demam panas. Hmm kesianlah pula dekat dia tu. Petang nanti aku jengoklah dia di hospital. Dia suka bakso... tapi boleh ke dia makan? Ah kalau tak boleh aku lah yang bedal.

Terus aku bangkit dari katil bersize king aku dan pecut mandi. Ahh lantaklah tie ni aku dah lambat ke gedung.

Sebelum aku berangkat keluar aku sempat jenguk adik adik aku di bilik teather. Alololo comel betul dua ekor badak ni tidur... tahu semalam aku balik awal,join movie date dorang tapi kesibukkan kerja menjerat aku untuk bersama mereka.

Aku menuruni tangga dengan hemah tapi pantas,

"Sulli!" panggil aku. Mana dia ni..

"Sulliani! Saya nak pergi dah ni, tolong kejutkan dua ekor badak dekat atas tu!" nada aku cukup kuat untuknya dengar.

"Ya Tuan Idris," Sekelip mata dia timbul depan mata aku. Wow magic

"Emm Tuan, saya enggak tahu pula Tuan ada jaga badak di rumah ini. Mana saya mahu cari badak Tuan? Dua ekor pula itu... waduh payah ni" Aku senyum, kelakar.

"Pergi ambil kunci kereta saya," arah aku, dia kembali dengan kunci aku "kamu pergi masuk bilik teather. Dekat situ cukup 2 badak yang saya suruh kejut tu okay?" Sulli kelihatan masih binggung. Huhuhu nasib lo lah sik guwe mau parmisi duluan.

"Saya gerak dulu, lambat ni. Jangan lupa kejutkan cik Qaisarah dan cik Aidah"

"Ohh mereka lah badak itu..." gomelnya sendiri

" Eh Tuan! Tuan!" sulli panggil.

"Ya Sulli? Saya dah lambat ni"

"Kasutnya tuan... lupa pakai mahu pakai apa nanti berjalan. Muda muda lagi udah lupa"

"Oh hahaha, terima kasih. Ambilkan sekali selipar saya tu, okay terima kasih. Jaga rumah elok elok"

"Baik tuan," dia senyum.

"Ahh baby boo merdunya bunyi you. Nanti papa hantar you mandi ya, papa busy minggu ni" i macam orang gila cakap dengan kereta sendiri.

Aku menekan hon saja nk buat pembantu rumah aku melatah kepau kepau babom! haHAHa

"Oh cinta aku seratus persen! banyak persen! Eh kau! Waduh!" latahnya aku gelak terbahak dalam kereta dan terus memecut.

Sedang aku lali memandu berlatarkan suasana pagi di lebuh raya yang sesak, gadis aka cikgu taktahunama tu terpampang di layar fikiran aku. Ketegasannya membuat aku begitu tertarik dengan minah ni. Lihat saja lah dirinya, lelaki yang buta saja kata dia bukan bidadari. Senyuman 5 saat tempoh hari terus ternyiang dalam kotak memori aku sampai aku pun ikut tersenyum macam kambing. Rindu betul sampai dalam lubuk hati ni aku berharap sangat berlaga bahu dengannya hari ni.

"Apa benda kau ni Idris, macam mintak biawak duduk. Mustahillah kau nak jumpa dia" aku dh gila dah ni, tdi ckp dgn kereta ni ckp sesorng.

"Ahh! Apa aku merepek ni, baik dengar lagu" era fm berkumandang di telinga aku ehh ni bukan ke lagu-

"apa benda ni Aiman, pepagi buat mood aku hancurz. Gi cari lah tino lain ehh geram aku" bebel aku lantas tukar siaran.

Kereta aku di parking hadapan kafe, aku lupa nak breakfast tadi terpaksalah aku ke sini mengalas perut. Pekerja aku dah sarapan ke belum hah? Baik aku belikan dorang something ke apa.

Cikgu Untuk Tuan Idris (Hiatus)Where stories live. Discover now