Takda apa-apa yang berlaku. This sadness cannot be cured.  Sekali lagi aku menitiskan air mata. Aku benci menangis. Tapi, kesakitan ni buatkan aku nangis. Kenapalah dia buat camni?

"Sweetheart..." tegur Mama. Aku terus memeluk dia dan lepaskan semua. Tulah pertama kali aku nangis betul-betul. Cam orang gila ada, cam orang sewel ada. "It's okay." Mama mengusap kepala aku.

"Dia dah takda, Ma." kata aku. Aku menangis sepuas-puasnya di bahu Mama.

"What's wrong?" tanya Papa. Papa mendekati aku dan Mama. "Kenapa dia nangis ni?"

"Her boyfriend died," kata Mama. Riak muka Papa berubah. Memang kena marah ni nanti. "Don't mad at her. Kita pun jumpa waktu sekolah juga," Papa hanya pandang aku dan dia terus beredar dari dapur. Papa marah aku ke? "Bila pengebumian dia?"

"Lusa." kat aku. Aku mengelap air mata di pipiku.

"Puan, kawan-kawan Fany datang." kata orang gaji aku.

"Pergilah kat kawan-kawan kamu," kata Mama. Aku melepaskan pelukan Mama. "Nanti Mama cakap ngan Papa pasal ni supaya dia faham." Aku mengangguk. Aku beredar dari dapur dan berjumpa dengan kawan-kawan aku.

"Fany..." kata Rica.

"Naik atas, jom." kata aku. Aku bagi senyuman hambar kat mereka. Mereka hanya diam dan mengikutiku dari belakang.

Sesampainya di bilik aku, aku terus duduk atas katil. Lemahnya aku, langsung takda tenaga. Bukan sebab tak makan, tapi sebab perasaan ni yang melemahkan aku. Kami duduk dalam bulatan.

"Kau okay kah?" tanya Leo.

"Nang bodoh budak ni. Kau ingat lepas orang yang kau sayang meninggal dunia, kau akan okay kah?" kata Siew. Aku bagi senyuman hambar kat Leo.

"I'm okay. Tak payah risau pasal aku." kata aku. Mereka memandang aku dengan sedih. Urgh, aku benci kalau orang bersimpati dengan aku. Aku tahu niat mereka baik, tapi aku ni macam mengemis simpati mereka.

"Macam mana kami tak risau? Orang yang kau paling sayang tinggalkan kau! Tu yang kau cakap okay?" kata Lynn.

"Muka kau ni macam tak makan 10 hari jak aku tengok. Kau dah makan ke belum ni?" tanya Alin. Air mata aku menitis sekali lagi. Damn, I hate this feeling.

"Mahu pergi rumah dia?" tanya Lyssa. Aku mengangguk. Aku tahu pergi ke rumah Nizam akan buat aku lebih sedih. Tapi aku takda pilihan. Aku nak pergi rumah dia. Aku nak tengok semua memori yang dia tak pernah tunjukkan dekat aku.

"Cunlah. Hisyam dan Hisam pun nak pergi rumah Nizam. Nanti aku suruh diaorang ambil kita." kata Leo.

Aku pergi ke bilik mandi. Aku nak segarkan diri sebelum pergi rumah dia. Aku nak tunjukkan diri aku happy depan dia. Aku nak tunjukkan yang aku okay tanpa dia. Aku nak buat dia pergi dengan aman tanpa risau tentang aku. At least, this is the only thing I can do for him.

-

"Hi, Fany!" tegur Hisam dengan cerianya. Mungkin dia berniat nak ceriakan aku. Tetapi, aku hanya bagi senyuman hambar. Aku masuk ke dalam kereta Hisam. Sepanjang perjalanan, aku takda fikir apa-apa. Fikiran aku kosong.

Kosong.

Tanpa dia.

Kami sampai kat rumah Nizam. Tempat parking dia dipenuhi dengan kereta-kereta mewah. Agaknya satu skuad Nizam datang. Aku sampai depan pintu dan Hafiz menyambut aku.

tersuka tanpa sengaja || bfts√Where stories live. Discover now