Bab 6.

4.5K 142 13
                                    


Hari yang Alia Qaisara nanti-nantikan telah tiba iaitu HARI PERTAMA DIA BERGELAR SEBAGAI SEORANG DOKTOR pelatih atau digelar sebagai housemanship! Yayyyyyy *applause

Sesudah sahaja menunaikan solat subuh pada pagi itu, aku tidak dapat melelapkan mata kerana pelbagai perasaan bercampur baur kerana bermula hari ini, tanggungjawab yang akan dipikulku semakin besar dan berat. Awal-awal lagi ayah sudah menasihati aku agar sentiasa berdisiplin dalam setiap perkara yang akan aku lakukan DAN DAN DAN ibu juga telah menyuruh aku untuk meminta tunjuk ajar Amzar apabila ada sesuatu yang aku kurang tahu.

(Mcm takde org lain je kat hospital tu kan? Padahal baru beberapa kali je jumpa)

Setelah selesai membersihkan diri, aku mengenakan baju blouse bewarna maroon, palazzo bewarna hitam dan shawl bercorak. Selesai sahaja membuat sedikit perubahan (make up) ke atas muka ku aku mencapai beg tangan ku lalu menuju ke tingkat bawah untuk bersarapan.

---------------------------------------------

Tepat jam 8 pagi aku sampai di Hospital Kuala Lumpur. Setelah memakirkan kereta, aku pergi ke tingkat 2 untuk mendaftarkan diri. Seorang pegawai yang menjaga disitu bertanya sesuatu kepadaku setelah melihat aku seperti tercari-cari sesuatu.

"Maafkan saya, cik. Cik cari apa? Dari tadi saya tengok cik mcm cari sesuatu je?" tanya pengawal tersebut.

"Saya cari office pendaftaran sbb saya nak mendaftar sebagai doktor pelatih kat hospital ni" kataku lega kerana ada juga orang yang baik hati untuk membantu.

"Ooo, doktor pelatih. Cik pergi ke tingkat 2 ,belok ke kanan dan lepastu cik lurus je jumpalah office tu." terang pengawal itu.

"Oh okay, terima kasih pakcik" kataku tersenyum sebelum berlalu pergi.

Setelah mencari dan mencari aku pun jumpa office yang hendak aku tuju. Apalah pakcik ni, kata lurus je, ni aku dah belok2 kanan kiri depan belakang sampai pening kepala dibuatnya. Ni belum jumpa patient dah pening mcm mana?

Aku buka pintu bilik tersebut. Masuk sahaja ke dalam, aku melihat kelibat seorang yang hendak aku temui iaitu salah seorang doktor pakar di hospital tersebut. Setelah dipelawa, aku duduk di hadapannya. Jantung ku berdebar2 kerana inilah kali pertama aku berhadapan dengan situasi yang baru begini.

"Hi Cik Alia, welcome to Hospital Kuala Lumpur. Di hospital inilah awak akan menjalani tugas sebagai seorang doktor pelatih. Walaupun sebagai seorang doktor pelatih, tugas awak lebih besar daripada doktor yang sebenar. Kerana apa? Pada waktu ini lah permulaan untuk awak kenal apa itu dunia perubatan dan betapa besarnya tanggungjawab awak." kata dia dengan panjang lebar.

Aku melihat dia dengan muka yang amat blur. Kerana baru sahaja aku melabuhkan punggungku, dia terus memberi peringatan supaya tugas sebagai doktor pelatih bukanlah sesenang yang disangka.

"Pada peringkat awal ni, awak akan ada seorang doktor yang bersama awak atau dalam kata lainnya, senior awak. Dia lah tempat awak bertanya segala perkara yang awak kurang fahami." sambungnya lagi setelah melihat aku duduk diam sambil tersenyum sahaja mendengarnya.

Tok Tok Tok. Pintu office tersebut berbunyi. Aku tidak mengalihkan pandangan ke belakang kerana sibuk mendengar penerangan daripada ketua doktor itu.

"Alia, yang baru masuk ni lah senior awak sepanjang awak bertugas di sini. Kalau ada perkara yang awak tidak pasti atau awak kurang tahu, awak boleh tanya je senior awak ni" kata dia lagi.

Aku mengalih pandangan ke belakang dan terkejut kerana banyak2 doktor di hospital tersebut, dia jugak yg jadi senior aku. Boleh dikira jodoh ke apa ni?

-------------------------------------------------

KHAIRIL POV.

Aku duduk sambil menghirup Caramel Machiatto di Starbucks yang ada di lapangan terbang Singapore tersebut sambil menunggu jam 7.00 petang iaitu penerbangan pulang ke London.

Aku mengeluarkan iphone dari poket kostum pilotku lalu membuka aplikasi instagram. Aku menaip 'aliaqaisara' di ruangan search. Mujur sahaja ig nya tidak diprivate. Aku tersenyum melihat satu persatu gambarnya.

Yes, this beautiful face. Doesnt change since 8 years ago.

Aku tahu Alia telah pulang ke Malaysia kerana Azhar iatu tunang Farah yang memaklumkan kepadaku. Tinggal seminggu lagi aku akan pulang ke Malaysia. Tinggal satu minggu lagi aku akan menjawab segala persoalan yang pernah aku tinggalkan 4 tahun lalu.

Wait for me Alia, please?

------------------------------------------------

AMZAR POV

Aku berjalan tergesa2 di koridor hospital kerana aku telah lewat 15 minit akibat terlupa yang aku hari ini akan bergelar 'boss' kepada salah seorang doktor pelatih. Sampai sahaja aku di hadapan bilik doktor pakar, aku mengetuk pintu lalu masuk ke dalam.

Kelihatan susuk tubuh seorang wanita yang tinggi nya kira2 170+ cm, berhijab dan tertutup sepenuhnya.

"Macam pernah tengok je dia ni" desis hatiku.

Aku masuk ke dalam bilik itu tanpa disedari oleh wanita itu kerana kelihatan dia amat kusyuk mendengat penjelasan dari doktor pakar.

Iyeeelah mula2 memang kusyuk mcmtu, nanti dah akhir2 memang semua tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Sementara menunggu perbualan mereka habis, aku duduk di sofa berdekatan sambil membaca surat khabar.

Rasa ingin tahu dalam diri aku membuak-buak ingin tahu siapakah gerangan wanita yang bakal menjadi junior nya itu.

Tiba2, wanita itu berpaling ke belakang dan,

"Youuuuu? Amzar? Ops sorry, Dr Amzar Farhan?" kata Alia sambil membulatkan matanya.

"Tak sangka kan banyak2 doktor pelatih yang masuk ni, awak jugak jadi junior saya. Jodoh memang kuat, en?" gurau ku.

"Oh memandangkan dah kenal ni, senang lah urusan kamu berdua ni nanti kan? Goodluck Dr Alia. Semoga awak dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru ni. Untung jugak awak dapat berpartner dengan Dr Amzar ni. Confirm semua doktor pelatih iri hati kat awak lah lepasni" seloroh doktor pakar tersebut pula.

Alia hanya tersenyum kelat.

Aku pula tersenyum kegembiraan.

Gembira yang teramat.

YAHOOOOOOOO.



>>>> Hi guys, boleh tak suggest siapa yang sesuai untuk jadi gambaran Amzar Farhan dan Alia Qaisara dalam cerita ni? Tq! 

Doktor atau Pilot?!Where stories live. Discover now