Kuasa

490 23 0
                                    

Aku tersenyum melihat dunia aku yang semakin rebah.
Melihat kehancuran yang dibuat oleh manusia bedebah.

Rakyat terungkur,
Pemimpin masih kata 'negara kita, negara makmur'.
Makmur bagi kau; manusia berkuasa
Kerana kau Tuhan Dunia

Wang semakin jatuh
Harga barang semakin membangun utuh
Takpe.
Aku belum mati lagi.
Rakyat belum mati lagi.

Manusia berkuasa,
InshaAllah kita bertemu.
Di padang Masyar yang satu.
Di situ,
Nasib aku terbela. Nasib rakyat terbela.

Buat mase ni,
Biar aku nikmati dunia aku yang semakin rebah.
Melihat kehancuran yang dibuat oleh manusia bedebah.
......

Isu politik, isu berbahaya. Semua yang ada di sini, biar sendiri berbicara.


Puisi cinta hipster ( COMPLETED) Where stories live. Discover now