Dia yang ku benci

880 58 0
                                    

Aku ingin bercerita
Tentang dia yang ku benci
Yang aku menyampah dengar celotehnya,
Yang aku benci dengan tingkah lakunya.

Bicaranya tak selembut kapas,
Tak jugak sekeras batu.
Namun, dalam kelembutan ada tegasnya.

Mulutnya tiada henti,
Komen itu ini
Tiada lelah menegur,
Sentiasa inginkan kesempurnaan pada diri.

Dia bukan lawanku,
Dialah ibu.

Aku benci padanya,
Yang menyorok setiap letih lelah untuk memberi aku kebahagiaan.
Aku menyampah dengan kata katanya,
Yang aku tahu selalu betul setiap masa,
Yang aku tahu dia hanya ingin yang terbaik untuk aku.
Aku benci padanya
Yang tersenyum pendam menahan rasa,
Tak mahu anaknya yang useless ini, tahu akan perasaan sedihnya.

Ibu,
Wajahnya sentiasa manis tersenyum,
Yang bahagia hidupnya dihancurkan oleh anak yang useless ini.

Ibu... aku benci padamu.
Yang tidak putus berusaha wujudkan kebahagiaan bagi aku.

Ibu. Terima kasih.

....

Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu, saya harapkan anda hargailah ibu anda. Percayalah, ibu andalah yang terbaik. Jgn compare ibu anda dengan yang lain.

Kerana saya yakin setiap ibu di dunia ini, sudah berusaha sebaik mungkin untuk bahagiakan anda anda semua. Appreciate all of their effort k.

_amber

Puisi cinta hipster ( COMPLETED) Onde histórias criam vida. Descubra agora