"Mum, where are we going?". Aku memandang ibuku yang kelam kabut memunggah semua barangannya keluar daripada almari. Kemudian,dia memasukkan barangannya ke dalam sebuah bagasi yang besar. Jika aku kira sekarang ini, ini sudah bagasi kelima ibuku. Apa yang sedang berlaku? Dalam usiaku 5 tahun, memang aku tidak mengerti apa-apa. Yang aku tahu, hampir setiap hari ibuku menangis. Kadang-kadang aku cuba menceriakan hatinya agar senyuman manisnya mekar kembali.
"Honey, we are going to live in Australia. Come, hold mummy's hand sweety." Aku mengangguk kepala. Aku berpakaian dress unggu paras lutut yang berlengan panjang. Kemudian kakiku dilitupi dengan legging hitam. Leherku pula dililit dengan skaf peach. Rambutku yang panjang diikat tocang. Aku suka rambutku diikat tocang. Nampak kemas.
Tangan ibu aku pimpin. Aku tidak sesekali melepaskannya. Sewaktu aku berjalan melintasi ayahku, aku melihat dia melihatku dengan pandangan yang sayu. Aku mendongak kepalaku.
"Honey go shake and kiss daddy's hand." Ibuku berkata sambil mengusap kepalaku. Aku mengangguk. Dengan jalan terkedek-kedek, aku menghampiri ayahku. Ayahku mendepakan tangannya tanda ingin memelukku. Aku turutkan sahaja.
"Daddy, hand please." Aku berkata. Ayahku mengusap kepalaku lalu menghulurkan tangannya. Aku mengambil tangan yang semakin dimamah usia itu lalu menciumnya.
"Amel, don't ever ever forget daddy okay? I'm going to miss you sweetie." Aku bingung. Mengapa ayahku berkata sedemikian? Bukankah kita akan bertemu lagi? Mengapa ayahku mengucapkannya seolah-olah aku tidak akan berjumpa dengannya buat masa yang agak lama?
"Your times out, Shukur. Amel come to mummy." Aku memandang ayahku. Aku mengusap pipinya sebelum mengucupnya perlahan.
"Bye daddy. I will miss you too." Aku bangun daripada pangkuan ayahku dan berjalan menghampiri ibuku. Aku melambai tangan kepada ayahku sebelum melangkah keluar daripada rumah ini.
Bagasi ibuku serta aku sudah diletakkan di dalam bonet kereta. Aku mengambil tempat bahagian belakang. Aku menghadap cermin. Aku melihat ayahku berdiri di muka pintu. Tangannya melambai diriku. Aku melambai dengan senyuman ceria dibibir.
Perlahan-lahan,pandangan rumah agam ini mula menghilang daripada pandangan. Aku memandang ibuku. Naluriku kuat berkata bahawa ibuku masih sedih.
"Mummy, are you still sad? Don't be sad mummy. I'm here with you." Kata-kata itu aku ciplak daripada kartun yang sering aku tonton. Ibuku mencubit perlahan pipi gebuku.
"You do know that you are my sunshine right?." Aku tersengih.
"I do know mummy."
Perjalanan ke KLIA memgambil masa selama 2 jam. Kini sudah 3 pagi. Mataku semakin memberat. 'Okay Amel, sleep for a while.' Aku berkata di dalam hati sebelum secara rasminya aku menutup mataku.
"Amel, wake up. We are here." Terkebil-kebil aku membuka mata. Tanganku menggosok mataku. Terasa gatal pula. Pintu kereta sudah dibuka. Pak Mat setia menunggu. Aku keluar daripada perut kereta. Terima kasih aku ucapkan kepada Pak Mat.
"Elina!". Satu suara yang cukup aku kenal memanggil ibuku. Ibuku berpaling muka ke kanan. Oh, Aunty Aina. Aunty Aina ini cantik orangnya. Tapi ibuku lagi cantik. Kan ibu kita perempuan yang paling cantik dalam dunia ini.
"Amel!"
"Aunty Aina!" Aku bersorak gembira. Aunty Aina segera memelukku.
Mereka berbincang mengenai apa aku tak tahu. Yang aku tahu aku sedang sedang menarik bagasi Barney. Aku suka tengok Barney. Jika aku mahu tidur, ibu pasti akan pasang lagu Barney. Jika tidak, aku tidak boleh tidur.
"Amel, nak makan apa?". Aunty Aina bertanya namun aku hanya diam. Apa yang aunty cakap ni?
"Amel tu tak faham sangat bahasa melayu." Ibuku berkata. Aku memandang ibuku. Apa ni?
BẠN ĐANG ĐỌC
Long Lost Siblings
Teen FictionKehidupan seharianku dengan abang baharuku. 020617-where I started to write back this story💞
