。 •́ ⚈ ( 35 ) ⚈ •̀ 。

51.2K 1K 73
                                    

💛💛💛

Aku pandu kereta memasuki garaj. Keadaan rumah sekarang ni kelihatan agak gelap. Memandangkan Mummy dan Daddy sudah pergi outstation pagi tadi dan akan pulang selepas 2 minggu menetap di Paris.

Hanya tinggal aku berdua saja dengan.. Gina..

Aku mengeluh berat, ahh! Kalau tak disebabkan dia 'adik' aku, takde maknanya aku nak duduk sini berdua dengan dia. Masalah makin bertambah sejak Gina pulang dari Jerman. Menetap dengan family sebenarnya iaitu kawan karib Mummy.

Dahulunya, ketika Gina berumur 7 tahun, dia ditinggalkan dengan kami. Kerana masalah kewangan yang dialami oleh keluarganya, membuatkan mereka terpaksa ikat perut dan kesian dengan anak mereka, Gina dihantar dan dijaga oleh kami sehingga umurnya 15 tahun.

Selepas itu, dia diambil kembali oleh keluarga. Sejak itu kami tidak bertemu dengab Gina lagi. Namu sejak baru ini, Gina sudah pulang ke Malaysia. Kali pertama kami bertemu di Hotel hari itu. Tak sangka akan bertemunya lagi.

Di-

Eh jap? Asal aku kena fikir pasal dia pulak ni?

Correction, asal aku tulis pasal dia pulak ni?

Aku mengeleng kepala dan lantas keluar dari kereta. Penat yang aku alami sekarang ni apabila seharian aku keluar bersama Azra.

Pintu utama ditolak. Gelap gelita. Sunyi. Mungkin Gina sudah tidur. Tanpa membuka lampu utama dan hanya berbekal lampu dari tangga, aku menuju ke ruang tamu mencari sofa.

Aku melepaskan segala penat lelah. Mata aku pejam kejap. Mahu terlelap sekejap. Tak sampai seminit aku pejam mata, terasa pehaku terasa berat dan dadaku dihempap dengan sesuatu yang lembut.

Lantas aku buka mata. Terbuntang aku melihat Gina yang duduk diatas ribaku. Bergetar naluri aku, melihat pakaian Gina yang mampu menyeksa nafsu batinku. Terlalu seksi hingga jelas nampak baju dalamnya berwarna biru cair sesuai dengan warna kulitnya yang keputihan itu.

"Lambatnya abang balik?" Leherku dirangkul merapatkan lagi kedudukan kami. Dapat aku rasa hangat nafasnya di pipiku. Berderau darah aku apabila dadaku diusapnya perlahan.

"Apa Gina buat ni? Kenapa pakai baju ni depan abang?" Aku mengawal suaraku yang bergetar. Tangannya yang mengusap dadaku, aku capai pantas. Mengelak dari tangannya menjalar ke tempat yang tidak sepatutnya.

"Kenapa abang suka ke tengok Gina pakai baju macam ni?" Mengoda suaranya ditelingaku, aku memejam mata serapatnya mengelakkan mataku dari melihat tubuhnya yang begitu seksa untuk mata aku. Wajah Azra terlintas di kepalaku. Pantas aku bangun.

Bukk..

"Abang!" Gina terjatuh di atas lantai. Aku menarik nafas. "Please Gina, jangan sikit pakaian Gina tu. Abang tak suka Gina tayang body depan abang macam ni," seusai itu aku keluar dari rumah itu. Fuh aku rasa better aku duduk kondo aku buat masa sekarang. Lantak kaulah Gina.

But sebelum tu, aku meraba handphone ku di dalam poket dan lantas aku mendail no. Azra .

💛💛💛

Aku mendekati Naqib yang sedang bersandar pada kereta Audinya. Terus dia berdiri tegak apabila ternampak aku. Tanganku diraihnya menarik aku mendekatinya. Agak pelik bila Naqib menelefon aku malam malam buta sebegini, nasib baik aku tak tidur lagi.

Aku mendongak melihat wajahnya, "Are you okay? Kenapa nak jumpa ni?" Naqib tersenyum sebelum menarik aku ke dalam pelukan. Menambahkan lagi kepelikan dalam kepala aku sekarang ni. Something happen?

"Rindu," suaranya tenggelam diceruk leherku, "Aik? Bukan satu hari ni kita together ke? Takkan rindu pulak?" Aku mengusap rambut lembutnya itu. "Ermmm.." Merengek dia manja. Aku ketawa perlahan dan memeluk dia erat. "Nak macam ni je taknak lepas," Naqib mengumam dan mengeratkan lagi pelukan kami.

"Are you okay?" Aku menolak sedikit tubuhnya dan memegang pipinya sambil merenung matanya. Naqib memejam mata dan merehatkan dahinya ke dahiku. Perlahan dia senyum, "Okay je.."

"Serius?" Naqib mengangguk seraya menguis hidungku dengan hidungnya. Naqib merapati mukanya mahu mencium ku. Namun dengan pantas aku memegang pipinya. "Ermm sayang.." Merengek Naqib dibuatnya sehingga terletus ketawa aku. Pertama kali melihat dia merengek bagai budak kecil.

Lain dia malam ni..

Aku merangkul lehernya dan pinggangku dirangkulnya erat menarik aku rapat. Bibir Naqib mula mencari bibir ku. Namun belum sempat bibirnya menyentuh bibirku, bunyi ngauman motor menyentak kami.

Laju mata kami melihat superbike yang baru saja berlalu pergi. Keadaan pada waktu kini agak gelap, jadi ini menghalang mataku untuk mengecam motor itu. Namun..

Superbike berwarna biru tu...










SILENT ✓Where stories live. Discover now