"Macam mana kau boleh tahu nama dia?! Jangan-jangan kau nak rebut dia dari aku. Berilah peluang kepada aku yang single ini untuk merasai kenikmatan berumah tangga. Najwa, tengok suami awak ni. Dia menggatal dengan perempuan lain!" bebel Rudi mengundang gelak Najwa.

"Aku dah ada bini buat apa aku cari lain. Ingat aku macam kau? Hari ni suka perempuan tu, esok suka perempuan lain pula!" balas Ariq tak mahu kalah.

"Habistu Alina tu siapa? Bukan awek kau?!" bidas Rudi. Menyedari kesilapannya, dia menggigit bibir bawahnya. Salah cakap pula! Keadaan menjadi senyap seketika.

"Hm, saya keluar kejap. Nak pergi tandas" pinta Najwa. Dia bingkas bangun dan keluar dari bilik Rudi.

Kebetulan, Nisa yang melewati bilik Rudi ternampak kelibat perempuan yang seperti dikenalinya keluar dari bilik Rudi.

Untuk memuaskan hatinya, Nisa menuju ke arah Najwa dan menegurnya. Wajahnya persis dengan orang yang Nisa kenal satu waktu dulu.

"Najwa?" tegur Nisa perlahan.

"Nisa?!" balas Najwa. Mereka mengangguk serentak seraya memeluk antara satu sama lain erat.

Lama juga mereka melepaskan rindu yang terbuku di hati. Mereka berkawan baik sejak kecil namun Najwa berpindah semasa berumur 15 tahun. Sejak dari itu, masing-masing tidak mendapar khabar dan hanya membawa haluan masing-masing.

Tapi siapa sangka, perjalanan hidup yang telah disusun cantik oleh Yang Pecipta telah menemukan mereka berdua.

"Kau kerja dekat sini?" soal Najwa setelah pelukan dileraikan. Mereka mengambil tenpat duduk di bangku yang disediakan.

"Haah. Jadi nurse je. Kau pula buat apa sekarang? Belajar lagi or kerja?" soal Nisa pula. Masing-masing kelihatan teruja. Banyak cerita dan pengalaman ingin diluahkan.

Najwa hanya senyum hambar.








"WELCOME home, adik!!!" jerit semua yang menanti kepulangan Afiqah.

"Wow! Tak sangka sempat pula mama dengan papa arrange party" balas Afiqah seraya memandang segenap ruang tamu yang telah dihias.

"Hai Hafiey. Hafiey semakin tinggi lah. Hafiey makan apa?" tegur Afiqah pada si genit Hafiey yang menginjak usia 3 tahun. Dicuit manja pipi kanak-kanak itu.

"Well tengok Walid dia lah. Kan sayang" ujar Along terus mendukung Hafiey. Hafiey tersengih apabila ramai yang memberi perhatian dan memanjakannya.

"Ehem-ehem. Sebenarnya, Husna ada berita nak beritahu semua. Abang pun tak tahu pasal berita ni" ujar Husna yang dari tadi senyap. Dia tersenyum sebelum mengeluarkan satu kotak hadiah bersaiz kecil.

Disuakan kotak itu di depan muka Aqil dan di buka perlahan. Terdapat alat ujian kehamilan yang bertanda positif. Husna tersenyum melihat Aqil yang berkerut kening sebelum dia juga mengukir senyuman.

"Sayang, awak pregnant?!" soal Aqil ingin kepastian. Husna mengangguk laju. Aqil lantas menarik Husna ke dalam pelukannya. Hafiey turut sama dipeluk.

Mama dan papa juga gembira dengan berita yang dikhabarkan. Bertambah lagi jumlah keluarga mereka. Alhamdulillah!

"Tapi tak bestlah. Orang tengah happy-happy, si Angah dengan wife dia tak sampai-sampai lagi" ujar Afiqah sambil memuncungkan bibirnya.

"Sekejap lagi sampai la tu. Adik pergi naik mandi dulu" arah mama seraya mencuit manja hidung adik. Adik tersenyum. Terus dia naik ke bilik untuk mandi.







"AKU dah kahwin" ujar Najwa biasa. Tiada riak gembira mahupun sedih. Hanya biasa.

"Seriuslah. Awal jodoh kau sampai. Jadi suri rumah je lah nampaknya. Dah berapa lama kau kahwin?" soal Nisa. Dia pula yang kelihatan teruja.

"Hm dah 5 bulan macam tu lah" balas Najwa seraya senyum hambar.

Tiba-tiba ada suara menyapa mereka berdua.

"Ni kawan awak ke?" soal Ariq. Najwa dan Nisa tidak perasan kelibat seseorang yang keluar dari bilik Rudi kerana sibuk bercerita.

"Haah. Kitaorang dah lama tak contact each other, tiba-tiba jumpa hari ni" jawab Najwa gembira. Tangan Nisa di genggam erat menyalurkan segala rindu yang terpendam.

"Najwa ni isteri Encik Ariq? Hahaha kebetulan yang sukar ditafsirkan" sambung Nisa seraya gelak.

"Saya cuma nak cakap yang Encik Ariq beruntung dapat Najwa. Dulu dekat sekolah, dia selalu menjadi rebutan tau" tambah Nisa lagi.

"Nasib dalam ramai-ramai lelaki, dia memilih saya. Mungkin sebab saya paling handsome?" gurau Ariq. Najwa memandang Ariq sekilas sebelum tersenyum.

"Tapi, sorry sangat. Bukan nak mengganggu, tapi saya dengan isteri saya ada hal sikit. Sorry sangat" pinta Ariq sopan. Jelas kelihatan wajah layu Nisa.

"Oh ya ke? Sorry. Nah ni nombor aku. Nanti kau call aku eh!" ujar Nisa seraya menghulurkan satu kad. Najwa menyambut kad itu lantas mendakap erat kawannya.

Nisa hanya mampu melambai Najwa dan melihatnya pergi. Ketika dia ingin menoleh, alangkah terkejutnya dia bila wajah Rudi benar-benar rapat dengannya.

"Saya rasa connection antara kita kuat lah, Nisa Haura?!" ujar Rudi sambil menjongket keningnya.

"Mana encik tahu nama saya?!" soal Nisa sambil merenung tajam.

"Tuu" muncung Rudi dijuihkan ke tag nama yang disemat kemas di uniform yang dipakai Nisa. Dia menutup tag nama dan berlalu pergi.

Rudi memerhati kelibat Nisa hilang sehingga senget kepalanya.

"Nisa Haura" nama Nisa diulang beberapa kali. Dia mengukir senyum lebar.









SEMENTARA menunggu lift berdua, Najwa dan Ariq hanya diam. Masing-masing ralit melayan perasaan sendiri.

"Awak masih cintakan Alina?" soal Najwa. Dia nekad memberanikan diri untuk bertanya.

Ariq memandang Najwa. Lama.

"Aku..."


🌸B E R S A M B U N G🌸

Vote
&
Comment




"Kalau tak mampu buat orang tertawa, cukuplah tak membuat orang terluka"

🌹

Masihkah Ada Cinta ✔️Where stories live. Discover now