"Kau sayang aku sebab aku hensem je lah? Kalau tak hensem kau tak sayang?" Adam mendengus kasar. Pipinya dipegang laju untuk merasakan tanda-tanda cekung yang dikatakan oleh isterinya.

"Eh mestilah. Saya kan cantik jadi suami saya mestilah hensem!"

Adam tersenyum sinis.

"Fakta bodoh ke tu? Aku hensem kau buruk, ok je pun."

Insyirah membuat muka cemberut lalu mencebik bibir. Ya Allah, memang hodoh teruk.

"Awak ni memang nak menang je kan?" Insyirah mendengus kasar.

"Suka hati aku lah. Kau dah masak ke belum ni?" Adam bertanya dingin. Wajah cemberut isterinya dikerling sekilas. Sedaya-upaya dia menahan dirinya daripada tersenyum. Al-maklumlah lama sangat tak membuli sang isteri.

"Belum. Jom makan kat luar, puh-lease?" Suaranya dimanjakan lalu pipinya dikembungkan. Adam berdecit perlahan.

"Pergi bersiap. Lambat aku tinggal." Ringkas sahaja dia menjawab lalu jam tangannya dikerling sekilas. Walaupun dia agak penat, namun demi Insyirah segala penat lelah itu perlu ditolak ke tepi.

"Yeah!" Insyirah melonjak gembira lalu segera bangun dari sofa namun langkahnya terhenti apabila tangannya direntap lembut. Perlahan-lahan tangan itu ditarik lalu masuk ke dalam dakapan suaminya. Insyirah merasakan belakangnya diusap lembut. Tubuhnya terasa didakap sangat erat. Insyirah tersenyum lalu membalas pelukan suaminya. Mukanya disembamkan pada bidang dada Adam.

"Awak rindu saya eh?"

Persoalannya dibiar sepi namun Insyirah masih tersenyum. Dahinya dikucup lembut lalu pelukan dirungkaikan.

"Pergi bersiap." Adam berkata pantas. Matanya masih lagi memandang wajah isterinya. Insyirah tersenyum lalu mengucup pantas pipi sang suami.

"Saya sayang awak." Selepas mengungkapkan kata-kata keramat itu, Insyirah segera naik ke atas untuk bersiap.

"I know." Adam senyum simpul.

. . . .

Selesai sahaja mereka berdua menjamu selera, Insyirah dan Adam melangkah masuk ke dalam Supermarket untuk mencari stok makanan mereka.

Insyirah segera memasukkan kesemua makanan ringan ke dalam troli setelah meneliti kandungan makanan tersebut. Baguslah, ada juga diimport dari Malaysia. Bibirnya mengukirkan senyuman bahagia apabila melihat segala stok makanannya bertambah kembali.

Adam hanya memandang isterinya yang berperangai macam budak-budak itu. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Woi, nenek kebayan. Kau nak angkut market ni sekali ke?" Adam memandang troli di hadapannya. Sangat penuh dengan makanan kegemaran isterinya itu. Adam memandang isterinya itu tajam. Tidak suka apabila isterinya itu amat gemar mengunyah makanan ringan.

"Saya nak cari sesuatu jap. Awak bayar dulu." Baru sahaja Adam ingin membuka mulut, Insyirah sudah jalan meninggalkannya. Adam berdecit. Berlagak tahu sangat jalan dekat Supermarket ni. Tanpa membuang masa, troli itu dibawa ke kaunter untuk membuat pembayaran.

"All of this General?"

Adam mengangguk.

"Bring it to my car." Pekerja di hadapannya mengangguk. Adam mula mendapatkan Insyirah yang terkial-kial mencari sesuatu. Tudung perempuan itu ditarik menyebabkan Insyirah terundur ke belakang.

"Apa ni?" Insyirah mencebik. Tudungnya diperbetulkan kembali dengan muka sebal. Ingat senangkah nak buat awning yang sempurna macam tadi?

"Kau cari apa ha pendek?"

Insyirah tersenyum kelat. Terasa segan pula dia hendak beritahu. Dia mengetap bibirnya.

"What?" Soal Adam dengan kerutan di dahi. Adam memandang Insyirah yang teragak-agak memberitahunya. Kemudian dia berfikir sejenak, dia segera memerhatikan keadaan sekeliling. Tempat Insyirah berdiri diperhatikan. Mata Adam mendongak memandang ke atas untuk mencari sesuatu yang mungkin isterinya perlukan itu. Adam berdecit.

"Ni." Plastik yang berisikan pad untuk perempuan itu ditekap ke muka Insyirah . Insyirah memukul Adam perlahan lalu menjelingnya.

"Beritahu je lah. Tak ada maknanya aku nak marah kau. Itu memang lumrah bagi kaum macam kau. Dah jom." Adam meninggalkan Insyirah di belakang. Adam mengeluh sekali lagi apabila isterinya itu masih lagi pegun di belakang. Langsung tiada tanda-tanda ingin bergerak.

"Apa lagi masalah kau ni makcik?" Adam bertanya malas. Tangannya naik menyilang di dada.

"Tak banyak sangat ke ni?"

Adam memejamkan matanya sesaat lalu mengeluh.

"Kau period setahun sekali ke? Tak kan? Ambil je lah. Apahal otak kau makin lembab ni? Tak faham aku." Insyirah mencebik lalu menganggukkan kepala. Adam menggeleng perlahan. Tangan isterinya diambil lalu disulam kemas.

Selesai sahaja Adam membuat bayaran untuk kali kedua, mereka berdua segera masuk ke dalam kereta BMW milik jejaka itu. Adam dan Insyirah mula memakai tali pinggang keledar lalu segera meneruskan pemanduan mereka ke destinasi seterusnya. Insyirah mengambil air Sprite yang dibelikan oleh Adam sebentar tadi. Laju sahaja tangannya membuka penutup tin itu lalu meneguknya penuh nikmat.

"Awak saya nak belajar memandu boleh tak?"

Adam mengerling sekilas ke arah isterinya itu lalu matanya kembali fokus ke hadapan.

"Kalau aku kata tak boleh?"

Insyirah menjuihkan bibirnya.

"Kenapa pula? Saya pun nak ada lesen. Nanti saya tak payahlah susahkan abang bawa saya ke mana-mana." Insyirah memandang suaminya itu dengan penuh harapan. Air berkarbonat itu diteguk lagi sekali.

"Sejak bila aku cakap, kau susahkan aku? "

Insyirah terdiam. Nada Adam sebentar tadi agak tegas menyapa pendengarannya. Insyirah mengetap bibir.

"Saya tak cakap pun cuma saya nak belajar je. Tak boleh eh?"

Adam tidak menjawab. Kereta mereka mula membelok ke selekoh sebelah kanan. Lama lagi nak sampai ke villa memandangkan villa Adam jauh dari pelusuk bandar.

Insyirah mengeluh tanpa sedar.

"Nanti aku ajar." Akhirnya Adam memutuskan untuk menjawab pertanyaan isterinya itu.

"Betul ke?" Insyirah memandang Adam dengan mata yang membulat. Nampak sangat keterujaannya di situ. Adam mengangguk sedikit.

"Aku ajar sikit je. Aku tak cakap, aku benarkan kau ambil lesen memandu ya budak." Adam tersenyum dalam diam. Baginya Insyirah tidak perlulah belajar mengendalikan kereta. Biarlah, dia sendiri yang akan menjaga dan menghantar Insyirah ke tempat yang dia inginkan. Itu lebih selamat dan isterinya perlukan pantauan rapi.

"Tak apa." Insyirah bersorak keriangan di dalam kereta tanpa menghiraukan Adam di sisinya. Adam menggeleng perlahan. Ada-ada sahajalah telatahnya.













Hi? 😂 last update before exam ya ❤

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now