"Insyirah!" Adam menjerit apabila melihat isterinya itu berlari sambil menangis. Adam meraup wajahnya kasar lalu dia menyandarkan badannya ke sofa. Nafasnya dihela berat.

"Saya benci awak." Ujar Insyirah perlahan tetapi hatinya semakin sakit. Lelaki itu memang payah untuk dibenci memandangkan Adam adalah cinta permatanya. Ego suaminya itu memang tinggi tetapi jejaka itu tidak pernah lupa akan Insyirah. Insyirah sayangkan Adam. Malah lebih dari sayang.

Adam mengeluh buat kesekian kalinya. Lelaki itu sudah membuat keputusan yang dia tidak akan memujuk isterinya. Lagipun, Adam akan pergi pada malam ini. Takut tangis isterinya itu semakin melarat apabila Adam memujuk. Adam sedikit gusar jika dia memujuk Insyirah dan isterinya itu tetap juga menghalang.

Nombor Ben di dail pantas. Ben memang sudah bersiap untuk menuju ke villa milik Adam. Adam memandang CCTV yang telah dipasangkan dalam segenap ruang villa ini. Satu remote ditekan dan cahaya bintik merah dari bilik tidur mereka, ruang tamu, dapur, gim, bilik bacaan, halaman belakang, dan pagar rumah menyala sekejap. Menandakan CCTV itu masih berfungsi walaupun tidak dihidupkan sejak beberapa tahun lalu.

Adam menuju ke atas. Sticky notes diletak di hadapan pintu.

Insyirah hanya memandang kelibat suaminya itu walaupun hanya di sebalik pintu. Dia tahu Adam berada di situ memandangkan tapak kaki suaminya kelihatan di ruang bawah pintu.

Adam menghela nafas panjang.

"Princess, don't be sad. You know me well. Put your trust on me. And, goodbye..." Adam berkata sedikit kuat agar isterinya dapat mendengar suaranya.

Pintu itu dipandang lama. Tipulah kalau dirinya tidak mahu mengetuk dan memeluk Insyirah macam yang dia selalu buat namun semua perasaan itu harus dikubur dan dibuang.

Struktur pintu itu diusap perlahan. Pintu berwarna coklat yang diciptakan khas untuk isterinya ditenung lama. Adam mengarahkan sturktur villa rumah ini diubah mengikuti citarasa mereka suami isteri. Bayaran memang mahal tetapi sangat berbaloi.

Hon kereta milik Ben mula kedengaran. Insyirah mengetap bibir. Dia segera merapati pintu di mana suaminya sedang berdiri. Tombol pintu dipegang. Dia berkira- kira untuk membuka pintu tersebut.

"Aku pergi dulu. Jaga diri. Aku call, mesti angkat tau? Jangan risau kalau dah siap aku akan balik cepat-cepat dan terus peluk kau dan cium kau. Assalamualaikum my princess,"

Insyirah menahan sebak mendengar luahan suaminya. Pintu itu dibuka dengan cepat namun kelibat Adam sudah tiada. Adam sudahpun menuju ke pintu utama. Insyirah berlari ke bawah.

"Abang!" Langkah Adam terhenti secara drastik. Badannya dipusingkan ke belakang lalu dia tersenyum nipis apabila Insyirah memeluk dia erat. Tangisan isterinya itu mula kedengaran. Adam mengusap belakang isterinya lembut.

"Is that my new nicknames?" Insyirah mengangguk perlahan.

Insyirah mendongak lalu segera merangkul leher suaminya.

"I will miss you..."

Adam tersenyum nipis lalu merapatkan wajah mereka. Bibirnya isterinya itu dikucup mesra.

"I know."

Adam menghulurkan tangannya agar Insyirah dapat bersalam dengannya.

"Saya sayang abang."

Adam tersenyum lalu mengusap rambut Insyirah.

"I know and please take a look my love sticky notes on the door."

Adam tersenyum lalu memandang Insyirah buat kali terakhir pada bulan ini. Kakinya semakin laju melangkah ke arah kereta limousin yang menunggunya sedari tadi.

Adam tersenyum di dalam kereta apabila melihat iPhone X nya yang bersambung terus dengan CCTV di rumah. Insyirah berdiri di pintu dan memandangnya sebentar tadi, amat menyentuh perasaan Adam. Betapa sayangnya isterinya itu terhadapnya tapi dia tidak pernah mengaku bahawa dia cintakan mahupun sayangkan Insyirah.

Adam tersenyum. iPhone X nya dimatikan lalu memejamkan mata.

"Take care sweetheart." Bisik hatinya.

"Abang..." Adam tersenyum sendiri. Suka dengan gelaran baru itu.

Insyirah menuju ke bilik mereka kembali dengan langkah yang longlai. Sticky notes di hadapan pintu dipandang oleh Insyirah. Dia mengambil lalu membawanya masuk ke dalam bilik.

Satu persatu ayat suaminya itu dibacanya. Insyirah terharu.

"Sudah-sudahlah tu merajuk mak nenek. Aku tahu aku salah sebab balik-balkk tinggalkan kau tapi kau kena ingat, itu semua bukan kehendak aku. Aku pun nak berdamping dengan kau je tapi tak boleh. Kau ingat aku tak menyampah ke balik-balik urus urusan kerja yang tak kesudahnya tu? Baca belakang pulak. Tak muat."

Insyirah tersenyum nipis. Apalah Adam ni. Dia dapat merasakan bahawa suaminya itu sedang bercakap dengannya melalui sticky notes itu.

"Jangan bagi sesiapa masuk ke dalam villa ni. Ben ikut aku. So tak ada jaga kau kat sana tapi jangan risau, akan ada yang hantar makanan dekat kau setiap hari. Jaga diri eh. Bye princess!"

Insyirah melekapkan sticky notes itu ke dada. Dia tersenyum dengan air mata. Insyirah gembira dan sebak dalam suatu masa.

Gadis itu membaringkan badannya di atas katil yang empuk. Lama kelamaan gadis itu sudahpun dibuai mimpi.

Adam men-zoomkan wajah Insyirah di dalam iPhone miliknya. Muka Insyirah yang sedang nyenyak tidur itu dipandang kasih.

"Tidur nyenyak ya my baby." Adam tersenyum nipis. Kini dia tidak perlu dengan rajuk isterinya itu. Dia boleh berasa sedikit lega buat masa sekarang apabila emosi isterinya sedikit stabil.


































Sorry buat anda yg setia menunggu story ni. Terima kasih and pls vote and comment! Nak tahu juga pendapat korang 😅😭

THE TRUTH 2.0 Onde as histórias ganham vida. Descobre agora