Panggilan 1

293 3 0
                                    

Zera pelajar disalah sebuah universiti swasta. Berdekatan dengan universiti tersebut ada sebuah apartment khas untuk pelajar semua. Zera dengan rela hati menyewa disitu. Yelah, dekat je kot, jalan kaki je pun nak ke class. Tapi dalam dekat pun sampai ke kelas lambat juga. Haha.

Okay, nak cerita serba sedikit mengenai apartment. Dekat dalama partment tu kesemuanya ada 4 bilik, 2 orang duduk 1 bilik. Kalau nak duduk sorang pun boleh, ikut suka hati korang lah. So, total 8 orang dalam rumah tu.

Nak dijadikan cerita, si Zera ni ada roomate baru, setelah sekian lama tak ada roomate. Roomate yang entah keberapa kali tah, kali ni budak freshie. Tak, tak, Zera ni tak ada masalah dan tak! bukan freshie tu yang hantu, jangan buat gila. Haha.

Okay lah, dah berkenalan apa semua, roomate si Zera ni memang baik budaknya, nak keluar pun minta izin. Tak faham betul. tapi okay la tu daripada tak ada adab kan?

Satu hari si roomate zera ni minta nak tidur rumah kawan dia, "akak, saya nak tidur rumah kawan boleh?" zera pun ternganga pelik " eh dah kenapa tak boleh?" si roomate zera ni pula dok  tersengeh sengeh "taklah kot lah akak takut" zera balas "takpe, akak dah biasa" tapi dalam hati Tuhan je tahu.

5 minit lepas tu, budak tu pun keluar rumah pergi naik tingkat atas, sebab rumah kawan dia tingkat atas bangunan yang sama. Zera tingkat 2, kawan budak tu tingkat 6.

Satunya pasal bilik yang diorang duduk tu, bilik tu tersangatlah panas. Tahap sauna panas dia! bahang tak payah cerita sampai kadang tertanya juga lah berat sangat ke dosa sampai panas ya amat. Haha. Tapi orang kata sebab bilik menghadap matahari terbenam, so bilik akan rasa berbahang malamnya.

Disebabkan panas, roomate si Zera ni akan buka tingkat seluas luasnya. Zera pun buka juga tingkap bahagian dia. tapi kekadang sebab seram punya pasal dia tutup dengan langsir.

Mimpi & RealityDove le storie prendono vita. Scoprilo ora