"Don't you afraid something bad might happen to your wife?" Chris Sanchez tersenyum sinis.

Adam memicit pelipisnya lalu menghela nafas kasar. Tangannya digenggam menjadi sebuah penumbuk. Urat-urat dileher dan dikepalanya agak ketara memandangkan amarahnya ditahan sedari tadi.

"No. Who do you think you're? God?" Adam ketawa mengejek lalu menggeleng perlahan. Dia tidak akan membenarkan Chris Sanchez menguasai permainan yang diciptanya. Lagipun, Chris Sanchez adalah manusia. Makhluk yang sama taraf sepertinya. Adam hanya takut kepada Allah swt menyebabkan dia berani menentang siapa sahaja yang mencari bala dengannya.

"Maybe. Hm, your wife's body is--"

"Get out from here bastard!"

Adam sudah menjerkah marah. Pistol di sisi pinggangnya segera dicapai lalu dihalakan kepada Chris Sanchez. Tangannya sikit sahaja lagi menekan picu pistol tersebut. Nasib sahaja dia mengingat Allah swt dan orang yang berada di hadapannya ini.

Emosinya sangat-sangat tidak stabil buat masa sekarang. Fikirannya agak serabut.

"Fine... fine..." Chris Sanchez mengangkat tangan tanda menyerah kalah. Dia sempat ketawa kecil lalu menekup mulutnya.

"I said get out." Adam bersuara sedikit tenang. Matanya dipejamkan seketika.

"We can taste your wife together hahahahahaha..."

"Get out!"

Adam menepis pasu yang berada di sebelahnya. Dadanya berombak menahan amarah. Bunyi kaca pecah berdentum hebat di dalam villa itu kerana saiz pasu tersebut yang agak besar. Chris Sanchez tersengih sinis. Akhirnya, dia tahu di mana kelemahan lelaki itu. Sudah semestinya, isteri kesayangan Adam. Tidak ada benda lain yang akan mencetuskan kemarahan Adam sebegini rupa.

"Fine! I will go." Chris Sanchez mula melangkah menuju pintu utama villa. Matanya sempat melilau memandang segenap pelusuk villa itu dengan senyuman sinis. Ada sesuatu yang dirancang dalam akal fikirannya.

Chris Sanchez segera keluar dari perkarangan villa itu lalu melalui sebuah pagar kecil. Kakinya mula menapak menuju ke kereta mewah miliknya.

Adam menutup pintu villa kasar. Pistol yang berada di tangannya dihempaskan ke lantai. Pistol itu menjadi retak dan hancur sedikit dikerjakannya.

"Argh!" Dia mengerang dengan suara tertahan. Tangan Adam menjadi lemah untuk mencapai pistol tersebut. Dia meletakkan pistol yang retak itu di dalam kocek kot bajunya. Terbit perasaan risau jika lelaki itu memilih untuk membuang pistol tersebut ke dalam tong sampah. Pasti Insyirah akan bertanya habis-habisan.

Kakinya mula laju mengorak langkah naik ke tingkat atas. Bilik mereka dituju lalu pintu ditolak laju.

"Astagfirullah!"

Insyirah terundur ke belakang secara drastik. Tangannya naik melekap di dada tanda terkejut. Kemudian, dia mengusap perlahan dadanya. Pernafasannya cuba diatur.

"Kau curi dengar ke apa?" Adam bertanya dingin. Dia sedikit takut jika Insyirah mendengar perbalahan mereka sebentar tadi. Pasti Insyirah akan berkecil hati.

Insyirah menggeleng laju. Tangannya turut sama berperanan bergerak untuk menafikan tuduhan suaminya.

"Dahtu?"

Insyirah tersengih.

"Tak seberapa dengar. Tak jelas sebenarnya..." Insyirah merapati Adam lalu memeluk suaminya erat. Adam mengeluh lega lalu mengucup kepala Insyirah. Rambut isterinya itu dibelai penuh kasih sayang.

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now