ADAM merengus perlahan apabila pintu diketuk dari luar.

"Siapa yang datang pagi-pagi buta ni..." Dia mula mengomel tidak puas hati. Pintu biliknya dibuka lalu segera menuju ke pintu utama bilik hotel tersebut. Dia melihat di sebalik lubang kecil yang terletak di atas pintu. Adam mengeluh panjang lalu segera membuka pintu.

"Yes Ben."

Ben membongkokkan badannya tanda hormat.

"Morning general."

Adam mengangguk lalu mempersilakan Ben untuk masuk ke dalam. Ben diarahkan untuk duduk di sofa ruang tamu manakala Adam ke bilik untuk membersihkan diri.

Pintu bilik air diketuk.

"Insyirah cepat sikit mandi tu. Aku pun nak mandi juga ni."

Tiada sahutan.

Adam mengerutkan sedikit dahinya.

"Insyirah?" Pintu diketuk lagi sekali. Kali ini, Adam melekapkan telinganya di pintu bilik air tersebut. Tiada langsung bunyi percikan air.

Adam memulas tombol yang ternyata tidak berkunci itu kasar lalu menjengukkan kepalanya ke dalam.

"Damn!"

Adam membasuh wajahnya ala kadar lalu segera berkemas. Rambutnya juga hanya disisir menggunakan jari-jemari.

Adam membuka pintu bilik tergesa-gesa lalu menuju ke arah Ben di ruang tamu.

"Did you see my wife?"

"Yes..." Ben menjawab meleret. Tersedar akan kesilapannya. Ben bingkas bangun lalu memandang wajah Adam.

"Yes?! Where?!"

Adam sudah menjerit lantang menyebabkan Ben sedikit gerun.

"A-at downstairs a few minutes a go before I entered your room."

Ben menjawab dengan nada kesal. Tidak sangka yang Insyirah sanggup berbohong.

"This girl really..."

Adam menumbuk dinding di sebelahnya. Dia merengus sedikit geram. Telefon pintarnya dicapai untuk mendail nombor isterinya.

Adam sekali lagi hilang kawalan apabila isterinya tidak menjawab panggilannya.

"Out!"

Ben mengangguk lalu mengikuti langkah majikannya itu. Mereka berdua menuju ke lif dengan tergesa-gesa.

"Saya nak awak... bangunlah! Ajak saya pergi pantai!"

Adam mengeluh sedikit lega.

"Beach..."

"Bitch?!" Ben menyoal sedikit terkejut. Dia tidak beberapa dengar apa yang Adam katakan sebenarnya.

Adam memandang Ben dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"I said beach not bitch. Whats wrong with you?"

Ben tersengih malu.

Adam dan Ben berlari-lari anak menuju ke pantai yang dinyatakan Insyirah tadi pagi. Ben hanya menunggu di kawasan luar sedikit dan membiarkan Adam yang mencari Insyirah.

Adam tersengih sinis apabila melihat isterinya itu sedang ralit menjilat aiskrim. Kakinya mula melangkah ke arah Insyirah lalu menarik rapat pinggang gadis itu ke arahnya. Insyirah tersentak apabila pinggangnya dirangkul lalu dipusingkan ke belakang. Aiskrimnya jatuh menyembah bumi.

Wajah Adam yang bengis itu membuatkan Insyirah kecut perut. Tanpa melengahkan masa, leher suaminya itu dirangkul lalu dia memeluk Adam erat. Hanya itu sahaja caranya agar dia dapat mengelak dari pandangan mata suaminya.

"Puas hati kau?" Adam menyoal dingin. Pinggang isterinya dirangkul erat.

"Kau ni tak reti sabar eh? Degil sangat nak keluar pahal?!" Adam menjerit dengan suara tertahan. Hanya Insyirah sahaja yang mendengar suara maut suaminya itu.

Insyirah memejamkan matanya sambil mengeratkan lagi pelukan mereka. Dia tidak sanggup untuk menjawab memandang tubir matanya sudah sedikit panas.

"Kenapa diam ni? Bisu? Cepat pula Allah bayar cash kan bila kau ingkar..." Adam tersenyum sinis.

Insyirah meleraikan pelukan lalu menundukkan wajahnya ke bawah.

"Tengok aku."

Insyirah menggeleng. Esakannya sedikit terhambur di situ.

"Angkat kepala kau dan tengok aku!"

Perlahan-lahan Insyirah mendongak memandang wajah suaminya.

"Kenapalah aku ada isteri yang degil macam kau ni kan?" Adam menyoal sedikit kasar. Suaranya cuba dikawal memandangkan pantai pada hari ini agak penuh dengan orang ramai.

"Setahu aku, aku tak ada pun isteri degil dan macam budak-budak perangai dia."

Mata Insyirah sudah berkolam dan air matanya mula menitis perlahan.

"Awak ada isteri lain ke?"

Adam sedikit tersentak dengan soalan isterinya. Kemudian, dia mengukirkan senyuman sinis semula.

"Lelaki boleh kahwin empat. Kau rasa?"

Insyirah menundukkan kepalanya. Air matanya semakin laju mengalir. Kakinya mula pantas bergerak meninggalkan suaminya. Tanpa membuang masa, Adam segera merentap tangan Insyirah.

Kemudian, gadis itu dibawa ke dalam pelukan cintanya. Diusap kepala gadis itu penuh kasih. Adam semakin mengeratkan pelukannya apabila Insyirah semakin kuat menangis. Nasib sahaja orang ramai sibuk berjemur berdekatan pantai sana. Bolehlah Adam membuat drama tidak berbayar di sini.

"Awak jahat..." Insyirah sudah tersedu-sedu menangis. Pinggang suaminya itu dirangkul erat.

"Kau degil." Adam mengucup kepala Insyirah.

"Stop crying my baby. Aku bergurau je pasal isteri tu. Lain kali dengar cakap aku. Kau ingat aku tak risau ke?"

Insyirah memejamkan matanya.

"Saya minta maaf."

Adam mengeluh panjang. Pelukan dileraikan lalu Adam menekup kedua-belah pipi isterinya. Air matanya yang masih keluar itu dikesat lembut.

"Lain kali jangan degil. Dengar cakap aku kalau tak nak aku marah. Faham?"

Insyirah mengangguk lalu memeluk Adam semula. Sudah dibilang hobi Insyirah sekarang adalah memeluk orang.

"Belikan saya aiskrim. Tadi jatuh."

Adam mengangguk sambil tersenyum nipis. Pelukan dileraikan lalu Adam menggenggam tangan isterinya. Mereka berdua menuju ke gerai aiskrim berdekatan. Rasanya Adam perlu bergerak lebih pantas kerana Ben sudah lama menunggu di luar.



























Vote and comment please :)

THE TRUTH 2.0 Kde žijí příběhy. Začni objevovat