"Bagilah aku rehat kejap! Jangan ganggu aku!"

Insyirah mencebik. Badannya dibaringkan semula menghadap suaminya di sisi. Selimut ditarik lalu dia menyelimutkan badannya sekali dengan suaminya.

"Bila kita sampai sini? Semalam eh? Kenapa saya tak sedar?"

Terasa dahinya dijentik kuat. Insyirah mengadu kesakitan.

"Sakit..."

Adam mendengus lalu mengusap perlahan dahi isterinya itu. Kan dah mendapat pagi-pagi buta ni!

"Give me ten minutes. Only ten minutes."

Adam memejamkan matanya yang kian layu. Insyirah mencebik. Pipi suaminya itu dikucup berkali-kali.

"Insyirah..." Dingin dan datar sahaja suara suaminya menegur. Matanya masih dipejamkan.

Insyirah mengusap pipi suaminya itu lembut. Mesti Adam penat sangat.

"Lima minit boleh tak?"

Terasa tubuhnya ditolak kasar. Insyirah mendengus apabila melihat suaminya itu menyelebungi dirinya di dalam selimut.

Insyirah segera bangkit dari katil lalu melihat kawasan di dalam bilik hotel tersebut. Kemudian, matanya tertancap ke arah bakul kotor yang diletakkan di sebelah pintu bilik mandi. Insyirah tercengang. Tangannya perlahan-lahan naik menyentuh bajunya.

Matanya juga turut memandang tubuhnya.

"Pervert husband!"

Insyirah mengetap giginya. Matanya sedikit berkolam. Dia menjeling sekilas ke arah suaminya lalu menuju ke bilik air.

Selesai membersihkan diri, Insyirah segera berkemas untuk keluar dari bilik itu. Baju lengan panjang berwarna putih dan bercorak mustache menjadi pilihannya. Seluar palazzo hitam dan tudung shawl instant pink menjadi pelengkap gayanya.

Insyirah mencebik apabila mendengar dengkuran kuat dari suaminya itu. Dia segera menapak keluar dari bilik lalu menutup pintu perlahan. Kemudian, dia segera melangkah ke pintu utama lalu keluar dari situ. Telefon pintarnya dikeluarkan untuk menggambar nombor bilik.

Insyirah dengan pantas menuju ke lif untuk turun ke lobi utama. Tidak sabar untuk pergi ke pantai pada pagi yang mulia ini.

"Madam?"

Langkah yang baru menapak keluar dari hotel itu terhenti. Insyirah menoleh memandang ke arah Ben. Dia tersengih kekok.

"Yes why?"

Ben mengerutkan dahi.

"I'm the one who should ask you that question. Why are you here? Where is general?" Tidak mungkin Adam membenarkan isterinya itu untuk keluar bersendirian begini. Ben sangat mengenali Tuannya itu.

Insyirah menggigit bibirnya.

"I just want to walk around here actually. Don't worry because my husband already give me the permission."

Insyirah tersenyum. Nampak sangat dibuat-buat.

"Really?" Ben sedikit menyeringai. Sedikit pelik dengan isteri majikannya.

"Yes! And bye, see you soon!" Insyirah segera berlalu pergi meninggalkan Ben yang kelihatan terpinga-pinga. Tidak sanggup dia untuk mendengar soalan maut dari Ben.

Ben menoleh ke belakang untuk melihat Insyirah. Tangannya naik menggaru kening dengan janggal. Dia menjongket bahunya lalu segera masuk ke dalam hotel. Ada sesuatu yang perlu diberi kepada Adam.

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now