"I can go to my villa tomorrow. My wife is sleeping right now. Please understand..."

Masa untuk sampai ke villa mengambil masa setengah jam lagi. Adam tidak mahu menunggu begitu lama memandangkan Insyirah perlu tempat yang selesa untuk tidur.

"Sure General." Paul segera memberhentikan kereta limousin itu di hadapan sebuah hotel. Adam mengarahkan Ben untuk daftar masuk ke dalam hotel tersebut. Tidak sampai beberapa minit, Ben menuju ke kereta dan memberitahu bahawa dia sudahpun mendaftar masuk dan mendapatkan nombor bilik.

Adam mengangguk. Ben membantu untuk membuka pintu kereta lalu Adam segera mencempung badan isterinya dan menuju ke hotel. Ben tersenyum. Mata-mata manusia yang memandang ke arah Adam dan Insyirah tidak dihiraukan.

Sesampainya mereka dibilik, Adam segera meletakkan isterinya itu di atas katil yang empuk. Tudung Insyirah dibuka perlahan-lahan. Rambut isterinya itu dilepaskan. Stokin dan handsocks milik Insyirah turut ditanggalkan.

"She is my wife. What the matter?"

Adam menggelengkan kepalanya. Sejujurnya, apa salah dia sebagai suami jikalau dia menukarkan pakaian isterinya?

Adam membuka perlahan baju T-shirt lengan panjang isterinya walaupun isterinya itu sedikit merengek. Gaun tidur dipasangkan pada badan Insyirah. Kemudian, seluar palazzo isterinya itu digantikan dengan seluar pendek paras peha.

Dahi Insyirah dikucup perlahan lalu dia segera bangkit dari birai katil. Baju dan seluar Insyirah diletakkan di bakul yang disediakan.

Rupa-rupanya Adam berisiterikan seorang budak-budak. Adam ketawa kecil. Pelik juga apabila Insyirah masih tidak sedar semasa dia menukarkan pakaian isterinya itu.

• • •


Insyirah menguap menyebabkan matanya tercelik sedikit. Tindakannya sedikit terhenti apabila memikirkan keberadaan dirinya sekarang. Insyirah memandang ke sisi. Adam sedang elok memeluk pinggangnya erat. Tangan suaminya itu dikalihkan perlahan lalu Insyirah segera turun dari katil. Kakinya melangkah ke arah balkoni. Pintu gelongsor itu diseret ke tepi lalu kakinya mula melangkah keluar.

Insyirah tersenyum apabila sinar matahari mengena wajahnya. Dia meliar pandangan ke seluruh langit biru di atasnya. Paginya terasa lain apabila berada di negara orang. Matanya difokuskan semula ke bahagian hadapan. Insyirah menekup mulut. Terdapat sebuah pantai di hadapannya.

"Argh! Rom!" Insyirah menjerit dengan suara tertahan. Kedua belah pipinya ditekup lalu Insyirah segera menapak masuk ke dalam.

"Awak bangun! Pagi dah ni!" Insyirah menggoyangkan lengan suaminya yang tidur mati itu. Adam merengus sedikit kasar. Matanya dicelikkan lalu menolak lengan Insyirah yang memukul lengannya.

"Apa masalah kau pagi buta ni? Janganlah kacau. Aku penat ni..." Adam menarik selimut yang berada di pinggangnya sehingga ke bahu. Matanya dipejamkan semula. Dia terlalu penat untuk bangun pada hari ini. Semasa solat subuh pun, penatnya masih terasa sehingga tubuh badannya terasa lemah semacam. Insyirah itu kerjanya hanya tidur sejak dari kelmarin dan dibagi cuti sempena mengangkat bendera merah. Nampak tak betapa bebas isterinya itu?

"Saya tak ada teman ni. Bangunlah..." Insyirah mencucuk pipi suaminya itu. Adam menepis tangan Insyirah perlahan.

"Pergi tengok tv." Adam menjawab dengan suara serak basahnya.

"Saya nak awak... bangunlah! Ajak saya pergi pantai!" Insyirah mendengus geram. Tangannya naik menyilang di dada.

Adam mendengus kasar. Matanya dicelikkan lalu memandang tajam ke arah Insyirah yang monyok itu.

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now