"Tangan Kookie banyak coklat. Tak mau lah. Wek!"

"Aaa... Noona jahat."

Risau dia merajuk lagi, terus aku dukung dia. Pipi gebunya aku cium berkali-kali.

"Jom masuk kereta dulu, noona nak bersihkan tangan dengan mulut Kookie ni. Ee, comotnya!"

"Teehee... Noona, tu hyung!"

Jungkook menunjuk ke arah 3 orang kanak-kanak lelaki yang berlari dengan bersungguh-sungguh. Termengah-mengah dorang dibuatnya.

"Ha, ni kenapa korang berlari tak cukup tanah ni?"

"Fuh.. Huh.... Anjing.."

Yoongi cakap dengan nafas yang tak teratur. Berkerut-kerut dahi aku dibuatnya. Anjing apa?

"Ada anjing.. Kejar..."

Namjoon menambah perkataan yang tak mampu dihabiskan Yoongi. Mata aku membesar. Terus aku bertinggung seraya memeriksa badan mereka satu persatu.

Nasib baik tak ada luka.

"Nasib baik tak jadi apa-apa. Ish, tulah noona dah kata noona nak ikut. Beria-ria tak kasi. Ish, ish."

Sambil membebel, langkah aku diikuti mereka sehingga ke kereta. Aku pun musykil kenapa dorang beria-ria tak bagi aku ikut. Siap suruh Jin tunggu dengan aku dalam kereta.

Lepas je majlis pengebumian Kai, aku bawa Suho pergi balai polis dan terangkan semua yang berlaku hanya salah faham. Polis pulangkan ic Suho, dan kitorang pergi makan sekejap sebelum Suho minta diri.

Dalam perjalanan nak balik, budak-budak ni nak makan donut lah apa lah. Aku pun singgahkan dorang kejap. Ish, ish. Bukannya beli apa-apa pun.

Jungkook je ha bawa donut. Tu pun dua ketul. Satu dia habiskan. Satu lagi dia tinggal aku.

Tali pinggang dipakai. Enjin kereta dihidupkan.

"Korang beli apa je? Noona tak nampak apa-apa pun."

"Adalah, tu yang Kookie beli tu."

"Tu noona tau. Tapi kenapa korang lama sangat tadi?"

Wajah Namjoon, Yoongi dan Hoseok aku pandang melalui cermin pandang belakang. Ketiga-tiganya menyengih macam kerang busuk.

"Sebab leka tengok barang tu yang sampai kena kejar dengan anjing..."

Jawab Hoseok dengan sengihan yang semakin melebar. Yoongi pula leka main phone. Jungkook pula riuh mulutnya bercakap itu ini sambil pandang luar tingkap. Biasanya Jimin yang jadi peneman dia berceloteh. Bila Jimin tadi, tu yang dia cakap sosorang.

Jin pula dah terlentok-lentok tidur kat sebelah. Aku hanya mampu tersenyum melihatkan telatah adik-adik aku ni.

Haih, boleh tak kalau semua ni tak berubah? Aku nak dorang terus jadi budak-budak boleh tak?

***
Daun pintu ditolak perlahan. Aku melangkah menuju ke katil yang bernombor 14. Tertera nama di hadapan katil tersebut.

'Kim Taehyung'

Langsir aku tolak perlahan.

"Cak!!"

Hekeleh, penat je aku buat muka comel. Dorang tengah sedap-sedap tidur siap peluk lagi.

Tsk, ni kalau dorang sedarlah...

"Chim!! Chim!! Bangunlah! Kookie miss you."

Jungkook dah menggoncang-goncang badan Jimin. Berkerut-kerut muka budak tu dibuatnya bila tidur dia terganggu.

Yoongi pula entah apa penyakit dia, pergi tiup-tiup muka Taehyung. Tak cukup dengan Yoongi, Namjoon dah usap-usap pipi Taehyung dan Hoseok menggeletek Jimin.

Apa hal budak-budak ni?

"Korang, kejutlah Chim dengan Tae elok-elok. Kesian dorang."

Aku mengemaskan barang-barang keperluan mereka yang aku pack petang tadi. Sempatlah aku balik ambil baju dua tiga helai nak pakai. Sebab aku tak tahu berapa lama Taehyung kena warded.

"Mianhe noona..."

Hoseok menyengih seraya membuat tanda peace. Aku gigit juga budak ni karang.

"Noona! Teman Joon kejap boleh?"

"Ha teman pergi mana? Noona baru ingat nak duduk kejap."

Aku dah buat muka -tak nak noona penat.

"Ala jebal... Kejap je. Joon tak tahan nak pergi toilet."

"Namjoon, toilet dekat depan tu je. Dari sini pun noona boleh nampak.. Apa yang takutnya?"

"Jomlah noona. Joon tiba-tiba takut."

Tangan aku digenggam dan ditarik Namjoon sehingga ke dalam toilet. Kemudian dia mengunci pintu toilet sebelum memandang aku lama.

Dah kenapa kau ni?

-omaigod i miss you wattpad and my readers😭 mian guys tak update lama. ada banyak hal yang tak dapat dielakkan ;') kita akan cuba tulis banyak-banyak pada masa yang ada ni. haih, mian again! nanti kita reply comment ya?

BTS Kids | S2 & S3Where stories live. Discover now