-MWJJK52-

982 60 7
                                    

"Aku cuma nak berjumpa dengan perempuan yg bernama Kim Yeri saja takkan kau tak kasi? Mana dia hah!!" Tengking seorang pemuda kepada Sujeong. Sujeong agak terpanar dengan jeritan dari pemuda itu.

Dengan penuh sabar dan tenang Sujeong membalas kata² pemuda itu. "Encik. Kan tadi saya dah kata yg Cik Kim Yeri keluar. Dia tak balik lagi. Kalau Cik ada urusan dengan dia sila datang semula nanti petang." Ujar Sujeong dengan jantung yg berdegup laju.

Kedua bahu Sujeong sedikit terangkat apabila pemuda itu mengetuk meja dihadapannya. "Aku tak kira! Dia ada disini atau tidak aku tetap nak berjumpa dengan dia! Atau kau sorokkan dia dari aku huh? Yeri! Mana kau hah! Keluar sekarang! Yeri! Kim Yeri!"

Pekik pemuda itu membuatkan semua pekerja yg berada disitu memandangnya pelik! Masing² berhenti melakukan kerja mereka. Sujeong mula menggelabah tidak tahu apa yg patut dilakukannya.

"Bro. Kalau nak terpekik ka. Terlolong ka. Menjerit ka atau apa ka jangan disini ya. Sini tempat orang bekerja. Bukannya untuk hilangkan stress." Taehyung akhirnya muncul disitu. Sujeong melepaskan nafas lega. Pemuda itu memalingkan badannya memandang Taehyung.

Tangan Taehyung yg menyentuh bahunya ditepis kasar! "Suka aku lah! Yg kau nak masuk campur apahal hah? Kau boss di syarikat ni? Kalau kau boss di syarikat ni aku nak berjumpa dengan Kim Yeri! Panggil dia sekarang juga!!"

Tengking pemuda itu sambil mencengkam kolar baju Taehyung. Sujeong dan pekerja lain yg sedang melihat ketika itu membulatkan mata mereka besar. Mereka dapat rasakan yg sesuatu tak baik akan berlaku sebentar lagi. Taehyung tersenyum.

"Kan dia dah cakap tadi. Kim Yeri tak ada. Kalau kau nak berjumpa dengan dia. Datang semula nanti petang dan datanglah berjumpa dengan dia nanti ya." Balas Taehyung tenang sambil menolak kasar tangan pemuda itu hingga terlerainya pegangan di kolar bajunya.

Pemuda itu memandang Taehyung dengan riak wajah yg berang! Tangannya diangkat mahu menumbuk Taehyung tetapi..tiba² saja dia dapat rasakan tangannya dipegang kuat seseorang. Wajahnya dipalingkan memandang orangnya.

"Kalau ada masalah sila selesaikannya dengan saya. Saya anak kepada syarikat ni dan saya yg uruskan semua pekerja yg bekerja di tingkat ni." Kata Jungkook lalu melepaskan pegangan tangannya. Pemuda itu menghadap Jungkook.

"Aku nak berjumpa dengan Kim Yeri." Katanya dengan nada suara yg tenang tetapi wajahnya menunjukkan wajah bengis! "Boleh saya tahu apa urusan encik mahu berjumpa dengannya?" Soal Jungkook.

"Kau tak perlu sibuk tanyalah! Beri sajalah aku berjumpa dengan dia!!" Tengking pemuda itu sambil memegang kolar baju Jungkook. Yoojin yg melihat ketika itu membulat besar matanya. "Ya. Saya tahu yg encik nak berjumpa dengan dia tapi encik ni siapa?"

"Aku dah kata pada kau yg aku nak berjumpa dengan dia lah kau ni tak faham bahasa atau apa hah!! Mana dia!! Aku nak berjumpa dengan dia!" Sekali lagi pemuda itu menengking Jungkook. Jungkook masih lagi menunjukkan riak wajah tenang.

Kedua tangan pemuda itu ditolaknya kasar. Jungkook membetulkan bajunya. Wajahnya dipalingkan memandang Sujeong. "Mana Yeri?" Soal Jungkook dengan riak wajah yg tegang. Sujeong menggeleng.

"Sa-saya tak tahu boss. Tadi dia keluar tapi tak beritahu pada saya pula ke mana dia nak pergi." Jawab Sujeong tergagap-gagap. Jungkook melepaskan keluhan. "Dah lama dia keluar?" Sujeong mengganguk. Jungkook memalingkan wajahnya menatap pemuda itu kembali.

"Encik dengar apa yg dikatakan dia tadi? Cik Kim Yeri tak ada. Dia keluar entah pergi ke mana." Balas Jungkook tenang. Pemuda itu mendengus geram!

"Kau beritahu pada dia yg aku. Kim Kai datang ke sini untuk berjumpa dengan dia dan beritahu pada dia juga yg dia tak akan terlepas dari aku! Pastikan kau beritahu pada dia ya." Jungkook mengganguk faham. Pemuda yg bernama Kai itu berjalan menuju ke pintu masuk.

Dia berjalan melepasi pintu masuk dan sebaik saja kelibatnya hilang dari pandangan manusia² yg berada disitu masing² melepaskan nafas lega. Masing² kembali meneruskan kerja mereka. Yoojin datang mendekati Jungkook.

Bahu kiri Jungkook disentuh. "Oppa gwenchana?" Soal Yoojin risau. Jungkook menggangukkan kepalanya. Senyuman manis diberikan kepada Yoojin. Yoojin membalas senyuman Jungkook. "Bro." Jungkook memalingkan wajahnya menatap Taehyung.

"Aku-" Tidak sempat Taehyung menghabiskan kata²nya Jungkook mengangkat tangannya tanda dia tidak mahu mendengar apa². Taehyung melepaskan keluhan. "Aku balik dulu. Nanti kau beritahu pada si Yeri tu apa yg lelaki tu katakan pada aku tadi. Ingat ya. Beritahu pada dia. Jangan lupa."

Taehyung mengganguk faham. Tangan Yoojin dipegang lalu ditariknya keluar dari situ. Yoojin tidak berkata apa². Dia hanya mengekori saja langkah Jungkook.

●●●

Yeri mengetuk pintu pejabat Taehyung. Setelah Taehyung membenarkan dia masuk. Dia melangkah masuk ke dalam pejabat Taehyung lalu berdiri tepat dihadapan meja Taehyung.

"Yes Taehyung? Kau panggil aku kah?" Sapa Yeri sebaik saja dia berhenti dihadapan meja Taehyung. Taehyung bangun dari duduknya lalu berjalan menuju ke arah Yeri. Kedua tangannya dimasukkan ke poket seluarnya.

Taehyung berhenti dihadapan Yeri dengan jarak yg agak dekat. Yeri terpaksa mendongakkan kepalanya memandang Taehyung kerana Taehyung lebih tinggi darinya. "Kau beritahu pada aku sekarang. Apa sebab kau datang bekerja disini hah?"

Soal Taehyung dengan nada suara yg terkawal. Berkerut dahi Yeri mendengar soalan yg diujarkan oleh Taehyung tadi. "Aku datang nak bekerjalah. Nak buat apa lagi huh?" Jawab Yeri tenang. Taehyung memegang kuat kedua bahu Yeri membuatkan dahi Yeri makin berkerut jadinya.

"Kau cakap betul² pada aku!! Apa sebab kau datang bekerja di sini hah! Aku tahu yg kau ada sebab lain bekerja disini! Aku tahu yg kau masih simpan perasaan cinta kau tu pada Jungkook kan? Kau datang ke sini sebab kau nak ambil dia semula jadi hak kau semula kan? Kau nak hancurkan rumahtangga dia dan Yoojin kan? Jawab Yeri jawab!!"

Tengking Taehyung sambil mencengkam kuat kedua bahu Yeri. Wajah Yeri berkerut menahan kesakitan! "Taehyung! Lepaslah! Sakit!!" Ngadu Yeri menahan kesakitan. "Kau cakap pada aku cepat apa sebab kau datang bekerja disini hah!! Kau cakap Yeri!! Cakap!!"

Tengking Taehyung lagi lalu menolak Yeri hingga jatuh terduduk disitu. Sujeong yg terdengar bunyi bising datang dari bilik Taehyung melihat apakah yg sedang berlaku? "Yeri!!" Sujeong berlari masuk ke dalam pejabat Taehyung. Dia terus menuju ke arah Yeri.

Yeri menyentuh perutnya yg terasa sakit itu. Air matanya mula jatuh membasahi kedua pipinya. Sujeong yg mahu membantu Yeri bangun ketika itu terhenti perbuatannya apabila ternampa sesuatu yg berwarna merah lagi pekat keluar dari kaki Yeri.

"Taehyung!! Yeri berdarah!! Yeri-ahh!!" Sujeong menjerit sekuat hatinya setelah ternampak darah yg pekat mula keluar. Yeri mencengkam kuat perutnya. Taehyung yg melihat ketika itu turut terkejut! Dia segera mencapai phonenya lalu mendail number hospital.

●T B C●

1050 WORDS!!

Hello guys! Author nk ckap sikit ni ermm ermm memandang ceta ni dah nak hbis so author dh publish new ff tadi tittle Crush! Main castnya abe V kita uhuhu so author harap ff tu pon dpat sambutan eh. And hqap ada yg baca,vote and komen that ff ok tu ja author nk ckap bye!

Vote★

Komen✔

Thanksss!

#AuthorYumi!

[COMPLETE]Married With Jeon Jungkook||J.J.K Malay FF||Where stories live. Discover now